KENANGI MEREKA YANG BERJASA DALAM
PEMBENTUKAN MALAYSIA
(fikrah Bangi: 332),
BBB: 29 Zulhijjah 1440H. = 30 Ogos 2019M.
(Juma`at).
Antara ciri bangsa bertamadun adalah
mengenangi mereka yang berjasa terhadap bangsa, bahkan terhadap kemanusiaan.
Dalam membentuk Malaysia banyak cabaran yang dihadapi pemimpin-pemimpin,
bermula dari perlaksanaan Gagasan Malaysia, iaitu mendapat persetujuan
negeri-negeri yang bakal sama bergabung. Ini melibatkan pemimpin negeri-negeri
dan rujukan terhadap rakyat. Selain dari mendapat persetujuan, tentangan juga
terpaksa dihadapi. Dari segi dalaman, tentangan diterima dari pemimpin di
Brunei. Azhari memimpin pemberontakan menentang cadangan penyertaan Brunei.
Rujukan juga dibuat terhadap PBB bagi mengesahkan persetujuan melalui
Suruhanjaya yang dibentuk.
Di Semenanjung pemimpin utama tentulah
Tunku Andul Rahman Putera sendiri. Selain daripada beliau pemimpin yang lincah
dan berdiplomasi yang banyak memimpin rundingan bagi pembentukan Malaysia ialah
Tan Sri Ghazali Shafie yang berperanan sebagai Setiausaha Negara pada masa itu.
Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah orang kanan Tunku yang
terlibat dengan rundingan-rundingan. Kepimpinan pada peringkat tentera ialah
General Tan Sri Ibrahim yang pernah memimpin pasukan pembebasan Malaya dari
Jepun. Di samping beliau yang berjasa ialah General Tan Sri Abdul Hamid Bidin.
Tokoh dari Singapura tidak lain dari Lee
Kuan Yew sendiri yang terkenal sebagai
intelektual dan negararwan sebagai Perdana Menteri Singapura di samping Goh Tok
Chong, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Ahmad Ibrahim Pakar Undang-Undang.
Mereka yang patut diberi kedudukan di dalam
pembentukan Malaysia dari Sabah ialah Tun Fuad Stephen dan Tun Mustafa. Mereka
berdua berperanan mewarnai sejarah Sabah di dalam Malaysia. Tun Mustafa banyak
berperanan di dalam meluaskan Islam di Sabah.
Pada peringkjat negeri Sarawak tokoh-tokoh
yang perlu diberi kedudukan dalam pembentukan Malaysia adalah seperti Tan Sri
Jugah Anak Bering, Kaloningkan, Abang Uping, Andul Rahman Ya`kub bahkan Abdul Taib Mahmud
adalah mereka yang berperanan di dalam pembentukan Malaysia.
Adalah tidak wajar, watak-watak pejuang adalah
dari Semenanjung sahaja. Peranan tokoh-tokoh dari Sabah dan Sarawak, perlu
ditonjolkan bersama pemimpin-pemimpin di Semenanjung. Perlu diperlihatkan
perseimbangan peranan di dalam pembentukan Malaysia.
Kewiraan pemimpin dan tentera bukan setakat
perbarisan dan pertempuran dihutan, tetapi juga pada peringkat kenegaraan.
Sebagaimana disebutkan pembentukan Malaysia tidak disetujui oleh Indonesia yang
pada masa itu di bawah pimpinan Presididen Sukarna. Beliau telah
melancarkan polisi – Konfrontasi terhadap
Malaysia. Orang kanannya Subandrio
sebagai Menteri Luar yang mengapi-apikan penentangan disokong oleh Aidit Ketua
Parti Komunis di Indonesia. Manakala tentera di bawah kepimpinan General Nasution.
Sebagaimana pernah disebut Indonesia pernah menghantar pasukan bersenjatanya
menyerang Malaysia di Labis Johor. Episod ini patut diperbesarkan dan bagaimana
wira negara menentang pendaratan tentera dari Indonesia itu.
Sebagaimana disebut Filipina juga menentang
pembentukan Malaysia, bahkan mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada
Filipina. Berbagai imsiden ketenteraan dan infiltrasi dari Filipina ke Sabah
berlaku. Episod-episod ini penting dihighlightkan di dalam mengimgati
perjuangan pembentukan Malaysia. Sabah
dan Sarawak pada masa itu jika bersendirian tidak selamat. Ianya antara faktor
menyegerakan persetujuan kepada pembentukan Malaysia.
Peranan diplomasi juga berlaku terutama
antara pimpinan Tun Razak di Malaysia dan Adam Malik dari Indonesia
membincangkan pemulihan hubngan antara Malaysia dan Indonesia dan
kunjungan-kunjungan antara kedua belah pihak.
Adakah isu-isu yang begini penting mau dihilangkan lantaran sindrom penafian
terhadap peranan kerajaan yang lalu dan mau ditegakkan peranan kerajaan kini.
Penafian kelihatan sebagai berdiri keawangan tanpa
bertapak di atas sejarah yang begitu significant. Sejarah pembentukan
Malaysia berpelbagaian dan amat menarik, tidak klisye dan menjemukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment