July 20, 2019

PERPECAHAN DALAM PKR MENGEJUTKAN


PERPECAHAN DALAM PKR MENGEJUTKAN
 (Fikrah Bangi:  291),
BBB:  17 Zulkaedah 1440H. = 210 Julai 2019M. (Sabtu).
Berita pagi ini agak mengejutkan ialah tentang perpecahan PKR kepada dua kem – Kem Anwar Ibrahim dan Kem Azmin.
Sebenarnya pertikaian dan perlumbaan antara pimpinan dalam PKR dapat dikesan sejak berlakunya pemilihan pimpinan parti itu pada peringkat negeri-negeri sejak bulan  Oktober 2018. Konflik memuncak ketika pemilihan pimpinan pada peringkat negeri Sabah. Konflik adalah berlaku antara Azmin Ali yang mau mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, manakala Rafizi di satu pihak mau merebut jawatan berkenaan. Dalam mencari sokongan timbul tuduhan bahawa Anwar Ibrahim, Wan Azizah dikatakan berpihak kepada Rafizi – termasuk Norizzah yang terang-terang menyolong Rafizi. Dalam pertandingan peringkat negeri-negeri itu akhirnya jawatan dimenangi oleh Azmin. Kita menjangka bahawa konflik perebutan kepimpinan berakhir dengan keputusan yang dicapai dan kedua belah pihak kembali bersatu.
Rupanya keadaan tidak terhenti di situ, kemenangan Azmin dilihat sebagai menggugat kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pimpinan PKR, walau bagaimana tidak ketara. Anwar sebagaimana dimaklum bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam tempoh setahun dua nanti. Azmin dilihat sebagai pencabar yang berpotensi menyekat peluang Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Dari segi nyatanya Azmin selalu mengulangi, bahawa ia mengakui Anwar sebagai pemimpin PKR dan tidak berhasrat mau mengambil alih pimpinan parti itu yang merupakan parti terbesar dan terkuat di dalam PH. Walaupun begitu perlumbaan mendapat pengaruh berlaku secara senyap-senyap. Kemudian tuduh menuduh antara kedua pemimpin berlaku.
Berita semalam bahawa perhimpunan  diadakan antara pemimpin-pemimpin PKR di PJ dan pengakuan diambil dari pemimpin-pemimpin negeri – Menteri Besar dan lain-lain. Pengakuan sokongan diterima dari kepimpinan peringkat negeri. Enam klpimpinan peringkat negeri memberi sokongan kepada Anwar, iaitu dari Kedah, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Negeri Sembilan. Namun menurut The Star hari ini  sebahagian besar dari ahli parlimen  tidak menghadiri jemputan yang dibuat oleh Anwar. Ini menandakan Azmin tidak kurang dari mendapat sokongan pimpinan PKR, terutama dari kalangan ahli Parlimen.
Jelas kini kepimpinan di dalam PKR telah berpecah kepada dua. Satu di bawah kepimpinan Anwar dan satu di bawah Azmin yang mau mencabar Anwar. Sudah tentulah dengan perpecahan ini bukan saja melemahkan PKR, tetapi juga PH yang mana PKR adalah parti terbesar dan terbanyak kerusi di dalam PH.  Nampaknya dalam tempoh 20 tahun (ditubuhkan 1999), PKR sudah menghadapi perpecahan yang nampaknya makin meluas jurang dan makin sukar untuk dibaiki. Hasrat PH yang mau memulihkan imejnya setelah setahun memerintah mendapat  gangguan yang boleh memecahkan PH.
Perpecahan PKR sesama pimpinan dan memungkinkan perpecahan dalam PH, memberi peluang bagi Umno dan Pas yang di dalam usaha bekerjasama dan menyatukan tenaga bagi menghadapi PH di dalam pilihanraya kecil, bahkan di dalam menghadapi pilihanraya ke 15 akan datang.
Apa yang menarik di dalam perkembangan politik akan datang ialah sejauhmanakah Azmin mampu mencabar Anwar. Sekiranya Azmin kalah apakah tindakan yang akan diambil. Walau bagaimana Umno juga menunggu Mesyuarat Agung bagi mendapat kepimpinan yang mutlak di dalam m,enghadapi pilihanyara ke 15 akan datang.
Sekian.

No comments:

Post a Comment