July 6, 2019

BERILMU BERPERADABANKAH KITA ?


BERILMU BERPERADABANKAH KITA ?
(Fikrah Bangi: 277),
BBB:  03 Zulkaedah 1440H. = 06 Julai 2019M. (Sabtu).
Sebagai satu keturunan yang mempunyai kawasan yang luas di Asia Tenggara, tanpa dipisahkan oleh politik – pengantara lautan Pacifik dan Atlantik, antara Timur dan Barat dan antara tanah besar Asia dan Australia, mempunyai populasi besar di dunia, berkedudukan kelima melebihi dari setengah bilion penduduk dan mempunyai bahasa yang dinamik dan luas dipakai, juga berkedudukan bahasa kelima terbanyak penggunaan, bahasa yang terkenal dengan bahasa Nusantara berindukkan Melayu – selepas dibina oleh Islam berusia dari pra-sejarah hingga kini sudah tentulah mempunyai tradisi ilmu dan berperadaban dengan peradaban yang kita katakan sebagai Berperadaban Tempatan secara Timur.
Sesungguhnya kewujudan umat Melayu-Nusantara di tanah Samudera, termasuk Semenanjung Tanah Melayu menjadi pengantara lautan Pacifik dan Atlantik, tidak ada sebarang kuasa dan tiada sebarang keraguan sejarah tentang permastautinan Melayu-Nusantara (termasuk Indonesia-Filipina) di kawasan Nusantara sejak pra-sejarah. Kita tidak seperti Australia atau Amerika yang merupakan bangsa pendatang. Jadi Melayu Nusantara adalah peribumi yang  berakar dari permastatinan di kawasan Samudera-Nusantara di sini.
Kajian linguistik juga membuktikan bahawa rumpun Melayu Samudera-Nusantara ini mempunyai bahasa akar tempatan mulai dari Taiwan ke Hawai, Filipina, Halmehara, Togo, Fiji ke Pulau Cocos, seterusnya ke Madagaskar., Mereka adalah bangsa pulau-pulau bersamudera dan berNusantara. Nenek moyang orang Melayu adalah bertalian dari daratan di Funan  ke Langkasuka ke Seriwijaya dan Majapahit kepada zaman Samudera Pasai, Terengganu, Melaka ke Johor Riau. Bangsa di Nusantara adalah membezakan diri dari dua bangsa besar di tanah Asia, iaitu Cina dan India. Inilah kelompok besar dari kawasan tengah Asia ke selatan.
Bangsa yang kemudiannya dikenali dengan Melayu-Indonesia adalah bangsa dominan di kawasan  tidak dipertikaikan yang mempunyai ciri dan identiti bagi kelompok tersebut. Selain dari mempunyai tempat, bahasa yang melaluinya diexpresikan cara berkomunikasi dan melahirkan percakapan basahan dan bahasa tinggi yang menghasilkan peraturan juga penglahiran sentuhan hati suka, duka dan sebagaimnya ke dalam ungkapan-ungkapan tinggi seperti pantun, teromba, gurindam, berbahasa berirama dan sebagainya.
Kelo,pok berkenaan mempunyai penempata-penempatan dengan berbagai-bagai jenis bangunan kediaman yang biasanya maju berkembang di muara-muara sungai. Nereka  menghasilkan monumen-monumen warisan  tersurat seperti di Kedukan Bukit dan Bukit Seguntang di Sumatera, di Sungai Mahakam Borneo, di beberapa candi di Jawa, Batu-batu bersurat di Pasai, Aceh, Kedah dan Terengganu. Mereka adalah bangsa yang mempunyai persuratan dan meninggalkan warisan-warisan Batu Bersurat yang dapat disaksikan hingga kini,
Sebagai negara Samudera, mereka bergerak secara luas dengan kapal-kapal dan perahu-perahu  besar di selurun Nusantara menghidupkan kaedah perniagaan tradisi menghubungkan dengan dunia luar seperti ke Campa, Indocina ke China, ke India hingga ke pesisiran Afrika Timur. Komunikasi sedemikab mengeratkan hubungan se Nusantara dan dunia luar.
Penduduk kawasan tersebut yang sederhana tinggi dan berkulit sawo matang selain dari mempunyai bahasa yang lembut mempunyai bentuk pakaian yang identik dengan mereka itu. Jawa dengan tradisi batiknya, Melayu dengan baju Melayu bersongket  bertanjak dan perempuan dengan baju  labuh berkelubung. Masyarakatnya mempunyai undang-undang dan adat mempunyai pemerintahan yang sebahagiannya bersistem beraja, berbendahara, bertemenggung dan berlaksamana. Segalanya murni dan beridentiti.
Bila  penjajah datang,menimbulkan penentangan. Ianya mewujudkan episod baru dari segi penmentangan yang menimbulkan wira-wira yang mempertahankan negara. Ia adalah kemelut sejarah yang antaranya mau merubah jalan sejarah. Termasuklah pewaris-pewaris kini, Apakah kita mau memutuskan dari tradisi sejarah murni dan panting atau adakah mau menurut selera pendatang yang tidak mau memandang pada kesilaman dan mau menegakkan yang baru tanpa asas dan paksi sejarah. Jangan sampai dipersoalkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment