July 29, 2019

JATI DIRI DARI SEGI PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA


JATI DIRI DARI SEGI PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
(Fikrah Bamgi: 300),
BBB: 26 Zulkaedah 1440H. = 29 Julai 2019M. (Isnin).
Jati diri  dan identiti bagi sesuatu bangsa, ialah lahirnya   tokoh perjuangan yang bangkit dari bangsa berkenaan bagi memperjuangkan kepentingan bangsa berkenaan. Antara tema perjuangan yang penting ialah perjuangan bagi kemerdekaan tanahair dari penjajahan atau kekuasaan luar. Selepas tamatnya peperangan Dunia Kedua, kesedaran timbul dari kalangan penduduk di negara-negara yang dijajah oleh penjajah sebelumnya. Timbul dari kalangan bangsa-bangsa yang kena jajah wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Penjajah-penjajah yang menjajah antaranya British, Belanda, Spanyol, Perancis dan lain-lain. Sudah tentu ramai lahir pejuang-pejuang yang berjuang menentang penjajahan. Antara mereka sebelum kemerdekaan dan setengah daripada mereka berjaya memimpin negara hingga mencapai kemerdekaan. Antara pemimpin terkenal yang menjadi wira, jati diri dan identiti bagi negera ialah seperti Mahatma Gandhi yang memperjuangkan kemerdekaan India dari penjajahan British, Sukarno yang berjuang menentang Belanda yang menjajah Indonesia dan beberapa pejuang lain yang berjaya mencapai kemerdekaan.
Dalam hubungan dengan Malaysia – sebelum 1963 adalah Malaya, walaupun ada beberapa pejuang tanah air yang berjuang menentang penjajah British, pemimpin yang berkesempatan berjuang mencapai kemerdekaan adalah diakui Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj.
Tunku adalah pelanjut perjuangan yang dimulai oleh Dato` Onn Ja`far. Sezaman dengannya ada pejuiang-pejuang seperti Dr. Burhanuddin Hilmi dan beberapa lagi, tetapi kekuasaan politik tanahair pada masa itu adalah di bawah pimpinan Umno dengan kerjasama dengan MCA dan MIC. Bagi pembentukan Malaysia pemimpin-pemimpin antaranya ialah Tun Mustafa dari Sabah dan Tun Abdul Rahman Ya`kob dari Sarawak dan Lee Kuan Yu dari Singapura.
Tunku Abdul Rahman Putera adalah bapa kemerdekaan Malaya dan kemudian sama membentuk Malaysia (1963) bersama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Tunku terkenal sebagai pejuang kemerdekaan secara aman, berbanding dengan Indonesia di bawah kepimpinan Sukarno berjuang dengan mengangkat senjata menentang Belanda..
Tunku Abdul Rahman adalah putera Diraja dari Kedah yang berkelulusan undang-undang dari London berjaya memimpun umno dengan kerjasama MCA di bawah pimpinan Tan Chen Lok dan MIC di bawah pimpinan Manikavasagam. Elemen kerjasama ini dapat dilihat dari awal perjuangan kemerdekaan dan keadaan ini berterusan sehingga kini. Ianya mencerminkan identiti perjuangan kemerdekaan tanahair dan ciri perjuangan memenuhi kemerdekaan seterusnya..
Tunku Abdul Rahman berjaya menyatupadukan kaum-kaum di negara ini dan unsur ini terus diperlukan bagi survival Malaysia seterusnya.  Tunku juga mencipta sejarah bekerjasama dengan Singapura, Sabah dan Sarawak membentukl Malaysia pada tahun 1963 dengan kerjasama pimpinan di Singapura, Sabah dan Sarawak. Malangnya selepas dua tahun pembentukan Malaysia Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965. Tindakan yang sepatut tidak dilakukan oleh Tunku. Walau bagaimana Malaysia terus bersatu dan maju diteruskan pimpinan  yang datang berikutnya. Tunku juga berjaya bersama membentuk Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggarayang mula dkenal sebagai ASA dan kemdian Asean. Beliau menentang dasar apartheid di Afrika Selatan sebagai sebuah negera di dalam Commonwealth. Tunku juga mengadakan kerjasama antara negara-negara Islam yang dikenali sebagai OIC.
Kesedaran tentang perjuangan kemerdekaan dan pembentuklan Malaysia perlu dihidupkan di dalam minda dan dada rakyat agar mereka menghargai pemimpin kemerdekaan tanah ait dan tidak melupai sejarah mereka. Mereka yang datang kemudian tidak seharusnya bersifat bongkak dan melihat apa yang diperjuangklan lebih unggul dan mau memutuskan sejarah sebelumnya. Orang lupa kepada perjuangan mereka yang sebelumnya adalah mereka yang lupa sejarah dan tidak mengenang jasa mereka yang berjuang bagi memerdekakan negara dari penjajahan.
Sekian.

1 comment:

  1. Kalau tapak pemalsuan adalah identity sistem kesultanan....mengapa Melaka tak ada Sultan hari ini kalau kesultanan bermula kat sana......terbukti kan Parameswara TIDAK memeluk agama Islam...Bukti Kat mana...macam Bukti Kat mana Tabung Haji-Felda itu Ponzi buatan UMNO....Kalau tidak apahal kena BAIL OUT $25 Billion...itu saja kesimpulan....Quran tak akan ajar awak jadi Cerdik.....malah BODOH!!

    ReplyDelete