JASA MEREKA DALAM MEMBINA PERADABAN NEGARA
(Fikrah Bangi: 280),
BBB: 06 Zulkaedah 1440H. = 09 Julai 2019M.
(Selasa).
Dari perbincangan yang lepas mengenai
`Berilmu dan Berperadaban` termasuklah tamadun, maka dilihat pada pembentukan
Negara-bangsa, Malaya dan Malaysia, maka adalah dilihat parti-parti yang
memperjuangkan kemerdekaan tanah air yang dimulai oleh Umno (1946) dan Pas
(1951`) dan parti-parti yang lain termasuk MCA dan MIC dan partiparti yang
lain adalah berperanan penting dalam
membina peradaban negara bangsa.
Berjuang bagi mendapat kemerdekaan terutama
bagi Umno adalah jasa yang penting terpahat di dalam sejarah. Dari segi
peradaban Umno dan parti-parti yang lain termasuk pembangkang adalah berperanan
meletakkan asas kenegaraan Malaysia dengan merangka Perlembagaan Malaysia
dengan Yang DiPertuan Agung menjadi Raja Berperlembagaan. Pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu yang diikuti dengan pembentukan Malaysia, juga
mencerminkan perlengkapan dari segi
peradaban. Kewujudan parlimen adalah lambang pemerintahan demokrasi di negara
ini yanbg dipraktikkan melalui piulihanraya – satu lagi tahap berperadaban di
negara Malaysia. Penyatuan rakyat berbagai-bagai kaum juga adalah mencerminkan
kematangan konsep bernegara yang dapat ditegakkan di negara ini. Kerjasama
antara parti-parti yang memerintah negara yang pada peringkat awal dipelopori
oleh Umno, MCA dan MIC, juga pihak pembangkang dan diikuti dengan parti-parti
yang lain di dalam Malaysia dan berjalan dengan lancar dan harmoni mencerminkan
pengukuhan peradaban di negara ini. Aspek Islam adalah diberi penekanan di
dalam perlembagaan dengan Islam adalah agama
rasmi negera, tetapi agama-agama yang lain bebas diamalkan. Perjuangan
keislaman adalah amat ditekankan oleh Pas yang mau Islam adalah dasar pemerintahan.
Satu pembentukan yang menjadi asas
peradaban ialah dengan mewujudkan dasar pendidikan negara yang bermula dengan
Penyata Razak yang menjadi panduan bagi dasar pendidikan negara. Jika pada awal
kemerdikan pendidikan umumnya sampai kepada tamat sekolah rendah, maka
berikutnya persekolahan menengah kebangsaan dibuka mulai tahu 1956. Mulai 1970
pengajian menengah yang asalnya di dalam bahasa Inggeris, semuanya bertukar
kepada pengajian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Universiti-universiti termnasuk Universiti Malaya (1959) UKM (1970), USM
(1972), UPM (1973) dan universiti-universiti awam yang lain berikutnya semuanya
menurut dasar pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan, kecuakli bahasa-bahasa yang diperlukan turut
dipelajari.
Sebenarnya pembinaan dasar pelajaran tidak
menimbulkan masalah, lantaran ianya berada di bawah pemerintahan kerajaan yang
mantap dan tidak tergugat.
Satu faktor yang penting yang berganding
dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, ialah penggunaan bajhasa Melayu sebagai
dasar pelajaran kebangsaan sebagai termaktub di dalam Penyata Razak. Hasil dari
dasar ini kita lihat, hingga kini tidak ada rakyat, khususnya generasi kini
yang tidak tahu menggunakan bahasa kebangsaan. Bahasa ini diperlukan bagi
kelulusan semua sijil dari peingkat rendah hingga ke universiti. Keperluan
bahasa kebangsaan ini menjadi syarat bagi mendapat pekerjaan. Dengan demikian
bahasa Kebangsaan adalah benar-benar bahasa yang menyatukan rakyat negara ini
dan ia mencerminkan kemampuan bahasa tersebut membina peradaban negara dan
menyatupadukan rakyatnya. Melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak menghalang
rakyat mempelajari bahasa-bahasa lain yang diperuntukkan di dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan dan mereka mampu m,enyambung pengajian lanjutan ke luar
negara.
Sebagaimana telah dibicarakan pembinaan
negera bangsa adalah melalui keilmuan. Keilmuan dapat diterapkan melalui dadar
pejaran kebangsaan yang menyatukan rakyat.
Pembinaan peradaban negara sebenarnya
serentak disertai dengan pembinaan tamadun negara. Ini dapat dilihat dari
pembinaan fizikal negara dan negeri-negeri. Pembangunan perbandaran,
perumahan jalanya dan perhubungan yang lain. Kemajuan dicapai oleh kerana
adanya pentadbiran dan politik pemerintahan yang mantap.
Pemerintahan negara dari zaman kemerdekaan hingga kini adalah dari jasa pemerintahan mantap terutama dari kerajaan BN
dan pembangkang. Sebenarnya satu kegemilangan peradaban Malaysia telah terbina.
Sejarah tidak dapat menafikan jasa pemerintah yang bertapak melebihi enam dekad
yang lalau, sehingga cabaran baru mendepani
rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment