MENCAPAI PERADABAN – SEJARAH MENYAKSIKAN
(Fikrah Bangi: 278),
BBB:
04 Zulkaedah 1440H. = 07 Julai 2019M. (Ahad).
Sebagaimana disebut peradaban berasal dari
`Adab`. Adab lebih merujuk kepada akhlak, perlakuan, perangai murni dan baik
seseorang atau satu kelompok tertentu. Manakala peradaban adalah merujuk kepada
tahap nilai kemajuan yang dicapai oleh satu komuniti, kaum atau bangsa.
Peradaban yang dicapai pada peringkat kelompok atau bangsa ini, berikut dari kemajuan
yang dicapai dan biasanya melibatkan
berbagai aspek yang mencerminkan ketinggian pencapaian. Misalnya dari kesedaran
pemikiran dan ketinggian ilmu yang dicapai membawa perubahan kepada cara hidup,
peningkatan dari segi penghasilan, pencapaian di dalam bidang rohani dan kesenian, peningkatan dari segi cara hidup
dan terhasilnya reka cipta yang mencerminkan ketinggian intelektual.
Sebagai contoh masuknya Islam ke Eropah melalui Spanyol
mewujudkan tamadun dan peradaban yang lebih bermutu dari zaman sebelumnya.
Hasil dari keilmuan dan kerohanian Islam yang telah dibawa ke sana meningkat
ilmu pengetahuan dan pengajian di sana, terhasilnya tamaduin dan peradaban
sebagai contoh terbangunnya kota-kota di Andalusia seperti Granada,
terbinanya Istana Al-Hamra` dan kelahiran ulama`-ulama` besar yang mencerminkinkan
ketinggian pengajian di sana.
Pencapaian peradaban biasanya melibatkan
banyak bidang yang bersatu mencerminkan pencapaian peradaban bagi sesuatu
tempat. Sudah tentulah ianya bermula dari manusia yang berilmu pengetahuan yang mencurahkan keilmuan
dan kepakaran kepada umat setempat, bahkan menghasilkan karya-karya dan
monument yang dapat disaksi dan diwarisi.
Peradaban Melayu Melayu misalnya lahir di
Melaka, bermula dengan kehadiran
pedagang-pedagang, khududnya Islam berniaga dan memajukan Melaka. Berikut dari
berkembang Melaka sebagai kota Pelabuhan di timur turut hadir ulama-ulama yang
mengajar, maka lahirnya tokoh-tokoh yang mengepalai memajukan Melaka seper
Sultan Mansor Shah Sultan Melaka dan keturunannya, Tun Perak dan bendahara-bendahara yang lain
serta dengan pahlawan-pahlawan. Maka
terbangunlah Melaka dari segi pembangunan fizikal, berkembang perniagaan, meningkat
dari pengajian, semarak dari segi budaya, terhasilnya berbagai reka cipta, maka
jadilah Melaka Bandar Bersejarah dan
berperadaban. Melaka sendiri mencerminkan tahap peradaban yang pernah dicapai
oleh negeri Melayu – Melaka pada zaman tradisi lebih luas dari Melaka pada zaman kini dan negeri-negeri yang lain bernaung
di bawahnya.
Bagi menghasilkan sesuatu peradaban bagi sesuatu bangsa memerlukan suasana yang sesuai
dan bertepatan, kelahiran tokoh-tokoh
pimpiunan yang memajukan berbagai bidang
dan meningkatnya budaya. Sewaktu Melaka dibuka, peniaga-peniaga dari Asia Barat
mulai datang berniaga dan berdakwah ke Timur dan Melaka di dapati sesuai
sebagai pelabuhan yang dapat memenuhi keperluan perniagaan, sebagai pusat perniagaan di Tinur dan menjadi
tempat menyebarkan dakwah. Ianya juga menjadi pusat pengajian. Sebagai kesannya
dengan adanya pimpinan tempatan yang berwibawa Malaka berkembang dari segi perbandaran dan pelabuhan. Melaka jadi centre
bagi negeri-negeri dan kawasan di Timur Jauh. Bahasa Melayu menjadi bahasa
perdangan dan pengajian..
Dari perkembangan Melaka mewuhudkan pelabuhan-pelabuhan
yang menjadi jaringan di Kepulauan Melayu seperti Acheh, Sunda Kelapa
(Jakarta), Banten. Brunei, Campa dan
Manila. Dengan demikian berkembangnya peradaban Melayu Islam di Alam Melayu.
Walaupun penjajah kemudiannya datang menguasai pelabuhan Melaka, tetapi
jaringan yang telah terbina tidak dapat dihapuskan dan kegiatan perdaganganb
dan kegiatan penyebaran ilmu dan
peradaban Islam terus berkembang.
Sejarah membuktikan tentang keunggulan
peradaban yang dibawa Islam baik di Barat - Andalusia (Spanyul) dan di Timur - Melaka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment