July 8, 2019

ANTARA TAMADUN DAN PERADABAN


ANTARA TAMADUN DAN PERADABAN
(Fikrah Bangi: 279),
BBB:  05 Zulkaedah 1440H. = 08 Julai 2019M. (Isnin).
Kedua-duanya – Tamadun dan Peradaban, adalah kemajuan yang dicapai melalui keilmuan. Kedua-dua mempunyai perbezaan, tetapi pada kebiasaan pencapaian kedua-duanya adalah berlaku serentak atau beriringan.
Tamadun mencerminkan kemajuan dalam mana apabila mnanusia biasanya cenderung hidup berkelompok dan dengan hidup berkelompok mereka dapat mengatasi keperluan dengan kerjasama membantu dan memerlu antara satu sama lain. Dari kehidupan kelumpuk mereka mengatur tempat tinggal dengan kemudahan jalan, keperluan air dan tenaga – api. Keperluan barang-barang makan. Antara mereka menjadi pengeluar makanan atau mendapatkan dari tempat lain bagi dibekalkan bagi yang memerlukan, maka berlakulah urusan perniagaan. Ada pengeluar dan menghasilkan makanan. Ada yang menjadi tenaga perhubungan dan ada yang terlibat dalam sektor pentadbiran dan ada yang dipilih menjadi pentadbir memajukan penempatan yang meningkat menjadi bandar dan sebagainya. Jadi tamadun adalah kemajuan yang lebih dilihat dari kemajuan fizikal yang terdiri dari rumah-rumah kediaman secara tersusun dan terjadilah keperluan kepada kegiatan ekonomi dan pergantungan keperluan antara satu sama lain, menjadikan ianya sebuah bandar yang disifatkan sebagai maju.
Tamadun adalah lebih kepada kemajuan tampak dengan bangunan fizikal dan kegiatan manusiia di dalamnya bagi mengatasi keperluan hidup sebagai satu masyarakat.. Manakala peradaban pula adalah lebih kepada kemajuan yang lebih bersifat nilai yang tidak dapat dilihat secara nyata sebagai elemen yang ada di dalam tamadun, tetapi ianya juga lahir dari keperluan manusia yang hidup secara kelompok dan berjamaah. Misalnya dalam kehidupan keluarga dididik nilai aturan akhlak, bahawa anak-anak perlu menghormati ibu bapa dan ibu bapa menumpahkan kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik mereka dengan pelajaran dan hidup berakhlak supaya menjadi manusia berguna.
Apabila bermasyarakat, manusia perlu kepada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Di dalam, masyarakat perlu ada sistem pendidian yang dapat dipelajari terutama oleh anak-anak masyarakat. Bagi keharmonian kehidupan masyarakat memerlukan keyakinan dan beragama. Agama mengajar tentang pegangan keyakinan dan amalan-amalan yang seharusnya dikuti. Untuk ibadat dan penyampaian pengajaran perlu ada masjid dan surau untuk mereka beribadat, mengikuti pengajian. Di dalam masyarakat ada antara mereka yang genius yang menghasilkan karangan-karangan  untuk menjadi panduan. Selain dari itu ada kalangan mereka yang menghasilkan karya-karya seni yang indah yang dari segi bahasanbya seperti puisi dan juga prosa yang diwarisi, sedangkan yang menghasil reka bentuk yang berseni, termasuklah dari segi reka cipta pakaian dan bahan-bahan kraft dan sebagai yang mencerminkan daya cipta yang tinggi yang menjadi indenti kepada kelompok berkenaan. Segala hasil seni insani dan rohani menjadi warisan berharga sebagai imej dan identiti mereka.
Kemajuan tampak yang dikeali dengan tamadun boleh berlaku tanpa peradaban, tetapi jika demikian, ianya tidak kekal dan akan hilang deri sejarah dan kenangan bila runtuh dan sebagainya. Sebaliknya yang bersifat peradaban  lebih kekal dan berterusan. Misalnya peraturan kekeluargaan. Keilmuan yang dipelajari, hasil penulisan, peraturan perundangan, hasil seni yang tinggi mutu, episod-episod kemanusiaan yang unggul sehingga menjadi legenda dan kenangan. Imej sesuatu kaum atau bangsa yang menjadi identiti baginya. Misalnya sifat mesra, suka membantu dan menolong orang. Tokoh-tokoh yang berjasa dan dikenang adalah merupakan aspek-aspek nilai yang lebih abadi dan kekal dari aspek-aspek yang bersifat fizikal.
Tetapi pada kebiasaannya kemajuan dari segi fizikal dan terbangun sesebuah tamadun sama diiringi atau disempurnakan dengan kemajuan nilai. Misalnya terbangunnya Kota Madinah adalah disempurnakan dengan aspek akidah dan peraturan syariat dan nilai keagamaan itu yang mencerminkan kemajuan Madinah dari segi fizika, keilmuan, kerohanian dan kemasyarakatan. Melaka berkembang dari segi fizikal dan disempurnakan dengan ciri peradaban, seperti peraturan, pegangan keagamaan dan peraturan sosial masyarakatnya. Keadaan sedemikian berlaku pada perkembangan kota dan kemajuan dari segi keilmuan, kerohanian, seni dan kemanusiaan.
Walau bagaimana dari segi perkembangan ada yang seimbang dari segi tamadun dan peradaban, manakala yang lain ada yang tidak seimbang. Walau bagaimana perkembangan dan kemajuan fizikal semata-mata tidak menunjukkan kemajuan sebenarnya tanpa disertai dengan kemajuan nilai yang lebih abadi dan kekal dari pembangunan fizikal yang kosong dari nilai, kerohanianm dan kemanusiaan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment