July 2, 2019

UNGGUL WARISAN, CEMERLANG KEKINIAN - MALAYSIA MEMIMPIN NEGARA ISLAM


UNGGUL WARISAN, CEMERLANG KEKINIAN – MALAYSIA MEMIMPIN NEGARA ISLAM
(Fikrah Bangi: 273),
BBB:  28 Syawal 1440H. = 02 Julai 2019M. (Selasa).
Dalam keadaan negara-negara Islam mengalami keruntuhan, khususnya elepas `Arab Spring` angkara Amerika-Yahudi, bermula dari kejatuhan Afghanistan, diikuti Iraq,  Libya, Syria, dan Yaman, Kini mereka sedang berusaha untuk meruntuhkan Iran dan mungkin Turki, kecuali yang mengikut telunjuk Amerika aeperti Mesir dan Arab Saudi, maka negara-negera Islam hilang kewibawaan dan kepimpinan.
Dalam sejarah akibat keruntuhan, paksi dan kepimpinan turut berubah, dari kerajaan Umawiyyah, kepada Abbasiyyah dan Turki, sebelum kembali berwibawa kini. Dalam keadaan keruntuhan negara Islam, Malaysia adalah dilihat bekelayakan memimpin, sekurang-kurang bagi negara-negera Islam pada bahagian timur sebagaimana satu masa seperti kawasan Bukhara, Samarqand dan sekitaran  telah mengambil alih kepimpinan ilmuan  seperti Bukhari, Muslim Termizi, Al-Ghazali, Maturidi dan ramai lagi.
Alam Melayu, khususnya Malaysia dapat mengambil alih keilmuan dan peradaban umat. Alam Melayu telah mewarisi tradisi Islam unggul sejak  menerima Islam pada abad ke 8M. Beberapa Kerajaan besar dan cemerlang dengan pemerintahan dan tradisi  keilmuan dan peradaban berlaku seperti zaman keagungan Melaka, Aceh Johor-Riau dan Banten. Kecemerlangan buka saja dari segi pemerintahan, tetapi juga menghasilkan ilmu pengetahuan keislaman, Ribuan kitab dan manuskrip – termasuk dari Fatani telah dihasilkan dan sebahagian daripadanya masih digunakan di dalkam pengajaran. Paksi-paksi pemerintahan, keilmuan dan peradaban adalah bukti kecemerlangan yang telah dicapai.
Kecemerlangan warisan berkenaan kini berkesinambungan dengan kecemerlangan pemerintahan dan penghasilan keilmuan. Melihat khusus kepada Malaysia. Daripada 20 buah universiti yang terdapat di negara ini  terdapat sejumlah universiti yang membawa nama Islam yang tentunya memberi tumpuan kepada pengajian dan pengolahan keilmuan Islam. Pengajian berkenaan seperti Universisiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Malaya (Lanjutan Kolej Islam, Malaya), Kolej Universiti Islam Selangor dan beberapa Kolej Islam negeri-negeri. Ini semua mencerminkan betapa fokus pengajian  bersifat Islam menjadi keutamaan. Dalam keadaan sekarang universiti-universiti Islam berkenaan adalah menerima dan adalah sebahagian pelajar adalah pelajar-pelajar dari luar negera. Dalam erti kata yang lain pengajian di Malaysia yang bersifat Islam dan universiti-universiti awam dan swasta menjadi tumpuan pelajar antarabangsa. Malaysia memang layak memimpin keilmuan pada peringkat antarabangsa.,
Satu yang menarik bahawa Malaysia sendiri menghasilkan produk Keislaman antarabangsa yang bertaraf dunia. Malaysia adalah mempelopori dan memimpin dalam:
·         Penubuhan Bank Islam sejak tahun 1970an dan berkembang dan kini menjadi bank popular dan digunakan oleh orang Islam dan bukan Islam. Bank Islam yang mula berkembang di Malaysia kini menjadi sistem kewangan seluruh dunia, khususnya di negera-negera Islam – termasuk wujud di negara bukan Islam
·         Malaysia juga mempelopori penubuhan Tabung Haji yang juga sejak tahun 1970an dan terkenal maju dan menjadi institusi kewangan yang penting dan dicontohi oleh negera-negera Islam yang laon.
·         Malaysia juga mempelopori penubuhan Takaful dan menjadi syarikat insuran yang digunakan oleh orang Islam dan bukan Islam.
·         Malaysia juga mempelopori industri produk halal yang mementingkan halal, bersih dan baik. Kini ianya menjadi industri yang meningkat kepada peringkat antarabangsa. Malaysia adalah mempelopori dan mendahului dari segi memperkembangkannya.
·         Malaysia turut menggunakan konsep waqaf sebagai salah satu institusi kewangan yang dapat membantu kemajuan ekonomi dan kebajikan umat Islam.
Dari faktor warisan, kemajuan keilmuan dan ekonomi umat serta menghasilkan berbaga-bagai produk ekonomi keislaman dan maju berkembang, sebenarnya Malaysia layak memimpin negara-negara Islam agar bersama maju dalam bidang ekonom,i dan kebajikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment