MASALAH MORAL BUKAN TIADA ILMU
(Fikrah Bangi 296),
BBB:
22 Zulkaedah 1440H. = 25 Julai 2019M. (Khamis).
Sebahagian dari berita yang dihidangkan kepada
kita setiap hari ialah masalah moral yang melibatkan semua lapisan masyarakat.
Pagi ini kita dihidangkan, bahawa kata
Ketua Polis negara , Datuk Abdul Hamid Bador, pihak polis akan menyiasat secara saksama tentang video
seks yang menjadi berita utama dan berterusan sejak bulan ini. Ianya melibatkan
dua tokoh utama di dalam PKR. Motifnya ammarah diri pihak tertentu, kerana
kedudukan di dalam parti yang takut dicabar menyebabkan berlakunya tindakan
yang dianggap jijik. Kes dalam penyiasatan dan akan didedahkan bila tiba
masanya. (Star, 25.7.2019:10). Tun Mahathir melihat isu video seks ini adalah politik kotor (UM,
24.7.2018: 1 &2).
Manakala pagi ini juga berita, ``6 anggota
JPJ, SPAD didakwa rasuah. (UM, 25.7.2019: 11)
Manakala Berita Harian membawa isu, alam
sekitar, akibat dari pencemaran Sungai Kim Kim dan Pasir Gudang Johor dan
pencemaran air sungai di Selangor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang
dikatakan dilakukan oleh pemancing-pemancing, bahkan disifatkan sebagai sabotaj
(The Star, 23.7.2019: 1). Adalah dilihat bahawa Akta Alam Sekitar lompang dan tidak memadai untuk menyekat dari
berlakunya tindakan pencemaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (BH,
25.7.2019: 1). Menurut Berita Harian kini sebanyak 16 batang sungai di negara
ini tercemar. (BH. 227.2019: 1).
Manakala semalam juga pihak Pencegah Rasuah
telah menangkap seorang hakim yang dikatakan terlibat dengan rasuah. Dan kes
ini disifatkan sebagai permulaan membungkar kes-kes yang bersabit dengan hakim
dan pengamal undang-undang (The Star, 24.7.2019: 1).
Dan banyak lagi berita rasuah dan jenayah.
Dapat dikatakan sebahagian besar berita yang dihidangkan kepada kita setiap
hari berita yang melibatkan kesalahan moral yang melibatkan berbagai lapisan
masyarakat seperti ahli politik atasan, hakim, penguatkuasa undang-undang
termasuk polis, pegawai-pegawai tadbir, ahli-ahli perniagaan dan berbagai-bagai
lagi.
Pertanyaan timbul apakah mereka tidak
berilmu ? Sudah tentu tidak. Mereka yang berkedudukan tinggi dalam politik,
dalam perundangan, pada taraf penguatkuasa dan berbagai-bagai, mereka adalah
orang-orang yang berilmu. Berilmu pada tahap tinggi sepatutnya menyedarkan diri tentang hakikat dan realiti,
sepatutnya sudah cukup bagi menjadi benteng, menyekat diri dari melakukan jenayah dan
kesalahan-kesalahan jenayah dan moral.
Dapatlah diambil kesimpulan dengan berilmu
sahaja tidak cukup bagi menjadi bentteng diri dari melakukan kesalahan-kesalan
jenayah dan moral sebagaimana disebutkan di atas. Keilmuan yang ada di dalam
diri kadang-kadang tidak mampu menjadi benteng, lantaran elemen iblis, syaitan dan nafsu lebih kuat mendorong
diri kepada nafsu ammarah, yang melihat kejahatan, jenayah dan nafsu satu kesempatan
dan peluang yang mendorong diri ke arah melakukannya, meskipun ada kesedaran
pada peringkat lawwamah. Tapi dikalahkan oleh ammarah.
Sebab itu dilihat semua peringkat selaian
dari digalakkan berilmu seharusnya melalui tarbiah berterusan, bagi mengatasi
elemen ammarah dan lawwamah yang ada di dalam diri. Negara perlu ada kurikulum yang dapat melibatkan pendidikan warga negara
secara menyeluruh. Saebenarnya tarbiah diri seharusnya latihan berterusan
sebagaimana kita berterusan makan, minum dan meneruskan amalan-amalan harian
secara berterusan.
Pihak berkuasa seharusnya menyediakan kurikulum
tarbiah menyeluruh bagi warga negera dan berterusan. Mekanismenya hendaklah
diusahakan. Misalnya bagi orang Islam tarbiah berterusan adalah melalui masjid.
Masjid hendaklah ditingkatkan fungsinya bukan setakat ibadat, manakala pada
peringkat umum antaranya melalui media, memberi kesedaran tinggi dari segi
kerohanian, hati nurani, kemanusiaan,
kealaman, budaya dan kesenian.
Perkara besar seperti ini perlu dibincang
dan disediakan oleh pakar-pakar seperti dari pengajian tinggi, agamawan,
pemikir, budayawan, seniman, sasterawanm
dan mereka yang berkenaan.
Sekian.
Kalau Sultan -Agong Diam aje Bila Najib Tak Perlu Payar Bayar Cukai Tahunan $1.8 Billion Ringgit selama 7 Tahun....Negara Apa ni MalaySIAL??...Cuba Hitung berapa Billion Modal diperlukan untuk dapat untung sampai $1.8 Billion... kalau kena Bayar cukai Tax sebanyak itu.......INI Billion! wahai orang Arab Melayu Islam Malaysia itulah Rahmat Setan kepada awak!! dari segi Moral kesemua orang Arab Melayu perlu Fikir dengan teliti.. Mengapa Melayu Arab Islam Pendekar Islam...kononya...begini....Kalau tak Suka Hapuskan sistem islam yang telah Kelirukan Rakyat Arab Melayu....termasuk Shariah, Jakim, Jis, Mais, Mufti, Mullah.....Malaysia Dah DI BANGSATKAN oleh Golongan Atasan Yang kononya pentingkan Islam dan Bangsa Arab Melayu!!
ReplyDelete