BBB, 19 Zulhijjah 1434 = 24 Oktober 2013 (Khamis):
Menerima ijazah di konvokesyen adalah lambang kejayaan bagi
seorang pelajar di dalam pengajiannya di sesebuah pengajian tinggi. Di dalam
hubungan dengan UKM sejak mula pengurniaan ijazah dilakukan pada 1973 hingga
kini bermakna sudah 40 kali Ijazah telah dikurniakan setiap tahun kepada
graduan-garaduan keluarannya di berbagai-bagai fakulti dan peringkat ijazah.
Jika hitung panjang 1,000 orang
dikeluarkan setahun (kini tentu lebih ramai) bermakna sudah 40,000 siswazah
telah dikeluarkan oleh UKM. Kejayaan pengeluaran siswazah UKM dengan begitu
ramai adalah merupakan salah satu kejayaan UKM apa lagi jika keluaran-keluaran
berkenaan bermutu dan berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
Hingga ke tahun lepas UKM
berjaya mendahului dan meletakkan dirinya ke depan dari
universiti-universiti yang lain di Malaysia. Ini tentulah hasil kerja kuat dan
dedikasi semua pihak beserta keyakinan dan azam yang tinggi hingga UKM menjadi
sebuah universiti terkemuka dan dihormat.
Tanpa bertujuan menonjol diri, penulis yang pada zaman
perjuangan bahasa pada 196oan turut sama terpercik dengan perjuangan berkenaan.
Dalam masa berkenaan Penulis sebok dengan pembelajaran yang dalam masa yang
sama mendokong perjuangan bahasa. Salah satu perjuangan bahasa ialah menuntut
didirikan Universiti Kebangsaan yang menjadi isu hangat pada pertengahan
1960an. Penulis sama mendokong perjuangan, antaranya terakam di dalam puisi
Penulis yang digubah pada tahun-tahun berkenaan dan menjadi sebahagian dari
puisi-puisi yang diterbitkan – Antaranya di dalam Kumpulan Puisi Madu Ilmu
terbitan Jabatan Persuratan Melayu UKM (1999). Kumpulan puisi Penulis ini bukan
semata-mata kumpulan, tetapi rakaman puisi terpilih yang ditulis selama 30
tahun yang temanya berkait dengan UKM, termasuk tema mengenai tuntutan supaya
didirikan UKM. Kumpulan ini dipersembahkan kepada Jabatan Persuratan Melayu
sempena persaraan Penulis dari UKM pada tahun 1999.
Dokongan Penulis terhadap perjuangan bahasa dan tuntutan
agar UKM didirikan dapat dibuktikan, bukan setakat cakap-cakap, tetapi Penulis
sendiri terpercik dengan perjuangan bahasa dan tuntutan didirikan UKM, memang berhasrat
untuk memasuki UKM bila universiti itu diumum dibuka dengan memohon kemasukan sebagai pelajar sulung ke UKM dan dengan kelayakan yang ada diterima
masuk dan menjadi sebagai salah seorang pelajar Sulung UKM. Seterusnya setelah
lulus pengajaian berbagai peringkat berkhidmat dengan UKM sebagai tenaga
pengajar. Dapatlah ditafsirkan ini adalah sebagai komitmen secara langsung dan
praktikal mendukung perjuangan bahasa dan sama berusaha mempertingkan imej UKM
di mata dunia – tentulah bukan setakat pengajaran, tetapi dengan menghasilkan penulisan
yang bermutu, yang kini terus didukung oleh mereka yang meneruskan
keterlibatan.
Keterlibatan Penulis bukan setakat diri Penulis, tetapi juga
generasi Penulis. Misalnya dengan tujuan mendukung hasrat dan aspirasi UKM di
dalam bidang keilmuan anak sulung (Najiah - perempuan) Penulis yang belajar di
Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan bertukar ke Sekolah Convent,
Kajang dan kemudian layak ke Matrikulasi Sekolah Seri Puteri, Kolam Air, Kuala
Lumpur sengaja kami pilih UKM untuk beliau menyambung pengajian sebagai
meneruskan dokongan terhadap UKM. Kami sengaja galakkannya memilih Jabatan
Biologi UKM agar beliau dapat masuk Fakulti Perubatan UKM, namun walaupun pada
akhirnya beliau layak, tetapi kurang minat dan akhirnya beliau memilih bidang perguruan
sebagai guru biologi. Hasrat maukan anak memasuki bidang perubatan diteruskan
adik ketiga Najiah – juga perempuan (Hidayah) yang belajar di Sekolah Agama
Kajang (Sekolah asal Ma`had Hamidiah) dan ke Kolej Islam dan Matrikulasi UKM di
Kuala Pilah dan Seremban dan menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan
kini adalah Doktor Pakar di General Hospital , Kuala
Lumpur .
Hasrat yang diletakkan kepada anak sulung Penulis yang kami
harap agar beliau menjurus dalam bidang perubatan dahulu disalurkan kepada anak
sulung bagi anak sulung Penulis (Najwa Fadhlina, cucu sulung – juga perempuan).
Najwa yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang juga
menyambung pengajian di Matrikulasi UKM dan berjaya menyambung di dalam bidang
perubatan UKM. Tulisan ini adalah juga mengucapkan Tahniah kepada cucu sulung
Penulis – Najwa yang akan menerima Ijazah Perubatan dalam Konvo UKM pada
Ahad 27 Oktober 2013 ini. Beliau kini
sedang membuat latihan `housemanship` di Hospital Kajang. Najwa adalah generasi
ketiga kami yang terus mendukung cita-cita UKM (adiknya – Nabilah keluar dari
Universiti Malaysia Pahang juga pada tahun ini- juga perempaun). Anak-anak
lelaki di universiti-universiti lain dalam & luar Negara.
Mungkin tidak perlu disembunyikan, bahawa kami `Peneroka
Sulung` UKM dulu, memang tidak menafikan dari rasa rendah diri, kerana memilih
UKM sebagai tempat menyambung pengajian tinggi, tetapi oleh kerana semangat
memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan rasmi yang penulis
melibatkan diri dalam menulis, rasa rendah diri itu kami pendamkan dengan
semangat dan cita-cita. Perasaan ini tidak dapat dihapuskan, walaupun UKM telah
mengeluarkan generasi-generasi keluarannya. Semangat dan rasa megah terhadap
UKM makin terserlah, apabila pujian diberi terhadap kejayaan UKM, terutama di
dalam bidang perubatan. Keyakinan mulai tertanam terhadap kemampuan UKM apabila
dalam beberapa tahun mutakhir apabila UKM mendapat pengiktirafan sebagai
universiti terkemuka di Malaysia .
Kita mengucapkan tahniah kepada berbagai pihak di UKM dari Canselor, Naib-Naib
Canselor, tenaga-tenaga akademik, pentadbir-pentadbir dan pelajar-pelajar yang
menjulang nama UKM dan berharap kejayaan yang dicapai oleh UKM akan terus
dipertahankan, bahkan hendaklah dipertingkatkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment