October 13, 2018

CABARAN MEMBINA MASJID AL-UMM


CABARAN MEMBINA MASJID AL-UMM
(Disampaikan dalam Majlis Penyyerahan Masjid pada petang 11.10.2018)
(Fikrah Bangi: 25)
BBB, 02 Safar 1439H. = 11 Oktober 2018M. (Khamis):
Bismillahi`r.Rahmani`r-Rahim
Al-Salamu `alaykum wmt. Wbkt.
Al-Hamdulillah wa al-salatu wa al-salam `ala Rasulillah wa `alihi wa sahbihi wa man walah.
Firman Allah Ta`alaL ``Innama ya`muru ...,,
Bermaksud:
 ``Hanya sanya yang (layak) memakmurkan (meghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan orang-orang yang mendapat pertunjuk.`` (Al-Taubah: 18).
Saudara Pengerusi majlis.


Ybhg. Dato` Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS
Ybhg. Dato` Haji Rosli bin Othman, Pegawai Daerah Hulu Langat
Yang Berusaha Tuan Mohd. Sayuthi  bin Bakar,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.
Yang Dihormatkan Tuan Abdul Jalil bin Dato` Abdul Rani,
Dato` Orang Kaya To` Engku Maha Bijaya,
Orang Besar Daerah Hulu Langat.
Yang Berusaha Tuan Mohd Shahzihan Bin Ahmad
Ketua Bahagian Pengurusan Dakwah
Mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor,
Yang Berbahagia Ustaz Hashim bin Muhamad
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Selangor.
Yang Berhormat Tuan Haji Mazwan bin Johar
Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Ramal, Hulu Langat.
Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Mahayudin Bin Abu Bakar
Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat.
Dato` Abdullah bin Mohd. Zain,
Nazir Masjid Al-Hasanah.
Tuan Haji Marzuki bin Haji Omar,
Kontrektor  Tekad Nusantara Sdn. Bhd. bagi Masjid Al-Umm.
Ar. Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad
Arkitek Urusbiuna Sdn. Bhd. bagi Masjid Al-Umm.
Ir. Haji Ishak bin Haji Arshad, Timbalan Pengerusi & Ahli-ah;i Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm
Pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin setempat dan para jama`ah yang dihormati sekalian.
Pendahuluan
Al-hamdulillah kita bersyukur kepada Allah di atas kurniaNya, pihak Masjid Al-Umm telah menerima CCC pada hari Khamis  4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 yang melayakkan pada hari ini diadakan Majlis Penyerahan Masjid Al-Umm.,
Pembinaan Masjid Al-Umm memakan masa yang agak lama dan dapat dibahagiakan kepada dua tahap yang setiap tahap memakan masa lima tahun.
1)      Tahap Pertama 2008-2013
Tapak bagi Masjid Al-Umm sudah diperuntukkan oleh PKNS bersama dengan  pembangunan Bandar Baru Bangi (1975), tetapi pembangunannya tidak diberi keutamaan, khususnya apabila Masjid UKM siap dibangunkan (1982), penduduk Bandar Baru Bangi bersolat  Juma`at di sini, lebih-lebih lagi bila Masjid Al-Hasanah siap digunakan (2000), tidak timbul untuk mendirikan Masjid.
Walau bagaimana apabila banyak surau-surau dibina di Bandar Baru Bangi, ahli kariah Surau al-Umm yang menggunakan rumah semi-D  (No. 6, Jalan 1/3G) surau pertama di Bandar Baru Bangi. yang dipinjamkan oleh PKNS dan digunakan sejak 6 Ogos 1978 (1 Ramadhan 1398) berhasrat sama untuk mendirikan surau atau masjid khusus di tapak yang disediakan, tetapi tidak ada kata putus sama ada hendak mendirikan surau atau masjid.
Apabila Penulis memenangi Kerusi DUN Bangi (2008-2013), salah satu projek yang ADUN janjikan ialah mendirikan Masjid Al-Umm sebagai pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu yang menjadi Motto bagi ADUN Bangi.
Lantaran itu Penulis selaku ADUN dan juga sebagai Pengerusi Surau Al-Umm meminta Tuan Haji Hussin Yunos Setiausaha Surau Al-Umm menulis surat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Hulu Langat memohon supaya digezetkan tanah Lot 51177 seluas dua ekar diperuntukkan kepada masjid/surau  untuk Masjid Al-Umm. Surat permohonan diluluskan oleh Dato` Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Surat kelulusan bertarikh 1.9.2009. Berikut dari kelulusan itu dipohon dari JAIS keizinan mendirikan Masjid. Pihak JAIS tiada halangan meluluskannya  - Surat bertarikh 17.11.2009.


Berikut dari kelulusan itu Penulis selaku ADUN Bangi yang juga Pengerusi Surau Al-Umm menjemput pengerusi-pengerusi surau-surau bersama AJK Surau Al-Umm pada malam 4 Februari 2010. Tiga puluh orang hadir ke Surau Al-Umm  berbincang dan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa mendirikan masjid. Pengerusi yang dilantik ialah ADUN Bangi dan Setiausaha ialah Tuan Haji Hussin Yunos, manakala Bendahari ialah Tuan Haji Mohd Nor bin Yasin. Dan sejumlah  jawatankuasa. Berikut dari keizinan memungut derma diperolehi dari pihak MAIS, maka Majlis Pelancaran Derma bagi memungut dana bagi Masjid Al-Umm dilancarkan oleh ADUN Bangi pada 19 Mac 2012 bertempat di Dataran Medan Usahawan hadapan kawasan masjid. Jumlah yang dapat dipungut ialah RM150,000. Inilah merupakan tabung kewangan untuk sebagai dana perbelanjaan pengurusan dan pembinaan bagi Masjiud Al-Umm. (Pihak penduduk mau mengekalkan nama Al-Umm pada Masjid Al-Umm).
Oleh kerana adanya hubungan rapat ADUN  Bangi dengan Dato` Menteri Besar Selangot (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim), maka Dato` Menteri Besar Selangor bersetuju untuk turun melawat Tapak Masjid Al-Umm. Dato` Menteri Besar hadir pada  6 Januari 2013 dan dalam ucapannya Dato` Menteri Besar berjanji  Kerajaan Negeri Selangor  akan  menderma sehingga jumlah RM6 juta  yang dapat dicari oleh Jawatankuasa. (Selepas itu Menteri Besar juga menjalankan upacara pecah tanah Sekolah Agama Sungai Tangkas diiringi ADUN – Projek yang diusahakan ADUN Bangi dengan kerjasama Ketua Kampung Sungai Tangkas – Tok Abdul Hadi).
Janji Dato` Menteri Besar Selangor itu memberi semangat kepada Ahli Jawatankuasa Pembinaan  masjid, khususnya bagi sepuluh yang diberi tauliah memungut derma bekerja bersungguh-sungguh mencari derma. Jawatankuasa berazam bahawa pembinaan fizikal  masjid hendaklah dapat dilakukan dalam masa tidak kurang dari setahun dari tempoh janji Dato` Menteri Besar Selangor. Dalam tempoh ini juga dipilih kontrektor (interview pada 19.11.2013) dari sembilan kontrektor yang diinterview.  Kontrektor  yang dipilih ialahTekad Nusantara Sdn. Bhd. Bandar Baru Bangi.
Bersambung  ....  Tahap Kedua: Pembinaan).
Sekian.

No comments:

Post a Comment