Pangsung, Hulu Langat, 07 Rabiul Akhir 1434 = 17 Februari
2013 (Ahad):
Adun diminta merasmikan penutup Kursus Jenazah yang
dianjurkan oleh Surau Al-Muhajirin yang berlangsung selama tiga hari mulai
Jumaat 15 Februari lepas. Kursus bertempat di Kem Nor, Pangsung Hulu Langat.
Peserta adalah dari ahli jamaah Surau Al-Muhajirin, Kajang Utama, iaitu seramai
10 orang.
Adun bertolak bersama saudara Azizi dari Bangi jam 11.00
pagi dan tiba jam 12.00 tengahari sebagaimana dijanjikan. Adun disambut oleh
Tuan Haji Ramli Penyampai Kursus dan Wakil Haji Azhar Pengerusi Surau
Al-Muhajirin, Haji Sanusi yang Haji Azhar terpaksa pulang segera, kerana ada
urusan mustahak.
Dalam Majlis Perasmian Penutup Adun diberitahu oleh Haji
Sanusi, bahawa tujuan kursus diadakan bagi menyediakan pasukan mengurus jenazah
di Surau Al-Muhajirin agar tidak perlu jemput pengurus yang lain. Pembimbing
kursus Tuan Haji Ramli adalah dari Masjid Bandar Muazzam Kuantan. Beliau
berpengalaman di dalam pengurusan jenazah.
Menurut Tuan Haji Ramli hari pertama kursus lebih pada
membicarakan soal hukum hakam fiqhiyyah, misalnya soal air jenis-jenia air,
bahan-bahan yang diperlukan di dalam mengurus jenazah, pengukuran dan
alat-alat. Manakala pada hari kedua lebih membicarakan tentang pembacaan dan
solat jenazah itu sendiri. Pada hari ini juga dibicarakan tentang mayat dan
jenis-jenis mayat yang biasa, yang berpenyakit, yang kemalangan dan mayat yang
uzur kerana kelamaan masa. Pada akhir hari kedua dan ketiga lebih kepada
praktikal.
Adun di dalam ucapannya memuji pihak Surau Al-Muhajirin yang
mengambil inisiatif mengadakan Kursus Mengendalikan jenazah. Kursus ini penting
bagi kemudahan ahli kariah yang menghadapi kematian keluarga dan kemudahan bagi
penduduk setempat. Kematian adalah kemestian yang ditempuhi oleh setiap yang
bernyawa. Persediaan terutama bagi kita sebaik mungkin. Ianya tahap perjalanan
hidup terakhir selepas kelahiran, perkahwinan dan kematian. Allah berfirman
bermaksud’ Apabila tiba ajal mereka itu, maka tidak akan diawal atau
ditakhirkan. Kesempurnan pengurusan adalah bergantung kepada pesediaan dan
kemahiran mereka yang menguruskan jenazah. Dalam pelayaran terakhir kembali
kepada Allah hendaknya diurus dengan sempurna dan bersih serta suci.
Pada masa penutupan Adun menyaksikan sendiri kursus pada
peringkat praktikal, seorang peserta paling muda (Semua peserta lelaki) – Ada
keluarga perempuan ahli turut hadir, dijadikan model menyempurnakan kursus dari
segi kafan dan cara meletakkan mayat dan sebagainya. Pada masa itu juga berbau
gaharu dan airmawar yang disediakan sebagai betul-betul berlaku kematian. Semua
alat yang digunakan disedekah oleh Haji Ramli kepada Surau Al-Muhajirin.
Selepas ucapan perasmian Adun menyampaikan ijazah sijil yang
telah disediakan kepada setiap seorang dari peserta.
Berikut dari itu sebelum pulang, kami sama menyertai jamuan
tengahari sebagai berakhirnya kursus.
