BBB, 06 Zulhijjah 1434 = 11 Oktober 2013 (Jumaat):
Fasal lima
dan enam adalah pendek, iaitu sekadar 4 dan tiga halaman.
Fasal Kelima
Kata segala ulama tidak dapat tidak bagi segala raja
menyuruhkan u(n)tusan yang benar lagi kepercayaan pada segala barang perkataan
rajanya disampaikan kepada raja yang lain, sebagaimana firman Allah:
(Al-Ma`idah, 5: 67) – Bermaksud:
Wahai Muhammad sampaikan olehmu kepada segala manusia barang
yang diturunkan Tuhanmu kepadamu, jika tiada engkau sampaikan pesuruh bahawa
Allah jua memeliharakan dikau daripada segala manusia.
Berdasarkan kepada ayat ini, fadhu atas segala untusan
menyampaikan daripada barang perkataan rajanya dengan sebenarnya, jangan
dilebihinya dan jangan dikuranginya, kerana pekerjaan yang demikian itu amanah.
Hubaya-hubaya, jangan disampaikan kata yang memberi fitnah. Kerana sabda Nabi
salla Allah `alayhi wa sallam bermaksud:
Segala perkataan yang majlis itu amanah, maka tiada harus
mencerterakan daripada seorang mu`min dengan perkataan yang keji, maka
hendaklah untusan itu menyempurnakan segala pekerjaan rajanya dari kerana
bahawasanya untusan itu ganti raja, jikalau sempurna ia nescaya ketahuilah
kesempurnaan rajanya.
Kata Hukama Dua perkara menunjukkan kesempurnaan untusan,
pertama untusan yang pertama dan yang kedua bingkisan yang layak akan raja. Untusan
yang baik yang menyampaikan kehendak raja dan yang jahat ialah untusan yang
tidak menyampaikan barang kehendak
rajanya, sebaliknya bekerja bagi pihak dirinya.
Shahadan, apabila
mengadap raja, maka hendaklah dia sampaikan segala berita kepada segala dengan
perkataan yang lemah lembut supaya berkenan lagi masuk dalam hati raja itu.
Syarat bagi untusan 10 perkara:
Pertama: Hendaklah ia
takut akan Allah Ta`ala lagi takut agamanya
Kedua: Hendaklah ia
ada berpengetahuan
Ketiga: Hendaklah ada
ia elok parasnya
Keempat: Hendaklah ada ia kepercayaan dan jangan ia berbuat
khianat akan rajanya kerana nafsunya
(Cerita utusan Sultan Iskandar yang tidak amanah dengan kata dengan raja yang
diutuskan – Lidahnya yang berdusta diperintah Sultan Iskandar dikeluarkan).
Kelima: Hendaklah untusan itu fasahah lidahnya lagi baik
suaranya
Keenam: Hendaklah ada
ia bijaksana (Cerita untusan Raja Muhallab yang mengalahkan negeri Khuwarizmi –
hantar untusan bijaksana maklumkan kepada Hajjaj Ibn Yusof yang terpesona
dengan kata-kata untusan).
Ketujuh: Hendaklah ada untusan itu berani pada melakukan
pekerjaan rajanya
Kelapan: Hendaklah untusan itu baik kelakuannya lagi berakal
(Cerita Raja Qimayun Raja negeri Turkistan
menghantar untusan kepada Sultan Khurasan. Sultan Khurasan bertanya tentang
Raja Qimayun. Untusan yang bijaksana secara diplomasi menceritakan kebaikan dan
kebajikan Raja Qimayun).
Kesembilan: Hendaklah ada untusan itu murah lagi bijaksana
lagi bangsawan
Kesepuluh: Hendaklah
ada untusan itu jangan ia sangat tamak, jika ia sangat tamak nescaya aiplah
nama rajanya.
(Cetera seorang Raja Ajam, hilang takhta, bila ditanya
sahabat yang ditemui, mantan Raja mengakui kerana ia maghrur di dalam masa memerintah hingga membawa
kepada kejatuahnnya).
Berakhir bagi fasal lima
cerita Sultan Azdashir yang berdasrakan pengalaman, berpendapat untuk
mengetahui kebaikan dan amanah untusan , perlulah melalui ujian
Fasal Keenam (Terakhir) Peri Kata Dan Segala Perintahnya
Kata segala ulama, tiada sempurna kata itu melainkan dengan
amal jua.
Firman Allah (Surah Nun;al-Qalam, 68: 1). Maksudnya:
Demi Nun dan Qalam dan barang tersurat dalam Lauh Mahfuz
Demikian firman Allah (Al-`Alaq, 96:3-5) Bermaksud:
Baca olehmu ya Muhammad nama Tuhanmu itu Amat Mulia, lagi
yang mengajarkan ilmu menyurat, diajarkannya akan segala manusia barang yang
tiada diketahuinya.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Yang dijadikan Allah Subhanahu wa Ta`ala itu qalam, maka
disuratkannyalah barang
Yang akan jadi hingga datang kepada hari qiamat.
Kata Hukama bahawa faedah amal itu mengadakan perkataan
Kata Ibn al- Mu`taz bermaksud:
Yang hati itu suatu qalbun dan akal itu suatu cahaya dan
amal itu yang mengadakan dan suratan itu kepandaian.
Kata segala hukama dan segala raja yang pada zaman dahulu
kala sayugianya bagi segala katib itu mengetahui tiga perkara:
Pertama: Hendaklah ia mengetahui ilmu falak
Kedua: Ilmu Tabib
Ketiga: Ilmu Syair.
Sekali persetua pada suatu hari dititahkan Nabi Allah salla
Allah `alayhi wa sallam akan segala sahabat menyurat suatu sahifah ke benua
ajam, maka sembah segala sahabat, Ya Nabi Allah, bahawasanya mereka itu tiada
percaya akan surat yang tiada dengan meterinya maka dimeteri Nabi salla Allah
`alayhi wa sallam dengan cincin yang maha mulia lagi mubarak dan ada pada sekat
persab cincin itu tersurat tiga shatar
Pertama: Lailaha illa
Allah
Kedua: Muhammad
Rasulullah
Ketiga: Salla Allah
`alayhi wa sallam
Nabi mrnulis surat
kepada Raja Habashah (Najashi), Raja negeri `ajam.
Kaedah Menulis surat :
Shahadan apabila seseorang menyurat sesuatu sahifah, maka
hendaklah dimulainya sahifah itu seperti di mulai Allah Ta`ala akan Kitab Yang
Maha Mulia itu dengan Bismi Allah al-Rahman al-Rahim. Apabila selesai dari
menyurat sahifah ini, maka dibacanya pula dahulu daripada gulungnya, jika ada
sesuatu salah suratannya itu diperbaikinya dan hendaklah perkataan yang di
dalam sahifah itu simpan serta dengan mufidnya lagi mengandung makna yang baik
dan lagi jangan berulang-ulang perkataannya, lagi jangan ada perkataannya buat
yang tiada memberi faedah supaya kepujian yang menyurat dia seperti kata hukama
``Khairul kalam ma qalla wa dalla``
Ertinya terbaik daripada segala perkataan itu barang yang
simpan lagi mengandung dan hendaklah ada perkataan dalam sahifah itu bersopan
sopanan, berhormat hormatan dan jangan membesarkan dirinya, maka demikian itu
jadi menimbulkan khusumah dan berdengki dengkian, lagi kesudahannya tiada tulus
ikhlas. Apabila sampailah sahifah itu kepadanya, maka hendaklah disambutinya
dengan sepatut layaknya empunya sahifah jua dan seperti kata hukama:
Man ahana kitaban fa kaannama sijna rasulin
Ertinya: Barangsiapa menghinakan sahifah itu serasa
memenjarakan untusan jua adanya dan
apabila sudahlah digulung sahifah itu, maka hendaklah dimeterikannya seperti
kata Ibn Abbas radiya Allah `anhuma:
Karamat al-kitab khatmuhu
Ertinya: Kemuliaan surat
itu dengan meterinya.
Kata Umar ibn al-Khattab radiya Allah `anhu:
``Barang sahifah yang tiada termeteri itu, maka iaitu
kecupulan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment