April 29, 2020

MOTTO DAN FALSAFAH PENGAJIAN TINGGI


MOTTO DAN FALSAFAH PENGAJIAN TINGGI
(Fikrah Bangi:  548),
BBB: 06 Ramadhan 1441H. -  29 April 2020M. (Rabu).

Kita telah membicarakan bahawa selepas berlakunya perubahan besar seabad selepas dari  Peperangan Dunia Pertama (1920-2020)  dan berlakunya kemusnahan terhadap manusia diakibakan oleh virus Covid-19 dan akan berlaku perubahan dari segi  nilai, ekonomi dan sosial dan turut berubah dari segi  falsafah, dasar dan kaedah pengajian.
Sesebuah pengajian tinggi, khususnya universiti mempunyai motto bagi pengajian . Dari motto ini mencerminkan secara ringkas dan terumus arah dan  pembawaan pengajian tinggi berkenaan. Misalnya motto bagi Universiti Kebangsaan Malaysia ialah `Ilmu Memimpin`  Maka ilmu dilihat sebagai institusi bahkan berwatak unggul dan dengan keunggulannya ianya sebagai pemimpin yang dapat  menunjuk, membawa dan menunju  ke arah kejayaan.
Dalam pendekatan kita  yang dapat dilihat mampu diolah dari segi falsafah, dasar dan perspektif keilmuan, bahawa motto pengajian tinggi, khususnya universiti ialah:
                         BERILMU SEJAHTERA
Makjsud secara ringkas bagi dua kalimah itu bahawa  `Insan yang Berilmu, maka dengan ilmunya mampu  membahagiakan.
Maka bagi huraian yang lebih jauh akan dilihat dari segi falsafah  pada konsep `Insan`  konsep `Ilmu` dan konsep `Sejahtera` yang menjadi arah, matlamat, perspektif, bahkan hasil dari berilmu.
                    Falsafah:  BERILMU  SEJAHTERA
Insan adalah ciptaan yang paling sempurna kejadiannya di alam ini. Kesempurnaan ini bukan saja dari segi biologinya, tetapi yang paling sempurna ialah pada insan itu ada akal di saming hari rohani. Dengan akal insan berpotensi berkembang maju bagi memenuhi keperluan hidup dari kehidupan yang bersifat asas dari segi maklan minum, pakaian dan perlindungan kepada  yang bersifat yang dikatakan maju.
Kemajuan insan adalah berhubung rapat dengan alam – termasuk bumi yang bukan saja tempat baginya hidup, tetapi dari alam melalui kehidupan dan pengalaman insan mendapat ilmu yang meningkatkan darjat insan berbanding dengan kejadian-kejadian yang lain. Insan memikirkan tentang wujud, alam dan kehidupan.
Dengan berguru pada pengalaman dan pengalaman orang lain, insan meningkatkan diri dengan ilmu yang berhubunbg dengan pertanian, pembinaan bangunan, pembinaan alat perhubungan, kaedah sosialisasi dan bermasyarakat sehingga mewujudkan keluarga, ke,ompok dan bangsa dari penempatan yang bersifat kampung,  pekan dan bandar.
Dalam proses di atas, insan melalui pengalaman telah menghimpun maklumat yang diwarisi dari generasi ke generasi. Ada kalangan mereka bersifat lebih khusus dan profesional. Misalnya ada berkemahiran di dalam pertanian, pembinaan dan ada yang lebih khusus berkemahiran sebagai guru di samping ada ketua, pemimpin dan  pahlawan. Melalui proses guru dan pengajaranadalah bermula konsep menghimpun dan mengekalkan ilmu dan ilmu dari berbagai-bagai guru, lantaran itu berbagai-bagai ilmu pula wujud dan terhimpun serta dipelajari.
Proses perhimpunan ilmu dan pembelajaran terus berkembang hingga mewujudkan pusat-pusat pengajian. Di dalam pusat pengajian ini  bukan saja berlaku pengajaran, tetapi penghimpunan dan pendokumantasi ilmu,misalnya melalui penulisan dan buku-buku. Darinya menghasilkan pengajian teratur dan perpustakaan. Pengajian dipertingkatkan kepada pentadbiran pada peringkat negara dengan wujud berbagai-bagai pengajian dan sumber-sumber keilmuan yang banyak dan di dalam berbagai-bagai bidang yang dapat dipelajari. Darinya menghasilkan tokoh-tokoh ilmuan yang menyebarkan keilmuan  kepada masyarakat.
Apa yang dapat deilihat dari peranan ilmu ?
Ilmu meningkatkan insan sebagai khalifah yang memimpin berbagai-bagai bidang dan dari segi  keilmuan  diperturunkan kepada masyarakat. Melalui `Berilmu` insan dapat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup mereka dari segi makan minum, pekerjaan, berkenderaan, berkomunikasi dan bersosialisasi.  Dengan ilmu mensejahterakan hidup (dan mati) bagi manusia. Mereka sejahtera di dalam kehidupan.
Berilmu adalah hak bagi semua insan. Mereka berhak menikmati kesejahteraan hidup. Berilmu adalah mensejahterakan seorang insan. Masyarakat yang berilmu adalah masyarakat yang lebih sejahtera dari yang tidak berilmu. Sebab itu bagi pemerintah seharusnya meluas dan memnberi peluang bagi setiap individu peluang mendapat ilmu, makin berilmu masyarajat makin meningkat budaya, intelektual, tamaduin dan peradaban mereka dan mereka sebenarnya unggul  dan lebih sejahtera, lantaran itu diungkapkan motto:
`Berilmu Sejahtera`.
Sekian.

No comments:

Post a Comment