MENGURUS
QURBAN DI MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi:
314),
BBB: { 11
Zulhijjah 1440H. = 12 Ogos 2019M. (Isnin).
selepas masjid
mula digunakan. Puncak dari sambutan ialah dengan mengadakan solat `Idul Fitri
yang telah
diadakan
kelmarin (Ahad). Tetapi urusan yang rumit ialah pada hari ini, iaitu mengadakan
ibadat Qurban. Dua bulan sebelum tiba bulan Zulhijjah agenda berhubung
dengannya telah dibawa di dalam mesyuarat dan dibincang di dalam bulan
berikutnya mengenai berapa ekor lembu dijangka disertai mereka yang hendak
berqurban. Harga seelor dan sebahagian dan di mana hendak dibuat tempahan.
Pada tahun
lepas hanya lima ekor lembu sahaja ditawarkan kepada mereka yang hendak
menyertainya. Pada tahun ini dinaikkan kepada tujuh ekor, tetapi respond agak
baik. Ianya meningkat kepada 9 ekor. Walau bagaimana jumlah ini adalah sedikit berbanding
dengan surau yang agak established yang berkorban melebihi 30 ekor.
Pihak Masjid
Al-Umm menempah lembu dari High Tec. Pekan Bangi.
Maka mulai
dari jam 7.00 pagi hari ini beberapa AJK dan peserta-peserta berqurban ke
tempat pengurusan dan penyembelihan. Mereka yang bergotong royong untu melapah
daging dan pembahagian bersedia di laman Masjid Al-Umm. Kira-kira jam
10.00 pagi 2 ekor pertama dapat dihantar
ke masjid. Dan proses penghantaran hingga jumlah sembilan ekor berakhir pada
jam 12.30 tengahari.
Urusan melapah
dan mengedar daging kepada yang berkorban selesai jam 2.30 petang.
Malam ini akan
diadakan ceramah mengenai Ibadat Haji
oleh Nik Kamaruddin bin Yunoh Pegawai
Agama dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Sedikit jamuan dari masakan daging
disertakan.
Semoga Mereka
yang menunaikan haji mendapat Haji Mabrur dan yang berqurban, diterima ibadat
qurban mereka.
No comments:
Post a Comment