MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU
(Fikrah Bangi: 310),
BBB: 07 Zulhijjah 1440H. = 08 Ogos 2019M.
(Khamis).
Tugas semua pihak pada masa kini adalah
memperkasakan bahasa Melayu semaksimum potensi yang mungkin sehingga bahasa itu
menjadi bahasa yang unggul dan bermaruah di tanah air dan di persada
antarabangsa, sesuai ianya sebagai bahasa kelima terbesar di dunia. Harapan ini
bukan sesuatu yang mustahil. Sehingga kini bahasa Melayu yang digunakan sebagai
bahasa ilmu dan perantaraan di pengajian-pengajian tinggi di negara ini dalam
tempoh setengah abad memperlihatkan kejayaan-kejayaan. Pada peringkat rendah
dan menengah tidak dapat dipersoalkan
bahawa pelajar-pelajar dapat meneruskan pengajian dengan baik dan sebahagian
besar daripada mereka berjaya menyambung pengajian di universiti-universiti di negara
ini atau ke luar negara dan mereka
berjaya di dalam pengajian mereka.
Kalau kita lihat pada universiti-universiti
awam di negara ini saban masa bila dibuat penilaian, maka
universiti-unioversiti berkenaan seperti universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera Malaysia, Universiti Sauins Malaysia
mengekalkan tempat terbaik antara
ratusan universiti di Asia, bahkan berada pada ranking yang baik di dunia.
Masalah yang dihadapi, jika pada
tahun-tahun 1960an Jepun, Korea, bahkan China tidak jauh dari segi kemajuan
berbanding dengan Malaysia, tetapi kini mengapa jepun, China dan Korea jauh
meninggalkan Malaysia, Mereka maju di dalam bidang sains dan teknologi dan
mereka kukuh dari segi ekonomi, tetapi mengapa Malaysia, masih tertinggal ke
belakang ?
Untuk mengatakan bahawa mereka berkemahiran
dalam bahasa Inggeris adalah tidak benar. Masing-masing menggunakan bahasa
ibundsa masing-masing. Dapat diambil kesimpulan, penggunaan bahasa ibunda
tidaklah menghalang dari mencapai kejayaan di dalam bidang sains dan teknologi,
bahkan di dalam lapangan ekonomi.
Cadangan setengah pihak untuk kembali
menggunakan bahasa Inggeris di dalam bidang Sains dan Matematik di dalam bahasa
Inggeris ternyata bercanggah dengan logik bahasa, bahawa bahasa ibunda tidak
mampu maju di dalam bidang sains, teknologi dan ekonomi tidak benar sebagaimana terbukti kemajuan yang dicapai
oleh negeri Jepun, Kore dan China. Kelemahan kita bukan kerana kelemahan
bahasa, tetapi kelemahan idea yang tidak mampu berkreatif dan berinovatif. Oleh
kerana itu negara, khususnya universiti hendaklah memimpin keilmuan, menjana
daya kretiviti dan inovasi bagi memajukan negara di dalam semua bidang.
Kita berpendapat sudah tiba masanya
pengajian-pengajian tinggi jangan
terpesona dengan sindrom seronok melihat universiti masing-masing berada
di dalam ranking universiti terbaik di dalam negara, di Asia, bahkan di dunia,
sedangkan kita tidak dapat melihat apa yang dicapai itu diperturunkan kepada
praktikal penghasilan yang dapat dinikmati masyarakat dan jelas kelihatan
kemajuan kita di dunia. Kerajaan perlu mengambil inisiatif itu untuk diaplikasikan
penggunaannya di tengah masyarakat atau apakah yang diperbesarkan itu tidak
berkait dengan penghasilan, tetapi sebenarnya tidak memberi erti yang sebenarnya
dari segi manfaatnya kepada masyarakat.
Kerajaan atau `Kementerian Keilmuan`
hendaklah mengambil inisiatif menyatukan apa yang dicapaidan memperturunkan
kepada masyarakat. Penghasilan, kreativiti dan inovasi perlu ditonjolkan yang
pada akhirnya digunakan oleh industri dan berbagai institusi yang dapat
menonjolkan pencapaian institusi dan negara. Hingga kini kita tidak dapat
melihat penghasilan yang jelas dari apa kejayaan yang dicapai oleh
universiti-universiti berkenaan. Pihak kerajaan jangan bersifat gila tolak
terhada PPSMI yang digunakan pada tahun-tahun 1983 hingga 1993 yang nyata gagal
dan merugikan kewangan negara beribu
juta dalam masa satu dekad secara eksperimen
tersebut.
Semua pihak terutama institusi-institusi
ilmu perlu berusaha meningkatkan ilmu,
kreativiti dan inovasi dalam bahasa ibunda agar kita menjadi bangsa yang unggul
beridentiti dan berjati diri seperti Jepun, Korea dan China yang masing-masing
menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sekian.
No comments:
Post a Comment