PEDOMAN DAN
REALITI KEKINIAN
(Fikrah
Bangi: 787).
BBB: 10 Rabi`ul-Awal 1442H. – 27 Oktober 2020M.
(Selasa).
Ilmu
diibaratkan dengan berbagai istilah. Ada yang mengatakan ia adalah cahaya,
memimpin, pedoman dan sebagainya. Sememangnya ilmu memimpin manusia dari
kegelapan, kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.
Peranan
meneroka dan menyedarkan melalui tahap-tahap.
Tahap
menyerlahkan kebenaran. Ia merupakan
tahap tertinggi dari hidayah tertinggi. Yang tiba pada peringkat ini melihatnya
sebagai tugas dan keterlibatan adalah tanggungjawab, bahkan mereka yang tiba
pada peringkat ini mengalaminya sebagai kenikmatan.
Pada
tahap keduanya ialah tahap pengolahan. Tahap yang berlaku seperti pada
peringkat pengajian tinggi. Di sini keilmuan dikenalpasti, dicerakin dan diidentiti.
Lantaran itu keilmuan dikenali dan dipelajari dan diajarkan sebagaimana berlaku
pada pengajian tinggi. Ilmu berkembang dan tidak semua mampu menguasai
keseluruhan, lantaran itu tumpuan diberi berdasarkan bidang-bidang, maka di
universiti keilmuan dipecah kepada fakulti, jabatan dan unit-unit.
Pada
tahap yang lebih bawah (ketiga) tahap amalan, keilmuan dilihat sebagai jalan
untuk mendapat pekerjaan menurut bidang dipelajari. Sememangnya ilmu meletakkan
seseorang pada tempat yang tinggi dengan kelayakan yang ada. Pada tahap ini
timbul elemen pentadbiran dan penguasaan terhadap masyarakat yang berilmu dan
tidak berilmu di dalam kawasan yang dikenali dengan negeri dan negara.
Pada tahap ini wujudnya elemen
pentadbiran dan pimpinan. Bagi tidak mencelarukan kehidupan negeri atau negera
mengenai peraturan di dalam kehidupan, diatur penghidupan. Pada peringkat ini
timbul pengusaan bagi mendapat pengaruh dalam kepimpinan yang dalam kehidupan
dikenali sebagai berpolitik yang diterima sebagai satu elemen di dalam
pemerintahan. Pada tahap ini peranan nilai amat penting yang seharusnya dibekalkan di dalam pengajian. Konflik berlaku
kerana kepentingan di dalam perlombaan mendapat habuan di dalam penghidupan.
Di
dalam kehidupan yang teratur, dikawal undang-undang dan nilai etika, mungkin
kehidupan berjalan dengan baik dan harmoni dan ini agak jarang. Yang lebih
berlaku tanpa kepatuhan pada undang-undang dan nilai etika berlaku pertentangan
kerana dipengaruhi elemen buruk di dalam diri – sifat-sifat ammarah dan
lawwamah, seperti menipu, curang dan rasuah. Bayangkan jika setiap lapis
kehidupan dikotori dengan rasuah, apa lagi jika peringkat pemegang kuasa
politik sama terlibat dengan rasuah dan sebahagian besar dari hasil dan
pendapatan negara mengalir kepada poket mereka. Negara yang dikategotikan pada
tahap keempat ini sebagainegara sakit ini bertambah sakit, jika masyarakat menghadapi kesakitan seperti
berlakunya wabak yang luar biasa yang
belum pernah terjadi seumpamanya yang kini dikenali dengan `Covic `19` itu. Tahap kini negara benar-benar di dalam
keadaan sakit.
Kita
bertambah sakit di dalam suasana gawat ini, kita lihat pihak tertinggi mencari
dan mengemukakan solusi supaya mengetepikan sementara elemen ammarah dan
lawwamah yang menguasai jiwa kepada keinsafan dan tenang, menghargai barisan
hadapan yang bertungkus lumus mengawal wabak, tanpa mengira penat dan lelah,
sedang pada pihak yang tamak kuasa sebagai tidak menghargai dan
mengkesampingkan elemen kemanusiaan yang dialami rakyat yang terhimpit antara
kesukaran hidup dalam suasana ekonomi
negara terancam.
Semua
pihak seharusnya menjaga negara dan masyarakat dari terjerumus kepada kategori
`Negara Jahat`, yang kita kategorikan pada tahap kelima. Elemen-elemen jahat
memang ketara wujud. Misalnya penipuan-penipuan atas talian yang terus berlaku
bagaikan tak terkekang. Saban hari kes-kes rasuah terus berlaku dan sebahagian
dari kes yang dibawa ke mahkamah adalah melibatkan rasuah. Yang amat merisaukan
ialah masalah dadah terus menerus berleluasa. Ia lebih parah, bukan saja yang
melakukan penghasilan dan pengedaran dadah sebagai jahat, tetapi lebih
mengakibatkan masyarakat tenat. Ia bukan
saja melibatkan penipuan, tetapi pembunuhan sampai kepada peringkat anak
sanggup membunuh ibu atau ayah kerana mau kewangan bagi mendapatkan dadah.
Dapat dikatakan sebahagian masyarakat, terutama orang muda telah rosak. Harapan
terhadap mereka bagi meneruskan kepimpinan pada masa hadapan mungkin tidak kesampaian
sewajarnya.
Jangan
sampai, rosaknya negara kita akibat rasuah, ketamakan politik yang tidak bersempadan,
gejala dadah yang merosakkan generasi dan penipuan-penipuan atas talian dan
berbagai-bagai lagi keburukan ditambah dengan wabak dan ketenatan dari segi
ekonomi dan kecelaruan dari segi politik pemerintahan menjadikan negara ini `negara
bankrup` wa al`iya dzu billah.
Dalam
keadaan sekarang keilmuan dan pendidikan tercabar, lantaran itu perlu diperiksa
sejauhmana kesan ilmu dan pendidikan negara kita, sejauhmana dapat menjaga dan
memelihara generasi masa depan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment