BBB, 05 Zulhijjah 1434 = 10 Oktober 2013 (Khamis):
Antara jawatan yang dianggap perlu di dalam perlantikan dan
penasihatan ialah Kadhi, Wazir dan Hulubalang. Fasal ketiga khusus membicarakan
tentang:
Pada Menyatakan Menjadikan Kadhi
Menurut para fuqaha` radiya Allah `anhum, ``bahawa
menjadikan kadhi yang mehakimkan (mehukumkan) antara segala manusia dengan
hukum syara` itu fardhu kifayah atas segala yang patut menjadi kadhi.
Syarat menjadi kadhi:
Pertama: Hendaklah
ada ia Islam
Kedua: Hendaklah
ada ia `aqil baligh
Ketiga: Hendaklah
ada ia meredeheka
Keempat: Hendaklah ada ia laki-laki
Kelima: Hendaklah
ada ia adil
Keenam: Hendaklah ia
menengar
Ketujuh: Hendaklah ia
melihat
Kedulapan: Hendaklah
ia berkata-kata sempurna
Kesembilan: Hendaklah ia mujtahid, iaitu mengetahui Qur`an
dan Hadith dan barang yang ta`alluq kepada segala hukum khas dan amnya dan
mabda` dan mujmalnya dan tafsilnya dan
nasikh dan mansukh dan lagi hendaklah ia mengetahui bahasa Arab dan ilmu saraf
nahu dan segala qawl sahabat dan segala qawl ulama` yang dahulu dan segala qawl
`ulama yang kemudian dan lagi hendaklah ia mengetahui segala bagai kiasan.
Sabda Nabi s.a.w. berhubung dengan kadhi bermaksud:
Pahala Kadhi yang menghukumkan dengan hukum yang adil pada
suatu hari terafdhal daripada pahala laki-laki yang sembahyang dalam
rumahnya tujuh puluh tahun.
Contoh, seorang lelaki Yahudi pada zaman Harun al-Rashid mendakwa
dihadapan Kadhi Yusof, murid Imam Hanafi mendakwa upah kepada Yahya Barmaki
dengan kedua-duanya hadir. Kata Kadhi, `kusuruh Yahya bersumpah serta reda
keduanya akan hukum.
Sayyiduna Ali memuji kadhi yang menghukumkan menurut hukum
Allah dan tidak menghukumkan mengikut
hawa nafsu, tidak cenderung kepada kaum keluarga dan tidak takut kepada makhluk
atau tamak akan harta, tetapi berpandukan kepada kitab Allah. Pengarang membawa
contoh Shaykh Abu Bakar yang menulis surat
kepada anaknya yang menjadi Kadhi di negeri Sijitistan, demikian tulisnya:
``Hai anakku bahawa jangan engkau mehukumkan di antara
segala manusia, tatkala engkau amarah, maka bahawasnya kudengar sabda Nabi
salla Allah `alayhi wa sallam bermaksud:
Janganlah hukumkan oleh kadhi antara dua orang tatkala
amarah, sayugianya bagi segala kadhi, tatkala ia mehukumkan hendaklah pada
ketika selesai hatinya,`` seperti sabda Nabi salla Allah `alayhi wa sallam
bermaksud: Janganlah hukumkan kadhi melainkan ada tatkala ia kenyang dan puas
dahaganya dan hendaklah bagi segala kadhi. menyamakan antara dua orang yang
berdakwa pada duduknya atau barang sebagainya. Sebagaimana sabda Nabi salla
Allah `alayhi wa sallam bermaksud:
Apabila kena bagi seorang daripada kamu jadi kadhi, maka
hendaklah ia menyamakan antara mereka itu pada tempat duduknya dan tiada isyaratnya
dan tiliknya dan jangan ia mengerenting dengan menyaringkan suaranya pada salah
seorang daripada dua orang yang berdakwa terlebih nyaring daripada orang yang
lain.
Dan lagi sabda Nabi salla Allah `alayhi wa sallam bermaksud:
Barang siapa jadi kadhi antara segala manusia, maka sanya
tersembelih tiada bersikkin.
Dibawa cerita Iyas anak Mu`awiyah jadi kadhi didatangai
Shaykh Hasan Basari, sedang ia menangis, maka ditanya Hasan Basari tentang
tangisnya, lantaran Sabda Nabi salla Allah `alayhi wa sallam bermaksud:
Segala kadhi itu tiga orang, dua orang daripadanya masuk
neraka dan seorang daripadanya masuk syurga. Pertama kadhi yang mehukumkan
dengan tiada sebenarnya, seperti dengan pengetahuannya, maka dia masuk neraka,
kedua kadhi yang mehukum dan dia tahu dengan hukuman, dia binasakan haq dan
manusia, maka demikian masuk neraka, ketiga daripada kadhi yang mehukumkan
dengan sebenarnya, maka iaitulah masuk syurga.
Penulis menyebut tentang hukum Nabi Allah Daud kerana
ijtihadnya, Nabi Sulaiman kerana pengetahuannya berdasarkan ayat Qur`an (al-Anbiya`,
21: 38).
Turut dibawa cerita tentang kekadhian yang dipetik dari kata Abu Ayyub, Ibn Abbas
dan kata Sahib al-Minhaj. Manakala:
Fasal Yang Keempat:
Peri pada menyatakan menjadikan wazir dan hulubalang dan segala syarat mereka
itu. (Fasal ini agak panjang dari hlm. 139-172). Kata pengarang:
``Kata segala ulama tanda tiada bagi segala raja dan wazir
yang adil lagi bijaksana pada memerintahkan kerajaannya dan menolong dia dengan
mesyuarat serta pekerjan yang manfaat atau mudarat dalam dunia dan dalam
akhirat, dari kerana itulah maka dijadikan Allah Ta`ala pada tiap-tiap Nabi
Allah wazir yang melenggarakan segala pekerjaannya seperti Nabi Allah Daud
`alayhi al-Salam Luqman al-Hakim akan wazir dan pada Nabi Allah Sulaiman Asaf
bin bin Barkhia akan wazirnya dan pada Sultan Iskandar Dhu al-Qarnayn Khaidhir
`alayh al-Salam akan wazirnya dan pada Nabi Allah Musa `alayh al-Salam Harun akan wazirnya dan sembah Nabi Allah
Musa yang tersebut dalam Qur`an
(Taha, 20: 30-35) bermaksud:
Tuhanku jadikan apalah kiranya akan daku seorang wazir yang
memberi tolong pada menyampaikan risalah daripada keluargaku, iaitu saudaraku
Harun, kuteguhkan dengan dia segala pekerjaan dan kusekutukan ia pada segala
pekerjaan risalah supaya kami mengucap tasbih dengan tasbih yang amat banyak
dan kami sebut-sebut akan Dikau dengan sebut yang amat banyak, bahawasanya
adalah Engkau Mengetahui lagi Melihat segala hal ehwal kami.
Nabi Muhammad juga mempunyai wazir, sebagaimana sabda
Baginda bermaksud:
Bahawasanya Allah Ta`ala menolong daku empat orang. Dua
wazir daripada isi langit, iaitu Jibra`il dan Mika`il dan dua daripada isi
bumi, iaitu Abu Bakar dan Umar.
Jika Allah mau mengurnikan kebajikan bagi sebuah negeri
dikurniakan wazir yang bijaksana. Contoh Raja Anu Shirwan menyuruh anaknya
memilh wazir yang bijaksana. Dipetik kata Raja Azdashir:
``Hendaklah segala raja apabila diperolehnya empat perkara
janganlah dilepaskannya.
Pertama: Menteri yang bijaksana
Kedua: Bendahara
yang kepercayaan
Ketiga: Pesuruh
yang shafaqah
Keempat: Taulan yang memberi nasihat.``
Kata hukama` pula, ``Bahawa kerajaan itu upama sebuah maligai, tidak dapat tiada maligai itu
empat tiangnya, maka jika tiada bertiang nescaya sengetlah ia
Pertama: Wazir yang
memerintahkan kerajaan
Kedua: Panglima
yang memeliharakan negeri
Ketiga: Penghulu
yang memeliharakan sakatnya
Keempat: Nazir yang mendidik hal ehwal segala rakyatnya.
Tidak dapat tidak bagi segala raja bermesyuarat dengan
segala wazirnya yang berpengetahuan lagi bijaksana. Allah Ta`ala juga
memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. bermesyuarat:
(Ali Imran , 3: 159) Bermaksud:
Mesyuaratkan olehmu ya Muhammad pada segala pekerjaan, maka
apabila kaukerjakan sesuatu pekerjaan maka serahkan dirimu kepada Allah Ta`ala
Dan ayat (al-Shura, 42: 38) bermaksud:
Pekerjaan mereka itu bermesyuarat sama sendirinya mereka
itu.
Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
Tiadalah keluh kesah barang siapa membawa sembahyang
istikharah dan tiada menyesal barang siapa mesyuarat.
Sayugianya segala
raja-raja memilih akan barangsiapa yang hendak dijadikan menterinya dan
hulubalangnya dan akan segala yang dimenang kepadanya.
Diceritakan Amirul Mu`minin Umar Ibn al-`Aziz menulis surat
kepada Hasan al-Basari, tatkala jadi khalifah meminta gurunya memberi panduan,
lalu dijawab Hasan Basari,
``Ya Amir al-Mu`minin bahawa segala orang yang menuntut
dunia itu tiada patut akan Tuan Hamba dan akan segala orang yang menuntut
akhirat itu tiada reda mereka itu datang kepada Tuan Hamba.``
Sebagaimana fasal dua terpanjang, maka fasal 4 kedua terpanjang
selepasnya, sebagaimana fasal dua diisi dengan berbagai cerita, maka
demikianlah fasal empat dihiasi dengan berbagai cerita dan petikan seperti dipetik kata arif yang
mengingatkan siapa yang dekat dengan raja banyak fitnah dan masalah yang
dihadapi. Shaykh Ali Muttaqi mengingatkan::
``Sayugianya bagi segala wazir dan hulubalang dan segala
yang damping kepada raja jangan ia maghrur akan dirinya seperti membesarkan
dirinya daripada sebab didampingkan rajanya akan dia seperti kata hukama`
segala budiman,
``Jangan engkau maghrur kerana hampir kepada raja itu upama
orang berjinak jinakan dengan harimau, maka adalah orang yang damping demikian
itu senantiasa dalam bahaya.``
Pendapat juga dipetik dari Abu Musa al-`Ash`ari, Cerita Raja
Bahman, Hikayat wazir Abu Mansur bagi Sultan Ghaznawi, berpuluh hikayat dan
berbagai pendapat tokoh. Kesemuanya boleh diletakkan di bawah kandungan Ruba`I
sedemikain:\
Kata segala hukama` yang mulia:
Hai segala hulubalang yang kaya-kaya
Peliharakan dirimu hubaya-hubaya
Daripada lakuan raja-raja yang kaya-kaya
Kerana segala raja-raja itu ada terkadang
Jadi murka dengan sumpah hulubalang
Serta dianugrahinya tiada terbilang,
Syarat Keenam (secara terasing) bahawa:
Syarat keenam hendaklah wazir itu bersahabat dengan segala
orang yang budiman supaya berbicara dengan dia pada suatu pekerjaan yang sukar
serta harap ia akan Allah Subhanahu wa Ta`ala.
Contoh dibawa kisah dalam majlis Khalifah Harun al-Rashid bersama cucunya. Hadir sama Shaykh Asmai.
Khalifah bertanya Shaykh kenal atau tidak anak bersamanya, Shaykh tidak
mengenalinya. Khalifah memperkenalkan anak itu cucunya dan berkata, ``Mau tuan
cium akan dia?`` Tergamam Shaykh Asmai,
tapi dengan pantas beliau menyentuh cucu Khalifah dan mencium lengan bajunya.
Khalifah sukacita melihat sopan Shaykh Asmai.
Demikianlah diteruskan dengan berbagai hikayat dan cerita
berkait dengan wazir dan hulubalang dan bagi fasal keempat diakhiri dengan
nasihat:
Nasihat, ``sayugianya bagi segala wazir dan hulubalang dan
segala yang menghadap raja memeliharakan matanya dan segala anggotanya dan
lidahnya daripada perkataan yang tiada sopan pada majlis rajanya,`` Setrusnya,
``Shahadan hendaklah segala wazir dan hulubalang dan segala yang hampir kepada
raja minta shafaat akan seorang hamba Allah yang dimurkai rajanya atau barang
suatu kesakitan supaya diperolehnya pahala yang amat besar dan untung bahagi
daripada shafaatnya, seperti firman Allah Ta`ala:
(al-Nisa`, 4: 85) bermaksud:
Barang siapa meminta shafaat kebajikan adalah baginya untung
bahagi daripada shafaatnya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment