April 2, 2020

COVID-19 MEREBAK KE BARAT MALAYSIA MAKIN SISTEMATIK


COVID-19 MEREBAK KE BARAT, MALAYSIA MAKIN SISTEMATIK

Melangkah ke April, suku tahun wabak dikenali
Tahap dua bagi Malaysia memerangi
Covid-19 yang muncul dari China itu
Bergerak merebak  ke Barat menggerunkan
Disifat Pertubuhan Bangsa Bersatu
Mala petaka terburuk selepas  Perang Dunia kedua
Amerika pada permulaan agak cuai
Melonjak ke tempat pertama kerosakan
Thrump Presiden Amerika memberi amaran
Daripada 188,172 kes 3,673 kematian
Dalam 24 jam 865  kematian
Membuat  Putin Presiden Rusia
Menggerak penerbangan hantar peralatan
Ke Amerika  misi kemanusiaan.

Manakala Itali dengan 60 juta rakyat
Pertama mengatasi China segi kematian
Tafakkur dengan 12,428 kematian
Manakala  Sepanyol dengan 100,000 kes
Dengan 9,453 kematian pernah melonjak
864 kematian dalam 24 jam
Kedua selepas Itali, sebelum dilintasi Amerika
Manakala Peancis dengan 52,129 kes 418 kematian
Turut merebak ke Brazil, Amerika Selatan
Dengan 4,589 kes 169 kematian
Mexico `1,094 kes 29 kematian
Turut  sama sampai ke Afrika
Sungguh membimbangkan.

Di negara kita pendekatan makin sistematik
Tempat-tempat tanda merah diberi penekanan
Selepas Simpang Renggam dan Sungai Lui
Tumpuan di Menara City
Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur
Dengan nyahkuman dan pembersihan berterusan
Dilaksana Kementerian Kesihatan, Polis, Tentera,
Berbagai agensi dan sukarelawan
Kini 642 pulih dengan 148 dibenar keluar
Cuma 45 kematian pertanda memberangsang
Insya Allah  perang terhadap Covid-19
Mencapai kemenangan.

(Fikrah Bangi:  524),
BBB:  08 Sya`ban 1441H. = 02 April 2020M. (Khamis).

No comments:

Post a Comment