Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi
Masjid dalam pembinaan
Rangka lengkapnya kini jelas kelihatan
Berada di pinggir tanah tinggi
Bagai kapal di dermaga pelabuhan
Merapatkan diri ke
tepian
Hebat gagah dipandang
Landmark identiti tempatan.
Masjid Al-Umm di Seksyen Satu-Dua
Bandar Baru Bangi ini
Adalah masjid tiga tingkat
(bonus tingkat bawah hasil mesyuarat)
Di atas tanah kurang dua ekar
Tingkat utama ruang terluas bagi jamaah
Tingkat atas ruang bagi muslimah
Tingkat bawah ruang serbaguna
Kejayaan pembinaan setakat ini
Sepenuhnya biaya para dermawan
Dengan pelan arkitek Urusbina
Kontrektor Tekad Nusantara
Dengan beberapa perunding
Di kawal beberapa jawatankuasa
Kos semua dijangka dua belas juta.
Masjid Al-Umm dalam penungguan
Dijangka siap pertengahan
1436/2015
Menyerlahkan seni bina Islam
Terpancar dari menara kubah
Mihrab mimbar ruang permaidani terhampar
Keindahan seni bina keseluruhan
Menggamit jamaah mengimarah
Beribadah penuh khusyuk
Mengikuti berbagai pengajian
Mengiringi waktu-waktu solat
Dengan tambahan kegiatan keilmuan
Kuliah pengajian hujung minggu
Pendekatan ala pondok dirangkakan
Pengajian tahfiz anak-anak berkelayakan
Tadika pengajian permulaan
Berbagai bimbingan keilmuan.
Masjid Al-Umm
Imarah berterusan diharap
Pusat kegiatan ibadat
Induk berbagai keilmuan
Juga kegiatan kemasyarakatan.
Shafie Abu Bakar,
Wadi Ilmu, Bandar
Baru Bangi,
19 Safar 1436
12 Disember 2014.
No comments:
Post a Comment