April 4, 2020

MASJID ITU MAKIN MURAM


MASJID ITU MAKIN MURAM

Azan yang dikumadang Bilal itu
Begitu sayu  pada  pendengaran
Kerana pada tengahari Juma`at seperti ini
Masjid padat dengan jama`ah
Tapi hari ini ketiga kali berturutan
Tiada Juma`at, bukan saja di sini
Tapi di kebanyakan negara  Islam
Termasuk di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
Elak jangkitan Cobid-19 merebak seluruh dunia
Tiada pernah dalam sejarah sedemikian.

Masjid itu makin suram
Di tengah kawasan tertua di bandar itu
Bertambah sunyi sekolah-sekolah berhampiran
Sunyi dari pelajar ditangguh  pengajian
Merekalah biasanya  punca kebisingan
Diperingatkan Khatib dan Bilal supaya diam.

Kontras dari sebok kebiasaan
Yang hadir menunaikan solat menggantkan Juma`at
Hanyalah  Imam, Bilal dan Siak
Melepaskan tuntutan kifayah bagi kariah.

Covid-19 amat mengganggu rutin
Imarah masjid dengan ibadat
Pengajian dan kemasyarakatan
Kini lumpuh dari kegiatan,

Cobid-19 adalah ujian
Terhadap kemanusiaan dan keimanan.

(Fikrah Bangi: 526)
BBB:  10 Sya`ban 1441H. =  04  April 2020M. (Sabtu).

No comments:

Post a Comment