SIFAT, CIRI PARTI DAN KEPIMPINAN
(Fikrah Bangi: 34):
BBB 13 Safar 1440H. = 22 Oktober 2018M.
(Isnin):
PAKATAN HARAPAN – Kumpulan parti yang
mengejutkan negara dengan kemenangannya menguasai majoriti kerusi pilihanraya
ke 14 pada 9 Mei 2018 adalah terdiri dari parti-parti DAP, PKR, Amanah dan
Bumiputera Bersatu. Bagi mengenali Pakatan Harapan, antaranya ialah mengenali
sifat, ciri dan kepimpinan parti-parti dalam komponan Pakatan Harapan.
DAP akronim bagi Demokrat Action Parti ialah
parti tertua dalam PH yang diasas dan
dipimpin oleh Lim Kit Siang hingga kini. Sebagaimana namanya iDap
memperjuangkan demokrasi untuk semua. Parti
yang kuat dari segi prinsip ini pada
dasarnya untuk semua kaum, tetapi oleh kerana keahlian dan penyokong pada peringkat
permulaan terdiri ramai dari kaum Cina, maka dilihat ianya parti orang Cina
yang mewakili orang Cina. Hakikatnya parti ini untuk semua rakyat Malaysia.
Motto terkenalnya ialah `Malaysian Malaysia` ungkapan yang digeruni musuhnya
terutama Umno. Dap pernah dituduh pada peringkat awal penubuhannya dan penubuhan
Malaysia, ia adalah proksi dari PAP dari Singapura, kerana Lim Kit Siang pernah
berkhidmat dengan parti itu, khususnya dengan Lee Kuan Yu, sebelum pulang ke
Malaysia (Melaka) dan Singapura berpisah dari Malaysia (1965). Tuduhan ini
tidak berasas. Imej Dap di kalangan masyarakat di Malaysia, makin menyerlah.
Ianya makin diterima oleh semua kaum. Sudah ada `Dap Melayu`, bahkan sudah ada
Melayu yang sudah memenangi pilihanraya melalui tiket Dap. Lim Kit Siang makin
menyerlah dari segi kepimpinan. Dia tunjukkan bahawa dalam masa Dap berkuasa,
dia merendah diri dan tidak merebut
sebarang jawatan di dalam kabinet dan kini lebih banyak mendiamkan diri. Pada
hakikatnya dia makin dihormati.
Parti yang sama kuat pengaruhnya di dalam PH,
ialah PKR bermotto `Keadilan Untuk Rakyat` . Parti ini ditubuh (4.4.1999) kerana
kemelut yang dihadapi Anwar dan terpenjara. Anwar terlepas peluang keduanya
untuk menjadi Perdana Menteri ke 7, kerana penubuhan PH semasa beliau dalam
penjara. Sebagai pemimpin PKR yang
terkuat dalam PH, kiranya beliau tidak di dalam penjara, beliau layak memimpin
PH yang beliau mengetuai PKR yang
terkuat. Beliau hanya dibebas selepas PH memenangi pilihanraya dan dipilih
secara formal memimpin PKR dan menjadi ahli parlimen bagi kawasan Port Dickson
(13 Oktober 2018). Kini Anwar menunggu giliran untuk menjadi Perdana Menteri ke
8, jika tiada kemelut dan perubahan dari ketentuan Tuhan.
Walaupun Dap salah satu komponan terkuat, PKR
dilihat memimpin dari segi kepartian dalam
pemerintahan negara sekarang, meskipun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Parti ini menjadi rebutan untuk menjadi ahli. Parti ini mempunyai ramai tokoh pemimpin dan pelapis yang bakal meneruskan
dominan parti ini di dalam pemerintahan negara.
Berbanding dengan Dap dan PKR, Amanah adalah
parti yang lebih muda. Sebagaimana telah disebutkan ia adalah belahan dari Pas.
Kumpulan yang berpecah dari Pas
menubuhkan Amanah (16.9.2015). Amanah memperjuangkan Islam
secara `progresif` dengan motto `Islam Rahmatan lil `Alamin` . Setakat ini
tidak jelas falsafah dan konsep Amanah. Beberapa pemimpin tertingginya dilihat
bukan pakar di dalam Islam dan teragak-agak di dalam tindakan berhubung dengan
Islam. Beberapa pandangannya dikecam oleh tokoh-tokoh Islam tanahair. `Ulama`
di belakangnya ialah Ustaz Ahmad Awang dan Abdul Ghani Samsudin yang tidak
nampak menampilkan diri, khususnya memperkatakan persoalan berhubung dengan
Islam. Dapatkah disamakan Amanah dengan Berjasa yang jika tidak kuat dari
falsafah dan prinsip boleh membawa kepada kepupusan, meskipun parti ini
dikatakan bertambah dari segi keahlian.
Tun Dr. Mahathir adalah tokoh bernasib baik
kerana kewibawaan kepimpinan, menjadi Perdana Menteri bagi kali pertama
(1987-2003). Ketika PH mau menghadapi pilihanraya ke 14 parti Bumiputra
Bersatunya masih menghadapi masalah dan terpaksa dibubarkan (Sinar, 6 April 2018: 1) untuk disusun bagi
didaftar kembali. Dalam kepimpinan PH beliau dilihat paling berwibawa dan dapat
diterima masyarakat, maka beliau diangkat menjadi Perdana Mentari, manakala Wan
Azizah dari PKR parti terkuat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau
nampaknya begitu berpuashati dengan kedudukannya.
Deri segi parti Bumiputra Bersatu tidak begitu
significant, kerana ianya masih membawa trend lama seperti Umno yang dilihat
perkauman dan membela `Bumiputra`. Ianya seperti bayangan dari Umno dan mau
mengambil alih Umno. Parti ini jika tidak kerana kekuatan kepimpinan semasa
Mahathir-Mahyudin, sukar diterima sebagai parti pilihan bagi seluruh rakyat
Malaysia seperti PKR dan Dap. Dia tidak boleh bersendiri untuk memerintah
kecuali di dalam komponan seperti di dalam PH sekarang.
Inilah realiti, wajah dan imej serta identiti
PH yang di dalam pembinaan. PKR dan Dap mempunyai kekuatan dari segi falsafah
dan bersifat multirasial. Namun melalui pakatan dalam PH, kekuatan berkenaan
dapat mempersatukan yang lain selagi solidaritinya teguh dan tidak berlaku
perpecahan sebagaimana dihadapi Umno sekarang dan komponannya yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment