KEBUDAYAAN MANIFESTASI KEHIDUPAN
(Fikrah Bangi: 312),
BBB: 09 Zulhijjah 1440H. = 10 Ogos 2019M.
(Sabtu).
Kebudayaan adalah manifestasi cara hidup
masyarakat yang dipengaruhi keadaan setempat dan keperluan. Amalan baku dari
masyarakat ini menjadi imej kehidupan dan identiti masyarakat dan jati diri
mereka.
Kehidupan seseungguhnya memerlukan kegiatan
untuk survival., baik bagi masyarakat primitif dan juga masyarakat moden.. Bagi
mesyarakat awal yang masih terhad dari
segi menghasilkan makanan, Terhad dari segi perlindungan dan terhad dari segi
komunikasi, maka cara hidup mereka mencerminkan cara hidup pada peringkat
awalan.
Pada zaman tradisi masyarakat memilih
tempat kediaman biasanya di tepi sungai, kerana tempat sedemikian adalah
strategik bagi kehidupan. Masyarakat permulaan membersihkan tanah bagi tapak
pondok mereka yang dibuat dari bahan-bahan setempat. Misalnya tiang dari
batang-batang kayu yang terdapat di sekitar kediaman. Lantai juga adalah dari
batang-batang anak-anak kayu yang disusun
menjadi lantai. Manakala atap dan dinding adalah dari daun rumbia atau nipah
yang dijahit dan disusun menjadi atap dan dinding. Pada pondok ini dibina
lambur dan tangga yang juga dari anak-anak kayu. Bentuk tipikal ini adalah
merupakan pondok yang dihuni oleh masyarakat permulaan yang primitif sifatnya.
Dia juga adalah bentuk yang dibina oleh
orang asli. Bentuk pondol yang atapnya berbentuk `V` terbalik untuk larian air hujan adalah
menjadi identiti bagi penduduk bagi masyarakat permulaan di kawasan hujan
tropikal seperti di negara ini, Bentuk pondok ini masih dibina dan digunakan
Cara hidup sedemikian membudayakan
mesyarakat berkenaan. Misaalnya, sesuai dengan tempat dan keperluan hidup
mereka bertani, misalnya dengan menanam padi, ubi, keledek, jagung dan pokok
buah-buahan di sekeliling kediaman mereka. Mereka mendapat makanan seharian
hasil dari tanaman mereka dan bertukar-tukar hasil dengan keluarga yang lain.
Mereka juga mendapat bahan-bahan makanan yang lain dari tumbuh-tumbuhan dan
daun-daun tumbuhan di sekeling mereka. Kaedah bertani sedemikian adalah menjadi
budaya kehidupan masyarakat berkenaan.
Bahan tambahan makanan mereka juga didapati
dari berburu binatang-binatang yang boleh didapati dalam kawasan berdekatan
dengan kehidupan mereka. Iaitu seperti rusa, kijang, pelanduk, landak dan
sebagainya. Mereka menjadi masyarakat yang mahir berburu. Peralatan yang mencerminkan alat senjata
mereka ialah seperti parang, golok, pisau, lembing, panah dan sebagainya.
Peralatan berburu dan kaedah menggunakan senjata berkenaan menjadi ciri budaya
dari segi persenjataan bagi mereka.
Sungai yang menjadi lokasi pemilihan tempat
kediaman amat penting. Dari sungai mereka mendapat keperluan air, dari sungai
juga mereka menangkap berbagai ikan yang dapat dijadikan sumber makanan mereka.
Meeka membuat bubu, tuwau, jaring, pukat dan mata kail sebagai alat bagi
menangkap ikan. Sungai selain dari tempat bagi mendapat rezeki makanan – pada tahap
kehidupan yang lebih maju mereka membuat perahu-perahu yang boleh mereka
bergerak lebih jauh dan berhubungan dengan masyarakat yang lebih jauh. Dari
satu segi memberi ruang bagi mereka pada peringkat permulaan menukar hasil-hasil
pertanian dengan penduduk di tempat lain. Dengan sedemikian mewujudkan sistem
perniagaan barter bagi menukar barangan
di kalangan mereka.. Pengangkutan sungai mengubah perjalanan kepada pengankutan
sungai yang lebih pantas dan lebih
banyak membawa barang.
Dari perbincangan di atas mencerminkan
budaya kehidupan msyarakat permulaan di negara kita dan ciri budaya yang
menjadi identiti dan jati diri mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment