December 1, 2014

Pantang Larang Masyarakat Jawa Di Selangor: Mencari Kerasian


BBB, 07 Safar 1436 = 30 November 2014 (Ahad):
Tidak seperti  etnik masyarakat Melayu yang lain yang jumlahnya tidak begitu ramai, tetapi masyarakat keturunan Jawa begitu ketara kewujudan mereka di Selangor, khususnya selepas kebanjiran pendatang bagi mencari rezeki yang kebetulan Selangor adalah menjadi tempat tumpuan termasuk dari berbagai negeri di dalam Malaysia sendiri. Etnik Jawa ini antara mereka datang dari Jawa Timur, Jawa Barat, Madura, Lombok dan sebagainya. Kalau dulu mereka lebih tertumpu pada sector pertanian, kini terlibat di dalam pembinaan, di samping pertanian dan boroh kasar. Walaupun orang Jawa agak ramai, tetapi  kesan budaya agak terhad di kalangan masyarakat mereka dan kurang meresap kepada etnik Melayu lain di Selangor, kecuali secara terhad misalnya kepada beberapa jenis makanan seperti tempeh, soto, mee Bandung, nasi ambeng dan paling popular sate. Ini ialah kerana halangan bahasa Jawa – ngoko & kromo dan susunlapis masyarakat ketara feudal yang menyukarkan untuk berkomunikasi dan bersosial. Penempatan ketara masyarakat Jawa ialah sejak awal  di bahagaian utara Selangor yang kawasan subur dengan pertanian seperti di  Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Dengan gelombang kedatangan baru mereka berada di mana-mana di Selangor.
 Dalam hubungan dengan masyarakat Jawa ini Dr. Noriah Mohamed  membentangkan  dalam Seminar Pantang Larang Masyarakat Di Selangor pada 25 November 2014 dengan mengkhusus kepada tajuk ``Kerasian Berbudaya Dalam Masyarakat Jawa`` yang juga mencerminkan budaya berkenaan berlegar di dalam masyarakat Jawa berkenaan.


Dr. Noriah membawa pendekatan konsep `berhati-hati (amit-amit)`  di dalam kehidupan masyarakat Jawa.agar tidak terjatuh atau bertentang dengan jalan betul  yang boleh membawa kepada  kebinasaan.  Bagi memastikan  `keselamatan` maka  dicarilah apa yang diistilahkan sebagai `Keserasian`  di dalam kehidupan.
Keserasian dilihat melalui empat pendekatan, iaitu:
1)       Pendekatan dengan Tuhan
2)      Pendekatan dengan Alam
3)      Pendekatan dengan Manusia
4)      Pendekatan dengan Diri
Pada akhirnya dibicarakan tentang kelahiran seseorang – sebenarnya sejak di dalam rahim ibu hingga ke alam kanak-kanak.

1)      Keserasian dengan Tuhan
Ialah dengan mematuhi kepada Pencipta  dengan menjauhi segala yang terlarang yang memperlihatkan semacam ada kepercayaan inkarnasi di dalam agama Hindu. Pembentang menterjemah dari bahasa Jawa yang diperturunkan:
``Tuhan itu ada di mana-mana, juga ada pada dirimu, tapi jangan berani mengaku dirimu Tuhan.``
(Perlu diingat pengaruh Hindu begitu kuat di Jawa sebagaimana pada zaman Majapahit (hingga abad ke 13M. dan sebelumnya Seriwijaya (termasuk Sumatera yang puncaknya pada abad ke 7 M.).
2. Kerasian dengan Alam
Iaitu menghormati dengan segala yang wujud di  muka bumi ini harus dihormati – termasuk terhadap leluhur. Pembentang memberi  contoh untuk mengambil air di sumur perlu memohon izin ``Aku mohon ambil airnya sedikit``. Jelas ini merupakan kepercayaan yang masih tebal dengan `konsep penunggu` yang diwarisi dari zaman animisme.
3. Kerasian dengan manusia lain
Iaitu berusaha  memberi  kesenangan terhadap manusia lain,  secara diplomasi, walaupun pada hakikatnya tidak tepat. Konsep menyenangkan orang lain  ini dikenali dengan ``ethok-ethok` yang jika diungkapkan `Asal  senang`. Kata pembentang, ``Menjaga rasa orang lain banyak terungkap dalam `pituduh Jawa` (ungkapan Jawa diterjemahkan):
Barangsiapa suka membuat senang (suka) orang lain, ia akan mendapat balasan yang lebih banyak daripada yang ia lakukan.
Jelas ianya mencerminkan sikap tidak suka berterus terang hingga menjejaskan kebenaran. Menurut pembentang sikap ini dlungkapkan di dalam semua hiraki bahasa Jawa  dari bahasa Ngoko dan kromo (karma) dan pecahan-pecahan daripadanya. Pendeknya sikap menyenangkan orang dan tidak berterus terang menjadi budaya Jawa.


4. Kerasian pada Diri
Untuk menjaga keselamatan diri – lantas kalau terlihat sesuatu kejadian  mendepani diri, maka diucapkan, ``Mudah-mudahan terhindar dari malapetaka``. Sebagai kesan baik membawa diri berwaspada dan ingat mengingati.
Kelahiran  (lanjutan)
Pembentang membicarakan tentang proses kelahiran. Pada berbagai tahap dan  banyak pantang  larang. Contoh:
Masa mengandung – Suami ditegah membunuh binatang dikhuatiri janin menjadi seperti binatang yang dibunuh.
Mengandung 3 bulan: Bila membasuh contoh rambut isteri  semacam mendoa agar anak senang keluar sebagai mudahnya laluain air turun
Tujuh bulan dilakukan upacara `tingkebun`  - Lenggang perut yang diharap anak bila dilahirkan sempurna. Sedang di bawah rumah disediakan pandan berduri untuk mengelak dari roh-roh penunggu agar tidak melakukan sebarang kejahatan.
Selepas lahir bayi melalui upacara pembersihan dan  bila hendak berjalan kenan melalui upacara `pijak tanah` dan seterusnya melalui proses pendidikan.
Selepas bersalin siibu melalui pantang yang ketat.  Kena amal dengan makan dan perubatan yang bertujuan memanaskan badan untuk mengembalikan bentuk badan sihat dan normal.
Untuk megembalikan badan normal dan menarik si isteri dikehendaki amal  tiga (ma) perkara:
1)      Macak (Berhias)      2) Masakt (Menyedia Makanan) dan  3) Manak  (Kembali melahirkan zuriat).
Sebagai kesimpulan adat dan pantang larang masyarakat jawa secara sedar atau bawah sedar masih dipengaruhi elemen animism, Hindu, Jawa dan setengahnya amat bercanggah dengan Islam.
Sekian.

No comments:

Post a Comment