February 27, 2009

2 KES DIPEJABAT ADUN BANGI

(Cik Norhaslina Zahari menerima cenderamata dari Dr. Shafie)
Kes 1. Seorang balu menerima bantuan Skim Mesra Usia Emas dan dalam waktu yang sama masalah banjir yang kerap dirumahnya mendapat perhatian. Beliau kini ditempatkan sementara di Council Home. Menetap di Jalan Reko mendakwa tiada kebajikan diterima selama ini. Sewaktu menerima bantuan beliau berkali-kali mengucapkan ucapan terima kasih dan berkata tidak akan melupakan bantuan yang diterima.

Kes 2. Seorang telah dikenakan tindakan saman oleh penguatkuasa MPKj kerana berniaga ditempat larangan. Beliau mendakwa sudah bertahun-tahun berniaga dan tidak pernah disaman oleh kerajaan terdahulu. Dalam aduan yang diterima beliau turut mendakwa mempunyai hubungan dengan beberapa orang politik dan sering menerima berbagai bantuan. Dalam kes ini beliau meminta ADUN Bangi membatalkan saman tersebut atau memberi bantuan kewangan untuk membayar saman tersebut. Dr. Shafie berkata beliau harus menghormati penguatkuasa MPKj yang menjalankan tugas dan tidak dapat membatalkan saman tersebut.


Kes-kes ini adalah antara ribuan kes yang diterima dan berjaya diselesaikan sebahagiannya. Cuma 2 kes di atas lebih istimewa kerana inilah kes terakhir yang diuruskan oleh Cik Norhaslina Zahari, Pembantu ADUN Bangi. Beliau selepas ini akan menyambung semula pengajian yang terpaksa dikorbankan demi membantu jentera pentadbiran ADUN Bangi

No comments:

Post a Comment