Taman Putera, 6 Rabiul Akhir 1434 = 17 Februari 2013 (Ahad):
Perhimpunan adalah sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Program
adalah diatur oleh Pejabat Adun Bangi dengan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor
dengan kerjasama Kawasan Parlimen Serdang dan Kawasan Serdang. Pertemuan adalah
bermula dari jam 5.00 petang.
Pada petang itu sebelum jam 5.00 khemah disediakan dan
padang sudah penuh dan dibanjiri hadirin yang terdiri dari berbagai kaum, tapi
didominasi oleh kaum Cina, sesuai dengan Majlis Tahun Baru Cina. Mereka bukan
setakat dari Taman Putera, tetapi dari berbagai Taman di Kajang Mewah dan
berdekatan Sungai Chua yang terletak di bawah Dun Bangi. Adun tiba bersama
saudara Azizi jam 5.00 petang sebagaimana ditentukan.
Kami disambut oleh AJK setempat yang menjayakan perhimpunan.
Walau bagaimana YB. Teo sedikit lewat. Untuk menjimatkan masa, maka jamuan
rakyat dimulakan yang menunya antaranya sate Kajang, karipap, mee goring dan
apam balik. Sebagaimana ianya adalah jamuan rakyat, maka masing-masing
mendapatkan makanan dan duduk dikerusi atau di mana saja menurut keselesaan.
Walaupun makanan yang disediakan amat sederhana, tetapi keceriaan terbayang
diwajah yang hadir yang kebanyakan sudah berumur. Warga emas yang datang adalah
sengaja dijemput bagi meraikan mereka dan bagi menyampaikan bantuan. Manakala
sebahagian yang hadir adalah dari kalangan kanak-kanak, mereka bagaikan tahu
ada peruntukan ang pau kepada mereka.
Oleh kerana YB. Teo masih belum tiba dan masa bergerak
pantas, maka Adun bersama YDP Pas Serdang yang juga Ahli MPKj buat keputusan
untuk memulai upacara. Bermula dengan ucapan Ustaz Shafie yang mengalu-ngalukan
semua yang hadir dan mengucapkan Go Xi Fa Cai. Beliau berharap semua sihat dan gembira
menyambut Tahun Baru Cina – Tahun Ular Air dan bertanya mereka. Sokong Pakatan
Rakyat ! Semua menjawab, Sokong !
Adun Bangi juga berucap ringkas memaklumkan bahawa Kerajaan
Pakatan Rakyat menyambut semua Perayaan Budaya semua kaum dan memberi peruntukan
RM40,000 bagi satu Dun bagi menyambut Maulidur Rasul, Ponggal dan Tahun Baru
Cina. Tapi paling istimewa. Satu peruntukan khas ditambah sebanyak RM15,000
bagi Tahun Baru Cina. Sebahagian besar dari peruntukan ini kita gunakan pada
hari ini. Kita akan adakan lagi dua siri sambutan ini di dua tempat lain di Dun
Bangi. Adun juga menyebut beberapa program di bawah MES yang dilaksanakan
seperti air percuma, skim warga emas, Tawas, Si Kembar, Tunas, pemeriksaan
kesihatan percuma, bantuan Sekolah aagama, cina dan Tamil dan berbagai lagi.
Selangor di bawah Pakatan Rakyat lebih maju dan makmur. Adun juga bertanya,
sokong Kerajaan Pakatan Rakyat ! Sokong ! Jawab mereka dan Gong Xi Fa Cai !
Sambil menunggu YB Teo yang mempunyai banyak program dan dalam perjalanan ke
Taman Putera kami menyambung makan dan juga orang ramai. Kemudian membuat
keputusan untuk edarkan bantuan kepada warga emas dan yang wajar dibantu.
Mereka melibatkan semua kampong, tapi lebih ramai dari kalangan kaum Cina.
Penyampaian bantuan melibatkan 140 orang yang lebih
merupakan ang pau. Penyampaian kepada mereka ini berjalan dengan baik. Untuk
menyebut nama kaum Cina pemanggil dilakukan oleh orang Cina di samping Melayu
oleh saudara Abu Bakar. Pada satu ketika penyampaian terpaksa diperlahan, bahkan
dihentikan seketika untuk memberi peluang YB Teoh sama menyampaikan bantuan.
Bila YB Teoh tiba beliau terus berucap yang hampir
keseluruhan dalam bahasa Cina. Adun nampak betapa perhatian diberi oleh
warga-warga emas Cina terhadap ucapan YB Teo dan kadang-kadang mereka bertepuk.
Berikutnya YB. Teoh menyampaikan bantuan terhadap warga emas terutama dari
kalangan kaum Cina sehingga ke penyampaian terakhir.
Program terakhir ialah penyampaian ang pau kepada anak-anak.
Mereka diminta beratur secara aman. Penyampaian serentak dilakukan. Anak-anak
nampaknya begitu ramai yang hadir. Pada peringkat awal mereka dapat dikawal
dengan baik, tetapi pada akhirnya mereka menyerbu dan bertolak-tolak ke
belakang. Beberapa penyampaian ditangguh dan meminta anak-anak berbaris
kembali. Penyampaian dilakukan sehingga peruntukan terakhir disampaikan.
Ketika pulang dari Kajang Utama ke Bandar Baru Bangi,
penulis bersama teman memilih Jalan Silk dan membelok ke kiri berdepan tol ke
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bila membelok ke kiri kami masuk melalui Taman
yang dikenali sebagai.
`Taman Impian Kajang, Bandar Baru Bangi !``
Teman menimbulkan persoalan, ``Taman ini memang mengelirukan
!`
`Mengapa ?` tanya
penulis
``Dah Impian Kajang, mengapa Bandar Baru Bangi ?``
Kalau Impian, Kajang, sepatutnya di Kajang, jawab teman.
`Ya ! Kalau sudah di Bangi, mengapa tidak dinamakan `Impian
Bangi saja !`
``Ia juga,` kata penulis dan menambah, ``Namanya cantik dan
sesuai dengan Bangi yang menjadi rebutan orang untuk dihuni dan amat sesuai
dinamakan `Impian Bangi`.
Sebenarnya kekeliruan bukan saja setakat `Impian Kajang`,
tetapi penggunaan istilah impian itu sendiri. Oleh kerana istilah indah, maka
banyak tempat, khususnya taman perumahan menggunakan atau menamakan taman
mereka dengan nama Impian dan tambahan kata yang lain. Contoh: Impian Ehsan,
Kajang Impian, Impian Kajang, Impian Putera. Oleh kerana terlampau banyak
tempat menggunakan istilah `Impian` kadang-kadang menimbulkan kekeliruan.
Misalnya untuk pergi jemputan kahwin ke Kajang Impian terpergi ke Impian Kajang.
Untuk pergi ke Impian Putera orang mencari tempatnya di Putrajaya. Bayangkan
berapa banyak masa dan tenaga terpaksa digunakan bila berlaku kekeliruan.
Kata kawan, ``Penggunaan kalimah `Impian` ini menandakan
orang kita suka sangat berimpi, berangan-angan, berkhayalan. Sebab itu
penggunaan istilah ini kepada taman-taman perlu dikawal. Dengan pengawalan
tidak menimbulkan kekeliruan dan sebenarnya bila tidak banyak menggunakan, maka
menyerlahkan keindahan tempat yang tak banyak menggunakannya.
Sebenarnya penggunaan nama secara terkawal perlu juga
dilihat dari segi lokasinya agar tidak bercampur aduk seperti Impian Kajang,
Bandar Baru Bangi. Dengan kedudukannya di Bangi, maka tidak seharusnya
digunakan, jika pun hendak digunakan, maka hendaklah Impian Bangi, Bandar Baru
Bangi.
Kekeliruan dari segi lokasi berlaku misalnya, Taman Intan,
Kajang, pada kawasan kelilingnya, misalnya Taman Melor, Bangi, West Country,
Seksyen 5 Bangi, mengapa Taman Intan diletak di bawah Kajang ?
Lebih mencelarukan lagi Bandar-Bandar Seri Putera
beralamatkan Bangi di bawah Poskod 43,650, begitulah juga Bandar Bukit Mahkota
seharusnya beralamat Bangi.
Kita pernah mencadangkan kawasan seperti Bandar Seri Putera
dan Bukit Mahkota sebagai Bangi 2, sebagaimana Kajang ada Kajang Duanya.
Penentuan lokasi sedemikian adalah wajar, kerana Bangi adalah menjadi Pusat
Pentadbiran Hulu Langat. Semua Pejabat Pentadbiran Hulu Langat berada di sini,
kecuali Majlis Perbandaran.
Shah Alam, 04 Rabiul Akhir 1434 = 15 Februari 2013 (Jumaat):
YAM. Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah
Al-Haj Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mewakili DYM. Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibn Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah menyampaikan Wathiqah Penghargaan pada malam ini kepada dua
Sasterawan Negara Selangor – iaitu SN Dato` Dr. Mohd Anuar Rethwan (Anwar
Ridhwan) dan SN Dato` Dr. Ahmad Kamal bin Abdullah (Kemala) bertempat di Dewan
Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.
Sebelum dari itu, YB. Dr. Shafie Abu Bakar menyampaikan
alu-aluan:
Makin tunduk rumpun padi
Tanda buahnya makin berisi
Makin khuduk orang berbudi
Semakin mencurah kreativiti
Setelah tiga dekad Anugerah Sasterawan Negara (bermula
1981), pertama kali Anwar Ridhwan dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (2010),
diikuti Kemala pada tahun berikutnya (2011). Kita mengucapkan tahniah di atas
prestasi cemerlang mereka di dalam berkarya hingga melayakkan mereka
dianugerahkan Sasterawan Negara. Tidak mudah mencapai gelaran Sasterawan Negara
kerana memerlukan penyerlahan bakat dengan penghasilan karya-karya bermutu.
Untuk menjadi Sasterawan Negara melalui perjalanan panjang
bagi memantapkan bakat dan penghasilan. Latar alam kampung yang tenang menjadi
ilham bagi kedua sasterawan. Anwar Ridhwan berasal dari Sungai Besar yang
lumrah dengan sawah padi. Perbatasannya menjadi tempat larian. Kehijauan sawah
dan kekuningan padi menjadi sumber ilham. Demikian Kemala dari perkampungan
Gombak yang bersama anak-anak beliau bergaul, sama-sama bermain di padang dan sama berguru
mengaji al-Qur`an. Tetapi yang benar-benar mengukuhkan bakat mereka berdua
ialah keilmuan yang mereka berdua terus menerus mencari, Dari Sekolah Kebangsaan
Ungku Aziz Anwar terpilih ke Sekolah Alam Shah dan kemudian Universiti Malaya.
Demikian Kemala dari Sekolah Kebangsaan di Gombak terpilih ke Maktab Perdguruan
Tanjung Malim. Semasa remaja mereka berdua mempertajamkan bakat dan
menghasilkan karya-karya. Mereka berdua menyerlah di dalam semua bidang
penulisan, tetapi Anwar lebih menonjol dalam bidang cerpen dan novel dan Kemala
dalam bidang puisi. Kedua mereka kemudian sama berkhidmat di Dewan Bahasa dan
Pustaka yang memberi peluang bagi mereka menulis. Tapi mereka berdua tidak
berhenti dari belajar. Anwar yang gigih meraih ijazah sarjana dan Doktor
Falsafah dari UM dan Kemala Sarjana dari USM dan Ph. D. dari UKM. Dalam
penerusan menulis mereka berdua mencapai berbagai hadiah sastera dan
hadiah-hadiah kesarjanaan. AnwarpenerimaSEA Write Award 2002 dan menjadi
Profesor di TokyoUniversity dan kini Dekan
di Aswara. Antara karya cerpennya ialah Dunia Adalah Sebuah Apartmen dan
Sesudah Perang, manakala novelnya ialah Arus dan Hari-Hari Terakhir Seorang
Seniman, manakala Kemala juga banyak menerima Anugerah Karya sastera, SEA Write
Award, menjadi Karyawan Tamu ke Australia dan kini Karyawan Tamu di UPM. Kemala
Banyak menghasilkan kumpulan puisi antara yang terkenal Ayn, Pelabuhan Putih,
Titir Zikir dan Mim. Kedua penulis adalah merupakan kuntuman yang mewangikan
Selangor dan tanah air. Tahniah kepada mereka berdua.
Dalam Pidato Tokohnya Ybhg. Dr. Awang Sariyan selain dari
mnyebut latar belakang kelahiran dan pendidkannya antaranya menyatakan bahawa Anwar
subur berkreatif dalam kocakan gelombang sastera di Kuala Lumpur. Beliau menimba pengalaman
tempatan di Amerika, dan Tokyo.
Beliau menulis bertolak dari realisme, kepada simbolisme dan realisme magis.
Menurut saudara Awang Sariyan. Anwar dapat dikatakan tidak banyak menulis,
tetapi tulisannya adalah bermutu. Dalam masa 40 tahun terlibat menulis beliau
menghasilkan:
4 buah novel, 4 Kumpulan Cerpen, 4 buah drama dan 3 kumpulan
esei. Namun semua karya-karyanya adalah bermutu. Selepas dari DBP Anwar berada
ditanah yang subur bagi berkarya, iaitu sebagai Dekan di dalam bidang Penulisan
di Aswara.
Menurut Awang Sariyan, Kemala adalah penghubung antara
tradisi klasik Melayu dengan moden. Beliau amat terkesan dengan gurunya Cikgu
Ma`ruf Mahmud yang mendedahkannya dengan berbagai-bagai jenis puisi klasuk.
Guru ini kemudiannya bersama dengan beliau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penulisan puisi awal Kemala adalah kumpulan puisi Teluk Gong dan Timbang Terima
yang membuka jalan ke arah penghasilan puisi dan buku-buku yang menyerlahkan bakat kepenyairannya.
Kepenyairan Kemala dari segi kelembutannya dikaitkan dengan
Amir Hamzah dengan kumpulan puisinya – Buah Rindu. Sesungguhnya Raja Penyair
Indonesia ini penghubung pengucapan puisi klasik dengan moden yang tidak
dibataskan dengan geografi Indonesia, tetapi bagi seluruh pengucapan dunia
Melayu, termasuklah juga Kemala dan ramai penyair-penyair yang lain.
Kemala juga dikaitkan dengan penyair yang mengucapkan puisi
bernafaskan keislaman. Zaman yang dilalui Kemala sama mengharungi pengaruh
Islam yang mewarnai gerakan dan suasana kesedaran Islam di dunia dan di Negara
ini, khususnya selepas tahun-tahun 1970an dan pengaruh ini merupakan arus yang
hangat dan terus bergerak. Pengaruh terhadap Kemala dari segi keislaman oleh
kerana ada kecenderungan dan persediaan dalaman diri yang ada di dalam diri dan
jiwa Kemala. Kesan dari peningkatan Islamisasi di Malaysia
dan di luar dari Malaysia
terlihat di dalam sebahagian dari karya-karya Kemala sebagai contohnya Ayan,
Titir Zikir dan Mim. Kumpulan-kumpulan puisi ini merupakan puncak-puncak dari
perpuisian Kemala.
Apa yang menyerlah dan mengukuhkan kehalusan dan kerohanian
puisi-puisi Kemala, ialah keterlibatannya dengan unsur-unsur tasawuf. Beliau
tidak menyebut tentang pengajiannya dalam bidang tasawuf secara langsung
berdasarkan kitab-kitab tasawuf utama, tetapi beliau sering menyebut seorang
pembimbing tasawufnya yang membawa jiwa kesufian iaitu Habib Umar. Tokoh ini
turut terbawa di dalam ungkapan puisi-puisinya. Tokoh pembimbing rohani ini
dapatlah dikatakan mewarnai unsur kesufian di dalam pengucapan puisi-puisinya.
Di samping itu tidaklah dinafikan pengaruh penyair-penyair Sufi besar yang
menjadi bidang telaah dan penghayatanya seperti Rumi, Hafiz, Hamzah Fansuri,
Iqbal dan lain-lain. Semua pengaruh ini bersatu di dalam jiwa Kemala dan
terjelma sebagai identitinya tersendiri. Puisi Kemala yang lembut dan
kerohanian sifatnya.
Sesungguhnya Anwar Ridhwan adalah dua permata yang terserlah
dari bumi Selangor yang terus memancar cahaya kelembutan, kemanusiaan dan kerohanian
yang dapat ditatap, dimanfaat dan dihayati zaman.
Pekan Bangi, 02 Rabiul Akhir 1434 = 12 Februari 2013
(Selasa):
PADA MALAM ini Adun adakan Majlis Sambutan Ponggal peringkat
Dun Bangi bertempat di Dewan Orang Ramai. Pekan Bangi. Hadir pada malam ini
bukan saja pemimpin tempatan seperti Adun Bangi YB. Dr. Shafie Abu Bakar,
Ustaz Shafie Ngah Ahli MPKj merangkap
YDP Kawasan Serdang, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj merangkap Timbalan YDP,
Tuan Haji Zakaria Bujang Ketua Kampung Bangi, saudara Ari Krishnan Ketua Antara
Kaum Dun Bangi dan saudara Aru Chelvan
Ahli MPKj kawasan Semenyih, tetapi juga pemimpin negeri dan nasional
seperti Y.B. Manikavasagam Ahli Parlimen Kapar, Dato` Taslim Pemimpin India
Muslim dan En Ho Pang Chau Ketua Antara Kaum Peringkat Pusat. Majlis Sambutan
Ponggal dihadiri lebih kurang 1,500 orang yang sebahagian besar daripada mereka
adalah kaum India
yang memenuhi dan melempah Dewan Orang Ramai.
Majlis pada malam ini diseri dengan muzik klasik dan
nyanyian India.
Sejak awal tiba Adun di muka pintu pagar Dewan disambut dengan pasukan muzik
tradisional India
dengan membawa bunyian klasik sambil mengiringi Adun ke dalam Dewan dan
mengambil tempat duduk di meja makan di bahagian hadapan Dewan. Mendahului dan
menyelang seli ceramah masyarakat India dihibur dengan beberapa
nyanyian ala MGR yang nampaknya amat menyambut sambutan hadirin dan bertepuk tangan
selepas setiap nyanyian. Begitu juga masyarakat India
yang ramai itu dihibur dengan Tarian Merak dan beberapa tarian gerak pantas
yang agak moden dari kalangan anak muda India.
Majlis bermula dengan jamuan rakyat. Adun juga turut sama
menikmati jamuan bersama-sama VIP-VIP di meja utama. Ustaz Shafie Ngah berucap
mengalu-ngalukan para hadirin dan mengharapkan sokongan dari kaum India
berterusan. Saudara Ho Pang Chau yang terawal dari kalangan tamu dijemput
bercakap bahawa melalui Pakatan Rakyat, semua kaum terbela dan mendapat
perhatian yang saksama. Sebab itu beliau menyeru masyarakat India membuat pertimbangan yang
betul di dalam pilihanraya ke 13 nanti. Manakala Dato` Taslim menegaskan dalam
masyarakat Tamil ada golongan Islam dan rakan di dalam dalam perjuangan
menegakkan keadilan. Beliau meminta masyarakat India ubah dalam usaha menuju ke
Putrajaya. Manakala saudara Aru menyebut tentang masyarakat India yang bekas pekerja ladang
masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan perjuangannya antaranya bagi
membela masyarakat tertindas termasuk pekerja ladang di Bangi yang sehingga
kini mereka tidak mendapat pembelaan dari segi pampasan dan penyediaan rumah.
