TABURAN UNIVERSITI:
KEWAJARAN ?
(Fikrah
Bangi: 760).
BBB: 19 Safar 1442H. = 07 Oktober 2020M. (Rabu).
Separuh
daripada universiti awam adalah bertempat di Kuala Lumur dan hampirkeseluruhan
universiti swasta juga bertempat di Kuala Lumpur. Sememangnya dilihat dari segi
kewajaran, selayaknya ia berada di Kuala Lumpur, sebagai ibu kota, pusat
kemajuan dan tumpuan bagi segala
keperluan, termasuklah pelajaran. Tetapi dari satu segi, terutama dari segi
kesesuaian tidak seharusnya semua universiti tertumpu di Kuala Lumpur. Adanya universiti di
setiap negeri, dilihat sebagai sesuatu yang wajar dan demokratik. Tetapi pilihan
utama bagi pelajar adalah untuk belajar di universiti-universiti di Kuala
Lumpur, kerana universiti-universiti terkenal
berada di Kuala Lumpur. Kecualilah kelulusan pelajar tidak begitu
cemerlang, maka di samping memohon universiti terbaik yang berada di Kuala
Lumpur, maka universiti negeri juga sama dipohon.
Walau
bagaimana dilihat dari segi keperluan,
misalnya universiti yang menawarkan kursus perubatan wajar ada di wilayah yang belum ada kursus berkenaan,
misalnya di bahagian selatan tanahair,
juga di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya pengajian dan perkhidmatan perubatan
yang lebih dekat menyenangkan penduduk di satu-satu wilayahj mendapat
perkhidmatan. Universiti yang menawarkan kursus yang berhubung dengan pertanian
wajar berada di wilayah yang terkenal dengan pertanian. Selepas UPM yang dulu dikenali dengan
Universiti Pertanian Malaysia, dilihat kursus
atau universiti berkaitan tidak ada. Sebenarnya keperluan kepada
universiti sedemikian adalah perlu. Misalnya Universiti Agro-Teknologi perlu
berada di Kedah. (Kedah memohon untuk mendirikan Universiti Teknikal).
Universiti sedemikian juga wajar diadakakan di Sarawak dengan nama misalnya Agro-industri, juga berada di
kawasan yang banyak kelapa sawit seperti di Pahang. Manakala universiti yang menumpukan bidang marin wajar
ditumpukan di Sabah dan di Terengganu (peranannya dilakukan oleh UMT). Demikian
dengan universiti yang bersifat invironment dan Pelancungan wajar didirikan di
Langkawi dan Sabah.
Satu
bidang lagi yang patut diberi perhatian ialah
seni-budaya, walaupunsudah ada Universiti Aswara di Kuala Lumpur, wajar
universiti sedemikian didirikan di kawasan yang banyak elemen seni-budaya
seperti di Sabah atau Sarawak aau di Kelantan.
Universiti
berasaskan teknologi, engineering dan industri dilihat wajar berada di Kuala
Lumpur dan bandar-bandar besar seperti sedia ada misalnya di USM, Johor dengan
UTM, di Selangor selain dari UTM, ialah UNISAL. Satu bidang yang
mendominasi hidup masyarakat ialah bidang politik. Setakat ini tidak ada
universiti yang bernama politik. Bidang ini
adalah menjadi satu kursus sahaja dengan dikenali dengan Jabatan Sains Politik dan antaranya diletak di dalam
Jabatan Sejarah. Untuk meletakkan arah politik yang wajar dan cadangan-cadangan
yang membina, bahkan mencadangkan pendekatan politik yang wajar bagi negara
wajar diwujudkan universiti khusus misalnya Geo-Politik Negara dan
Antarabangsa. Diharap dengan adanya universiti sedemikian dapat memantapkan
politik negara yang senentiasa bergelora itu.
Satu
bidang yang agak banyak dianjurkan oleh universiti, bahkan menjenamakan
universiti, ialah Islam yang hampir keseluruhan bertapakdi Kuala Lumpur, iaitu
seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam, di samping bersifat
fakulti di UKM, atau akademi di Universiti Malaya. Di samping kewajaran universiti-universiti
berkenaan berada di Kuala Lumpur bagi pelajar tempatan dan antarabangsa, wajar
pula diadakan di wilayah-wilayah yang
terkenal dengan keutuhan Islam, misalnya di Kedah, di Kelantan, bahkan
di Terengganu (sudah ada Universiti Sultan Zainal Abidin ?). Universiti
sedemikian tidak semestinya bersifat antarabangsa dan moden, sebaliknya perlu
ada yang bersifat tradisi yang menjadi pegangan dan amalan kehidupan rakyat.
Turath setempat yang banyak dihasilkan oleh ulama setempat dan Nusantara wajar
dibongkar dan dihighlightkan. Islam di Nusantara adalah setara dengan
negara-negara Islam yang lain (selain dari Makkah dan Madinah), tetapi selama
ini turath yang ada di dalam perbendaharaan kita terabai dan tidak dikaji
sewajarnya. Pengajian sedemikian wajar didirikan seperti di Kedah, Kelantan dan
Terengganu.
Pengajian
Islam dari segi pendekatannya dilihat sebagai
mengulangi yang sedia ada dan kurang diperkembangkan. Pengajian Islam di Malaysia hendaklah ditingkatkan,
bahkan sewajarnya Islam di Malaysia dan Nusantara menjadi kiblat keilmuan Islam. Selain dari turath tradisional, di
Malaysia berkembang pendekatan moden seperti kewangan Islam, ekonomi Islam, hub
halal dan haram, wakaf dan berbagai jenama baru dan keilmuan yang baru yang
berkembang di negara ini.
Universiti
adalah agent yang meningkatkan ilmu, taburannya selain dari bertempat diibu
kota, wajar juga ditempatkan di mana releven dengan keilmuan yang mau
dikembangkan, termasuk kewajaran dari segi taburan bidang-bidang tumpuan bagi
universiti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment