BBB, 12 Zulhijjah 1434 = 17 Oktober 2013 (Khamis):
Menurut Tukku Paluh (Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad)
tahap peningkatan (tangga) selepas aqidah dan ma`rifat ialah tariqat (berlainan
dari pendekatan biasa adalah melalui shariat, tariqat, haqiqat dan ma`rifat).
Berhubung dengan tariqat, kata Trimingham,
``A tariqa was a practical method (other terms were madhhab,
ri`aya and suluk) to guide a seeker by tracing a way of thought, feeling, and
action, leading through a succession of `stages` maqamat, in integral
association with psychological experiences called states, ahwals) to experience
of devine reality (haqiqa). A first a
tariqa meant simply the gradual method of contemplation and soal-releasing
mysticism.``
(Spencer, J. Trimingham, The Sufi Orders In Islam, Oxford
University Press, London, 1971: 3-4).
Menurut Tukku Paluh, ``Bermula bab ketiga pada menyatakan
`Tariqat`, ketahui olehmu akan bahawa sesungguhnya yang dikehendaki dengan
tariqat pada sisi ahlu Allah itu, iaitu mengamalkan dengan barang yang
mendatangkan dengan dia oleh Rasul daripada pihak perkataan dan perbuatan dan
kelakuan dan i`tiqad dan mengikut dengan dia pada shariat yang zahir dan pada
shariat yang batin, melainkan pada yang ditentukan baginya, maka tiadalah
dituntut atas ummat mengamalkan dengan dia, kerana Allah Subhanahu wa Ta`ala
muliakan kekasihnya dengan beberapa kemuliaan yang tiada sekutu oleh yang
lainnya.``
Tariqat diibaratkan sebagai pintu, ``Maka barang siapa yang
masuk ia daripadanya nescaya sampailah
ia kepada keredaan Tuhannya dan yang
meninggal ia akan pertunjukannya nescaya tersalahlah ia akan yang betulnya dan
jatuhlah ia dalam kebinasaan murka Tuhannya.``
Pengarang mengambil dalil dari pada ayat al-Qur`an:
(Al-Hashr, 59: 7). Bermaksud:
Dan barang yang mendatangkan
bagi kamu oleh Rasul daripada tegah dan suruh, maka ambillah olehmu akan
dia dengan ikut akan dia dan mengamalkan dengan dia dan barang yang menegah ia
akan kamu daripadanya, maka berhentilah olehmu.
Berhubung dengan shaykh-shaykh tariqat menurut Tukku Paluh,
``Mereka itu umpama segala pintu Masjidil Haram, maka tiap-tiap orang yang
masuk ia daripadanya nescaya sampailah
ia kepada Ka`abah, tetapi setengahnya dengan lekas dan setengahnya lambat
Atas sekira-kira lambat perjalanan dan panjangnya,
demikianlah segala tariqat itu amat
banyak dan bagi zikir itupun amat banyak, tetapi sekaliannya itu berhimbung (berhimpun)
ia dengan asalnya, iaitu Nabi Muhammad salla Allah `alayhi wa sallam. Maka
seperti segala ulama` al-Shari`ah itu mujtahid mereka itu, demikianlah segala
`ulama` tariqat itu pun mujtahid mereka itu dan segala ikhwan mereka itu diurai
akan dia atas Qur`an dan Hadith dan tiada menyalahi aturan mereka itu daripada
kitab dan Sunnah.
Peringatan Tukku Paluh, ``Ketahui olehmu hai akan bahawa
sungguhnya Allah Subhanahu wa Ta`ala menjadikan bagi hambanya itu akan usaha
dan ikhtiar supaya berbeza ia daripada binatang dan kayu batu, maka menjadi ia
pula akan kuasa bagi hambanya atas mengerjakan perbuatan yang ikhtiari dan
dijadikan baginya akan niat supaya berbeza dengan dia daripada yang disuruh dan
ditegah dan menyuruh ia akan Rasul dan menurut ia akan segala kutub menyatakan
di dalamnya akan iman dan taat dan kufur dan maksiat, tapi menyembunyi ia
daripada hambanya akan barang yang mengetahui
daripada ahwal hambanya dan perbuatan mereka itu.
Pandangan yang biasa diperturunkan oleh Tukku Paluh, iaitu perbandingan
tariqat di dalam skima pendidikan kerohanian, catat Tukku Paluh,
``Adapun bandingan
shari`at itu umpama kapal yang dikenderakan di dalam laut dan laut itu umpama
tariqat dan maqam haqiqat itu seperti segala permata yang di dalam laut karena
tariqat batin shariat dan faedahnya dan haqiqat itu batin tariqat, maka barang
siapa menyangka ia akan dapat haqiqat dengan tiada berpegang ia atas amal
shari`at, maka iaitu lagi tenggelam ia di dalam angan-anagn nafsunya yang
ammarah bi al-su.``
Kata Junayd al-Baghdadi`, qaddasa Allah sirrahu:
``Bermula jalan kepada Allah itu tertutup ia atas segala
makhluk, melainkan barang siapa mengikut ia akan jalan Nabi salla Allah `ayhi
wa sallam, maka tiada dapat tiadalah bagi orang yang menghampirkan dirinya
kepada Allah itu.` bahawa mengikut ia dengan shariat yang mutahharah.`
Bagi tariqat ada martabat, kata pengarang:
``Bermula martabat tariqat empat martabat dan tiada dapat
berpindah murid itu daripada satu martabat hingga sempurna martabat yang
dahulunya:
Pertama taubat dan yang kedua martabat istiqamah dan yang
ketiga martabat tahdib dan keempat martabat taqrib.
Maka adapun taubat, maka ialah asal tiap-tiap maqam dan hal
keadaannya taubat itu diumpamakan dengan bumi bagi bina, maka seperti tiada
berdiri bina melainkan di atas bumi, demikianlah hal dan maqam itu tiada
sempurna keduanya melainkan kemudian daripada taubat. Dan martabat yang kedua
istiqamah ertinya tiap-tiap atas jalan shari`at dengan mengerjakan taat dan
meninggal ma`siat dan menjauhi akan mukhalafat pada i`tiqad dan perbuatan dan
perkataan dan kelakuan serta tawadhu` bagi Jalal Allah dan shuhud akan kurnia daripada
Allah dan taufiq daripadaNya dan berperangai dengan kepujian dan meninggalkan
kekejian diri dan bersekali dengan sunnat dan martabat yang ketiga tahdib
ertinya membaiki akan dirinya dengan empat perkara. Pertama sedikitkan
berkata-kata melainkan pada kebajikan dan meninggalkan akan pergantungan hati
dengan makhluk dan memeliharakan perbuat daripada haram dan syubhah dan sedikit
tidur, tetapi hendaklah senentiasa zikir atau fakir atau ibadat. Dan martabat
keempat taqrib ertinya berusaha akan
amal yang menghampirkan diri kepada Allah, iaitu kinayah daripada masuk khulwah
dengan segala syaratnya supaya terbuka baginya asrar al-ghuyub kerana sudah
suci hatinya dan patut ia bagi tempat pertaruhan bagi lataif yang Rabbaniyyah.
Konsep perjalanan tariqat itu dibangsakan kepada hati, iaitu
kinayah memindah akan dia daripada sifatnya yang hina kepada segala perangai
yang dipuji supaya kembali ia kepada martabatnya yang asli, tetapi tiada dapat
yang demikian itu melainkan dengan wasitah guru.
Jelas penekanan yang berulang dalam Ma`arij al-Lahfan oleh
Tukku Paluh bahawa keilmuan yang dibincangnya (tasawuf) adalah berasas dan
tidak boleh lari dari sumber asasi, iaitu al-Qur`an dan al-Hadith, namun
disebutkan pendekatan tariqat adalah berbagai, ibarat melalui berbagai pintu
yang antaranya dibandingkan untuk masuk ke ka`bah di Masjid al-Haram. Mungkin
di sini, oleh kerana berlainan guru berlainan pendekatan huraian yang diambil,
berbagai kaedah amalan dan zikir yang ditekankan, kadang-kadang menimbulkan
kekeliruan dan persoalan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment