April 1, 2020

JAWAB CABARAN LINDUNGI MANUSIA DARI KEPUPUSAN


JAWAB CABARAN LINDUNGI MANUSIA DARI KEPUPUSAN

Semalam tamat fasa pertama
Menentang wabak Covic-19
Sejak 18 hingga 31 Mac 2020
Bukan kita saja bertindak sedemikian
Tetapi juga dari negara-negara besar
China, Amerika, Itali, Perancis dan lain
Amtara mereka agak ketinggalan
Lebih banyak mengalami kematian
Kita dan mereka semua peringkat bertahan
Sekatan pergerakan, nyahkuman pembersihan
Memutuskan  jaringan kesinambungan.

Bagi  Malaysia dan juga dunia
Mengapa tidak tingkatkan satu pendekatan
Agresif dengan nama penyelidikan
Ungkapan `Setiap penyakit ada ubatnya`
Allah tidak turunkan penyakit melainkan ada penawarnya.``
Kejayaan penyelidikan telah kita lakarkan
Dengan  mengenali bakteria malaria, dan nipah
Mengapa pendekatan agresif sebegini
Tidak  menjadi projek  jangka panjang
Jika perlu kerjasama antarabangsa
Kita mempunyai pakar penyakit berjangkit
Kita punyai banyak  makmal dan universiti
Mampu melaksanakan projek penyelidikan
Kalau perlu bawa sama Orang Asli
Yang tahu ubatan dari berbagai tumbuhan
Daun semambu, tongkat Ali berbagai lagi
Juga bomoh berwibawa sama mencari penawar
Mengenali Covid-19 dan membasmi.

Malaysia mampu mempelopori
Projek murni ini bertujuan
Khidmat kemanusiaan
Agar tidak pupus di bumi Tuhan
Covid-19  datang bawa cabaran
Jawablah secara  keilmuan.

(Fikrah Bangi: 523),
BBB: 07 Sya`ban 1441H. = 01 April 2020 (Rabu).

No comments:

Post a Comment