ELEMEN DALAM DIRI MEMPENGARUHI TINDAKAN
(Fikrah Bangi: 294),
BBB:
20 Zulkaedah 1440H. = 23 Julai 2019M. (Selasa).
Dalaman diri mempengaruhi tindakan
seseorang yang juga mempengaruhi orang lain. Dalam diri manusia ada sifat
binatang seperti marah dan tamak ada sifat iblis dan syaitan seperti hasad,
dengki, ada sifat nafsu seperti sombong dan takabbur, ada bersifat akli (waras)
seperti berilmu dan adil ada sifat hati
nurani (kemanusiaan) seperti simpati dan kasihan belas dan sifat malaikat
seperti setia dan taat.
Bagi menjaga dan mengawasi diri,
elemen-elemen ini dididik dan ditarbiah sejak kecil dan berterusan sehingga
dewasa. Tanpa tarbiah atau kegagalan tarbiah, maka sifat-sifat keji ini
terutama sifat binatang, iblis syaitan dan nafsu berlaku dan keluar dari diri secara satu-satu
atau serentak keburukan dengan segala kekejian, tanpa disedari diri atau sedar tetapi lemah dari kawalan.
Pada kebiasaannya sifat-sifat keji ini keluar secara serentak mewarnai
keburukan diri. Elemen keburukan ini kadang-kadang mengalahkan elemen positif
di dalam diri, kerana benteng tarbiah di dalam dirinya tidak kukuh. Sebab itu
seorang yang berakal dan berilmu dan mempunyai kelulusan yang tinggi, tidak
semestinya selamat dari gangguan elemen binatang, iblis syaitan dan nafsu jika benteng tarbiah diri
tidak kukuh.
Sebagai contoh melibatkan diri dalam
politik dan berpeluang berada pada kedudukan tinggi dalam satu-satu parti
politik, kerana berilmu dan berkaliber dalam pimpinan atau faktor lain yang menonjolkan kepimpinan, bagi diri yang tidak tarbiah atau lemah dari
tarbiah, maka dia mungkin diganggu dalamannya dengan sifat-sifat kebinatangan
misalnya bimbang orang di bawahnya merebut jawatannya dan dia tamak dengan
kedudukannya – tidak rela dicabar, serentak itu juga, timbul hasad dengki
terhadap orang bawah, takut merebut jawatan yang disandangnya, maka nafsu dan
segala sifat keji mungkin mengambil tindakan dengan sebarang cara bagi
menjatuhkan lawan. Orang bawah juga mungkin dipengaruhi elemen kebinatangan,
iblis syaitan dan nafsu mencari jalan menjatuhkan orang atas dengan cara wajar
dan tidak wajar. Sebab itu dalam politik dikatakan, mungkin kawan yang paling
rapat sebenarnya musuh paling utama.,
Yang di atas menekan dan meyekat yang di bawah dari mencabar dan mengatasinya.
Begitu juga yang di bawah mencari kelemahan atau memasang perangkap yang boleh
menjatuhkan orang atasnya. Realiti politik yang sebenarnya tidak sihat memang
berlaku dalam politik tanahair atau di luar negara.
Bagi mengawal keadaan sememangnya diadakan
aturan-aturan dalam parti politik berkenaan, misalnya ada perlembagaan yang
perlu dipatuhi. Sekatan-sekatan yang lain ialah kepimpinan seseorang diangkat
melalui pemilihan pada peringkat level-level misalya kenaikan melalui peringkat
cawangan, ranting, kawasan, negeri dan pusat.
Tetapi sebagaimana dimaklumi akibat dari
desakan kemahuan sifat kebinatangan, iblis dyaitan dan nafsu, kekecohan tetap
berlaku dan kadang-kadang di luar kawalan dan memerluklan campur tangan
peringkat atas atau pimpinan bagi meredakan kekecohan yang berlaku. Yang lebih
parah apabila perebutan berlaku pada peringkat atasan dan ada lebih dari satu
pimpinan dan berlaku perebutan dan masing-masing pimpinan mempunyai
pengikut-pengiku yang ram,ai. Yang lebih keji jika pihak pimpinan yang rasional dikalahkan oleh sifat
kebinatangan, iblis syaitan dan nafsu sanggup melakukan tinakan-tindakan keji
di luar dari batasan. Tindakan sedemikian boleh meruntuhkan kepimpinan dan
lebih merugikan ianya , parti dan pemerintah akan kehilangan kepercayaan rakyat
dan kepimpinan mereka ditolak.
Sekain.
No comments:
Post a Comment