KAMI MENGIRINGIMU KE PENTAS UJIAN DEMI
KEMAJUAN
(Fikrah Bangi: 288),
Atas keyakinan pada kematangan
Syura secara sekata meluluskan
Kelayakan mengundi seusia 18
Sama mewarnai masa depan negara
Kemungkinan memimpin bersama.
Tapi perlu dimengerti
Di usia semuda sedemikian
Kalian dalam pengisian diri
Dengan ilmu ke peringkat pengajian tinggi.
Kami tidak mau kalian kandas di perjalanan
Tanpa ikhtiar menjadi beban masyarakat
Tak kesudahan
Sepatutnya kalian memimpin masa depan.
Negara ini
Sekalian lama merdeka
Dengan imej multirasial
Masih belum punya jati diri
Falsafah dan arah masih tercari-cari
`Baharu` semata bukan bererti permata
Mungkin tajam kaca meluka.
Generasi mendatang
Bukan atas dasar tiruan
Ke Timur tak kesampaian
ke Barat sekadar tiruan
Diri tetap ketinggalan.
Pembinaan masa depan
Haruslah atas dasar `Berilmu Berperadaban`
Mempunyai jatidiri identiti dimegahi
`Berilmu` bererti kemajuan di dalam
berbagai bidang
`Berperadaban` bererti mendukung
nilai-nilai murni
Keduanya bergerak seimbang
Mencapai kemajuan.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
14 Zulkaedah 1440H.
17 Julai 2019M.
No comments:
Post a Comment