PPSMI BEBAN INTELEKTUAL
(Fikrah Bangi: 289),
BBB: 15 Zulkaedah 1440H. = 18 Julai 2019M. (Khamis).
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan
kembali Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dikatakan akan
menggunakan sistem baru adalah merupakan
beban intelektual yang dihadapai oleh golongan pendidik dan pelajar dan cabaran
bagi masyarakat keseluruhan. Mereka sebenarnya berdepan dengan kemahuan politik
yang seharusnya akur dengan golongan intelektual dan realiti yang pernah
dihadapi. Orang politik menggunakan kuasa untuk melaksanakan kemahuan, walaupun
bercanggah dengan kenyataan..
PPSMI telah dilaksanakan dalam tempoh satu
dekad (2003-2012) dan pelajar menjadi mangsa eksperimen, di samping kerugian
masa dan peruntukan yang amat besar yang terpaksa dibelanjakan dalam tempoh
tersebut. Kesudahannya PPSMI adalah gagal dan terpaksa dihentikan. Menurut
Profesor Datuk Dr. Wan Ramli bin Wan Daud Presiden ASASI. Dalam tempoh pembelajaran PPSMI ini prestasi
pembelajaran dalam mata pelajaran Sains dan matematik menurun begi teruk.
Pemulihan pencapaian pembelajaran dalam kedua pelajaran tersebut, kembali pulih
semula selepas dasar pembelajaran dikembalikan dalam bahasa kebangsaan,
khususnya selepas 2015 (Utusan Malaysia, 17 Julai 2019: 20).
Beban intelektual, bahawa kalangan ilmuan
hendaklah kembali meyakinkan pendapat UNESCO PBB yang pernah membuat knyataan,
bahawa pembelajaran keilmuan yang paling sesuai adalah melalui penggunaan
bahasa yang digunakan dalam masyarakat yang dihayati di dalam penghidupan.
Pemaksaan dari luar seperti yang telah digunakan adalah menghadapi kegagalan.
Kerajaan diperingatkan kembali mengenai kegagalan ini.
Kerajaan ditanya, apakah selama ini
pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah dan pengajian tinggi yang
pelajar-pelajar telah keluar dan
berjaya, termasuk menyambung pengajian ke luar negeri, tidakkah bermakna
kejayaan polisi pengajaran yang telah dilaksanakan ? Tidakkah bererti ianya
juga adalah kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah terbukti berjaya ?
Tidakkah wajar Dasar Pelajaran Kebangsaan ini diperkukuhkan dengan
memperkasakan penyelidikan, mempertingkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
?
Kita bertanya kembali, pengagungan yang
diberi terhadap Jepun dan Korea dan kini Cina dan mereka maju dalam bidang Sain
dan Teknologi, apakah mereka menggunakan bahasa Inggeris ?
Sudah tentu tidak. Mengapakah
kita tidak mencontohi mereka dan kita sama membina bahasa dan identiti kita
menurut acuan budaya dan jati diri kita ? Kita wajar mempertingkatkan penguasaan
bahasa Inggeris, tetapi bukan menrubah Dasar Pelajaran kita. Kita tidak dapat
menjadikan kita `Little England` di Nusantara yang kering dari nilai budaya
kita dan boleh membawa kepada `split personality.``
Adalah menjadi beban intelektual bagi
meyakinkan pihak menggunakan kuasa politik, agar tidak kembali kali kedua pula
pelajar-pelajar menjadi mangsa eksperiment dan besar kemungkinan akan
menghadapi kegagalan.
Kerajaan perlu diyakinkan betapa besar
peruntukan yang terpaksa dikeluarkan bagi menjayakan hasrat yang telah gagal
itu. Peralatan perlu disediakan dan guru-guru perlu dilatih kembali bagi
melaksanakan polisi yang pernah gagal itu. Jika keyakinan tidak dapat diberi,
maka keperluan menggerakkan NGO, parti-parti politik dan badan-badan prihatin perlu digerakkan sebagaimana sebelum ini bagi
menentang penggunaan PPSMI kembali sebagaimana sebelum ini. ASASI dan NUTP
nampaknya telah melahirkan `Tidak Setuju` dengan perlaksanaan kembali PPSMI.Tentu akan
lahir berbagai badan-badan yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment