July 4, 2019

KURIKULUM NEGARA BERILMU


KURIKULUM NEGARA BERILMU
(Fikrah Bangi 275),
BBB: 01 Zulkaedah 1440H. =  04 Julai 2019M. (Khamis).
Negera Berilmu bagi mendekati konsep `Baldah Tayyibah` atau `Al-Madinah al-Fadhilah`. Adalah dilihat melalui ilmu adalah cara terbaik bagi membina Negara Tayyinah.
Bagi membina Negara Berilmu bergantung kepada ilmuan-ilmuan, para ulama, intelektual dan pakar-pakar yang  tempat utama beradanya kelompok ilmuan adalah di universiti-universiti.
Negara Berilmu bertujuan mendidik warga negara  dengan ilmu-ilmu umum dan ilmu-ilmu yang berkait dengan pekerjaan warga negara. Pendidikan adalah bersifat sepanjang hayat. Universiti bukan saja mendidik mahasiswa dan diminta menyediakan kurikulum  pendidikan negara bagi mencapai `Negara Berilmu`.
Dengan kurikulum pendidikan negara bertujuan menjadikan rakyat adalah mereka yang berilmu. Mereka berkhidmat menurut kebolehan masing-masing. Semasa berkhidmat mereka terus berada di dalam suasan ilmu dibimbing oleh pakar-pakar di dalam bidang berkenaan. Dengan demikian prestasi mereka akan meningkat dan menghasilkan kerja terbaik bagi dirinya, pekerjaan dan bagi kepentingan bangsa dan negara.
Universiti dengan bidang kepakaran mengeluarkan gtaduan dan graduan ini misalnya:
UPM yang pakar di dalam industri pertanian mengeluarkan tenaga kerja dalam bidang industri pertanian, menyediakan kurikulum industri Pertanian Negara. Pengusaha industri dan petani, nelayan dan boroh terus mendapat bimbingan keilmuan berkenaan dari graduan yang dilatih sehingga semua menjadi pekerja mahir dan terlatih dalam bidang berkenaan dan menghasilkan keluaran yang bermutu dan maksimum. Badan seperti Felda, Felcra,   Komuniti nelayan dan para boroh meningkat dari segi penghasilan dan pendapatan.
UUM yang pakar dalam bidang Ekonomi dan Pentadbiran mengeluarkan graduan dalam bidang berkenaan dan menyediakan juga kurikulum bagi bidang kerja yang berhubung dengan pentadbiran, ekonomi, kewangan, bank dan sebagainya. Pekerja-pekerja terus dibimbing dengan keilmuan secara berterusan oleh lulusan dalam berkenaan.
Universiti Malaya yang terkenal di dalam bidang perundangan mengeluarkan graduan di dalam bidang undang-undang mereka juga sebagai pekerja dan antara mereka menjadi sebagai  pensyarah yang berkhidmat kepada institusi kewangan dan terusan memberi khdmat menambahkan keilmuan pekerja.
Demikian misalnya UTM yang pakar dalam bidang engineering mengeluarkan graduan di dalam bidang berkenaan dan melatih dan mengajar berterusan kepada pekerja-pekerja industri, kilang-kilang, pengeluaran kenderan , pembinaan dan sebagainya.
Demikianlah misalnya universiti-universiti lain yang mempunyai kepakaran khusus, Misalnya UKM dalam bidang kemanusiaan, USM di dalam bidang ekonomi dan beberapa universi mempunyai kepakaran di dalam bidang-bidang keislaman memajukan bidang-bidang berkenaan.
Pada dasrnya semua sektor terlibat dengan pengajian berterusan dalam pekerjaan Bahkan rakyat biasa juga diberi perhatian dan bimbingan di dalam bidang masng-masing.
Manakala pengajian terbuka  misalnya pengajian berhubung dengan bidang-bidang keislaman dapat dikuti melalui pengajian di masjid surau.
Pihak pemimpin, pentadbir dan pegawai-pegawai berterusan berbicara tentang ilmu. Jika ada ilmu dan buku baru yang bermutu pada peringkat internasional dan nasional, ianya dibincang bagi dimanfaat oleh semua. Demikianlah forum, seminar dan konvensyen keilmuan sering diadakan. Keilmuan adalah sesuatu yang mesra dibicarakan. Media massa lebih memntingkan perkara-perkara ilmu dari hiburan.
Pemimpin, pentadbir dan pegawai-pegawai bila bercakap selalu merujuk kepada buku, pendapat tokoh yang dirujuk yang mencerminkan bahawa mereka adalah orang yang membaca dan intelektual.
Dengan mementingkan ilmu dan masa dihabiskan dengan tugas dan keilmuan mereka tidak  dilalaikan oleh perkara yang tidak berfaedah dan menjauhkan mereka dari rasuah dan berbagai-bagai masalah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment