April 14, 2020

PERUBAHAN NORMA DIAKIBATKAN OLEH COVID-19


PERUBAHAN  NORMA  DIAKIBATKAN OLEH COVID-19
(Fikrah Bangi:  534),
BBB:  20 Sya`ban 1441H. = 14 April 2020H. (Selasa).

Norma adalah kebiasaan cara hidup yang biasa  dilalui oleh seseorang, kelompok atau masyarakat. Termasuk di bawahnya aturan-aturan, adat kebiasaan bahkan nilai pegangan. Apa yang dilakukan adalah biasa dan tidak memerlukan kepada kesedaean di dalam melakukannya. Sebagai contoh kebiasaan  bagi hehidupan seseorang  pada pagi-pagi menjadi kebiasaan pergi solat subuh bersama  di surau atau di masjid berhampiran dengan rumahnya,  Selepas menunaikan solat berjma`ah, dalam perjalaanan  pulang  ia singgah  membeli  beberapa akhbar harian.  Kadang-kadang  ia membeli  majanan  pagi  untuk keluarga.  Di rumah sambil meneliti akhbar-akhbar sepintas lalu, dia  makan pagi  bersama-sama anak-anak yang dihidang oleh isteri. Mereka sekeluarga mengikuti  tugas harian , jika bukan hari mingguan. Selepas bersarapan mereka berpakaian  menurut kebiasaan sebagai pakaian kerja, manakala anak-anak berpakaian pakaian sekolah.
Selepas itu, anak-anak berkenaan mencium tangan ibu mereka dan mengangkat beg sekolah ke kenderaan dan dihantar oleh bapa ke sekolah dalam perjalanan  ke pejabat. Demikianlah cara hidup senmasa bersekolah dan tata norma  dilalui bersama-sama kawan  sama belajar dan rehat bersama-sama, manakala bapa bersama-sama kawan-kawan bekerja menurut kebiasaan sehingga petang baru pulang bersama anak-anak yang telah dijemput ibu. Pada sebelah petang mereka berkebun dan anak-anakbermain. Bila malam bapa kembali berjama`ah di masjid dan anak-anak mengulangkaji pelajaran di bawah bimbingan ibu mereka. Pada hari minggu mereka ke luar membeli  keperluan dan menziarah dato` dan kawan-kawan dan sebagainya. Ianya merupakan rutin harian bagi mereka. Ada nilai-nilai di kalangan mereka misalnya anak-anak menghormati orang tua, rajin belajar. Mereka mempunyai nilai dan hubungan yang baik dengan jiran-jiran tetangga dan berada di dalam keadaan rukun dan damai.
Namun selepas berlakunya wabaj coronavirus (Covid 19) dan perisytiharan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April (hari ini) dan disambung kepada tahap
Ketiga dari 15 – 28 April 2020 mengiubah rutin dan norma hidup yang dilalui oleh keluarga ini dan juga pleh berbagai pihak, misalnya oleh  peniaga di warung, pekerja kilang, pejabat,  pejerja bengkel, penjual di pasar,  pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa di universiti dan berbagabagai lagi
Apakah dimaksudkan dengan PKP yang harus dilalui ?
Tidak banyak, tetapi kesan begitu besar yang seharusnya dipatuhi oleh semua pihak bertujuan bagi memutuskan rangkaian Covid-19 dari meluaskan jangkitanya. Covid-19 yang mula muncul di Bandar Wuhan di China pada akhir 2019 dan mula dibicarakan di dalam media sejak  akhir  Februari 2020 adalah virus yang amat ganas dan menular begitu cepat sehingga kini melibatkan  lebih daripada dua ratus negara. Ianya berkembang dari China ke Iran, Korea. Kemudian secara pesat berkembang di Itali, Spanyol, Perancis German dan meningkat dengan mendadak di Amerika dengan 550,000 kes dan keseluruhan kes kini melebihi 1.54 juta dengan kematian melebihi 100.000.
Malaysia tidak terkecuali sama mengalami wabak ini dengan 4,817 kes dengan positif ialah 2,364 dengan 77 kematian, iaitu nisbah  1.6 peratus, ianya antara yang terendah di dunia.
Bagi menyekat wabak ini dilaksanakan KPK yang sebenarnya diamalkan di seluruh dunia iaitu menjaga kebersihan tangan, muka, pakaian dan kebersihan kediaman, premis dan alam sekitar, menjaga jarak ruang melebihi satu meter, elak dari bersentuhan, tidak menghadiri sebarang perhimpunan dan lebih penting berada di kediaman. Virus Covi19  tidak melangkaui satu meter dan jangka hayatnya adalah selama 14 hari. Sebab itu tempoh PKP ialah selama 14 hari (18 Mac-14 Aptil dan dilanjutkan hingga 28 April) Adalah diharapkan dengan penjarakan dilaksanakan  dapat memutuskan  jangka hayat virus Covid-19.
Rakyat negara ini  telah menjalani dua tahap dan mempunyai kesan yang positif. Kesan ini diharap akan lebih baik selepas melalui tahap tiga.
Dari perbincangan memperlihatkan betapa bahayanya Covid-19, tetapi dari PKP, terutama orang ramai dikehendalki berada di kediaman yang kini sudah hampir sebulan dan akan ditambah dua minggu lagi banyak mengubah norma hidup yang dilalui ingividu, keluarga, kelompok dan masyarakat. Ada yang bersifat positif dan tentulah banyak pula yang bersifat negatif – Bersambung.
Sekian.

No comments:

Post a Comment