Beliau juga menyebut keanihan ada keluarga India yang sudah 60 tahun menetap
di Negara ini, tetapi masih berkad pengenalan merah. Adun Bangi mengucap
tahniah kepada Jawatankuasa Sambutan Ponggal yang diketuai oleh Ketua Antara
Kaum Dun Bangi saudara Ari Krishnan yang dapat menarik kehadiran begitu ramai
masyarakat India di Bangi. Adun menyebut kita dalam Pakatan adalah membela
rakyat. Perayaan Ponggal adalah perayaan rakyat dan kerja rakyat utama adalah
bertani yang dilambangkan dengan tuaian hasil tani dan memasak ponggal secara
masakan rakyat. Pembelaan terhadap rakyat adalah amalan kita. Kita membaiki
infrastruktur yang rosak seperti di Taman Permai. Kita membina jalan raya.
Sekarang projek jalan raya dari Jalan Reko hingga ke Pekan Bangi sedang
berlangsung yang peruntukannya RM 89 juta. Fasa pertama sedang dibina dari
Jalan Reklo ke Teras Jernang. Kita juga telah menyediakan lampu jalan dari UKM
ke Pekan Bangi dan kini sudah berapi pada waktu malam. Kita juga memberi
bantuan kepada kuil-kuil dan juga Sekolah Tamil di West Country Timur dan Barat
dan juga di Pekan Bangi. Kita juga meluluskan peruntukan bagi membaiki padang dan menggantikan tiang gol baru yang diguna oleh
pihak Sekolah dan juga pemuda-pemuda tempatan yang kebanyakan mereka dari
kalangan orang India.
Kita juga berkali-kali menziarah dan menyampaikan bantuan kepada masyarakat India dan pada
malam ini juga kita akan menyampaikan bantuan kepada 120 orang yang layak
menerima bantuan.
Pada malam itu, tiba-tiba majlis menjadi hangar dan kecoh,
rupa-rupanya Y.B. Manikavasagam yang datang agak lewat itu disedari hadirin dan
mereka menyambut kehadirannya dengan penuh meriah. Kemudian selepas rehat
sekejap beliau dijemput ke pentas
menyampaikan ucapan dalam bahasa Malaysia dan juga Tamil. Beliau
memuji Dun Bangi yang ketara begitu banyak dengan aktiviti sambil menunjukkan
Buletin Bangi yang diedar pada malam itu yang beliau sempat memerhatikan
kandungannya sebelum dijemput berucap. Beliau juga menyebut tentang banyak
perubahan yang berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Menurutnya Suara
Rakyat termasuk dari masyarakat India
lebih didengari. Banyak tapak-tapak kuil India digeszetkan, bahkan mendapat
bantuan tahunan. Beliau berharap masyarakat India, khususnya di Pekan Bangi dan
Kawasan Ladang Bangi terus memberi sokongan kepada pihak Pakatan Rakyat.
Pada malam itu Adun bersama VIP-VIP yang hadir sama turut
menyampaikan bantuan pada masyarakat yang berkelayakan pada malam itu.
Majlis malam itu sungguh meriah dan berjaya. Terima kasih
kepada pemimpin peringkat Pusat seperti
saudara Ho Pang Chau yang sanggup datang dari jauh juga Tuan Haji
Taslim. Juga pemimpin-pemimpin negeri dan tempatan. Tahniah kepada semua di
atas kejayaan dan kemeriahan Majlis Perayaan Ponggal.