July 24, 2019

BERILMU ATASI KEKEJIAN: PERLU PERADABAN


BERILMU  ATASI KEKEJIAN: PERLU PERADABAN
(Fikrah Bangi: 295),
BBB: 23 Zulkaedah 1440H. = 25 Julai  2019M. (Rabu).
Bagi mengatasi kekejian yang bersifat kebinatangan, iblis syaitan, hawa nafsu dan berbagai kekejian  ialah dengan berilmu.
Dengan berilmu bererti mengatasi kejahilan dan jahil adalah musuh utama bagi manusia. Dengan jahil manusia bertindak secara salah dan merosakkan. Berilmu bererti tahu tentang sesuatu dan apabila tahu, dia mengerti tentang sesuatu dan dia mengambil tindakan yang betul tentang sesuatu yang dia tahu. Untuk berilmu perlu berlajar dan berpengalaman.. Misalnya masuk di dalam sungai bahaya dan boleh melemaskan dan boleh menyebabkan kematian. Bagi mengatasi ialah dengan belajar seperti berenang, membuat perahu untuk dinaiki, bahkan kapal dan sebagainya. Dengan berilmu di dalam berbagai bidang manusia dapat mengetahui berbagai perkara dan mengatasi masalah, mengujudkan berbagai keperluan, misalnya dari segi tempat tinggal, kaedah perhubungan, menghasilkan keperluan makanan, mengatur kediaman sehingga mewujudkan  kampung, pekan dan bandar dan mereka hidup maju dan bertamadun.
Kejayaan mewujudkan cara hidup yang bertamadun adalah hasil dari keilmuan dan mengelakkan daripada perkara-perkara keji dan membinasakan. Dengan ilmu manusia mengenali sifat kebinatangan. Mereka dapat mengatasi tabiat garang tidak menentu manusia yang boleh membahayakan, Mereka memahami sifat iblis syaitan yang boleh membawa manusia bersengkita dan berbalah dan berperang. Mereka mewujudkan hubungan baik antara sesama manusia, jiran tetangga, antara kawasan dengan kawasan, antara negeri dengan negeri, antara bangsa dengan bangsa, lantas mewujudkan hubungan yang murni. Mereka kenal sifat nafsu yang bermaharajalela dan elemen ini diusekat dengan ilmu dan bermoral, diwujudkan aturan, hukuman dan bagi mereka yang melakukan kesalahan, lantaran menurut nafsu mereka bolehy dihukum.
Sesungguhnya ilmu amat penting bagi kamajuan dan tamadun manusia, sebab itu  dalam sesebuah negara dan masyarakat diwujudkan sistem pengajian dan pembelajaran dan ianya merupakan kewajipan bagi anak-anak dan pelajar-pelajar untuk belajar dan memperbaiki prestasi diri.  Ilmu sebenarnya memimpin kepada jalan yang benar, meluaskan pandangan dan membuka berbagai peluang bagi berbagai kerjaya dan kehidupan. Meneroka bidang ilmu memperluaskan peluang dan meningkatkan kemajuan.
Potensi ilmu begitu luas, sebab itu bagi membina bangsa yang maju, mempelajari ilmu seharusnya bukan saja bagi anak-anak dan remaja, sebaliknya hendaklah bersifat menyeluruh. Bermaksud termasuk orang dewasa, bahkan bagi semua peringkat manusia. Kurikulum ilmu diwujudkan bagi semua bidang dan pekerjaan. Peluang pembelajaran hendakl;ah disediakan bagi semua sektor. Dengan berilmu bererti lebih maju dan tidak rugi masa, sebaliknya menguntung dan memanfaatkan. Konsep belajar bagi masyarakat bagi semua lapisan adalah berterusan dari buaian hingga ke liang lahad.
Jika masyarakat dapat diatur sebaik mungkin dan setiap orang mempunyai peluang kehidupan dan mereka terus belajar, bahkan mencintai pelajaran dan keilmuan, ia adalah pertanda yang baik bagi kemajuan negara.
Bagi sebuah negara, maka pemimpinnya seharusnya mereka yang mencintai ilmu, selaku bercakap tentang ilmu, selaku berdamping dengan ilmu dan segala infra-struktur keimuian, jika semua barisan kepimpinan utamajkan ilmu, ia menandakan negara yang baik dan berilmu. Mereka menghormati ilmu, memberi kedudukan yang utama bagi ilmuan dan tidak memperlekehkankan mereka. Idealnya negara berilmu dan pemimpin-pemimpin berilmu, cintakan ilmu dan menggalakkan masyarakat berilmu, maka insya Allah negara maju dengan rakyat berilmu.
Walau bagaimana dengan berilmu sahaja dan lupa pada nilai, pimpinan dan masyarakat boleh hilang pedoman. Seorang pemimpin oleh karana takut kedudukannya tergugat  dipengaruhi oleh sifat nafsu boleh mengadakan berbagai tipuan dan angkara keji  bagi menjatuhkan lawan, seorang hakim yang menghukum boleh terjebak dengan rasuah, kerana maukan kemewahan, seorang  rakyat biasa hilang rasa tanggungjawab dan sanggup mencemarkan sumber air bagi masyarakat. Gejala-gejala di atas tidak cukup dengan ilmu
Sebab itu bagi kesempurnaan berilmu ia hendaklah disertakan dengan nilai peradaban.
Sekian.

No comments:

Post a Comment