BBB, 11 Safar 1436 = 04 Disember 2014 (Khamis):
Kertas di atas disampaikan oleh Profesor Dr. M. Rajantheran,
Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera
Dan Sains Sosial, universiti Malaya pada hari kedua (26 November 2014)
bertempat di PADAT, Shah Alam. Sebelum membicarakan tentang pantang larang
masyarakat India, Profesor Rajan mengemukakan definisi yang jelas berkenaan
topic yang mau dibicarakan. Misalnya tentang definisi Adat Resam beliau
menyatakan:
``Sesuatu hukum yang lazimnya dipatuhi oleh majority di
dalam sesuatu kumpulan masyarakat diertikan sebagai `Adat Resam`. Iaitu menurutnya , ``Ianya
sebagai pola tingkah laku sesuatu kelompok masyarakat yang dipengaruhi oleh
aturan agama dan budaya masing-masing serta diamalkan secara warisan``. Tambahnya,
``Lazimnya adat resam ini berbeza mengikut kawasan, komuniti mahupun Negara,
apalagi ia merupakan aturan lisan berasaskan nilai-nilai sosiaal sesuatu
kelompok masyarakat.``
Manakala pantang larang yang dimaksudkan dengan `taboo`
menurut Profesor Rajan, adalah istilah yang berasal dari Polynesia yang
menyebut seperti tabu, tapu dan kapu dan istilah `taboo` diperkenalkan kepada
masyarakat Eropah oleh Captain James Cook sebagaimana dialami dalam
pelayarannya di Selatan Pacifik.
Tujuan pantang larang
ialah bagi tujuan perlindungan dan keselamatan dan membentuk pola
kehidupan yang bernilai, bermoral dan beretika tinggi.
Manakala Adat Resam ialah aturan-aturan yang dikenakan
bagi individu dan masyarakat yang diterima
dan menjadi adat dan peraturan yang dipatuhi dalam kehidupan sejak dari dalam
kandungan, kelahiran, upacara-upacara penerimaan bayi, pemberian nama, menindik
telinga, mencucuk hidung, akil baligh, perkahwinan dan kematian.
Prof. Rajan ada menyebut tentang perkahwinan, tetapi tidak
diberi huraian lanjut bagaimana proses
pertunangan. Kita ingin mengetahui aspek unik dalam masyarakat India terutama
tentang `dauri` dalam mana pihak
perempuan meminang pihak lelaki, apakah proses yang dilalui dan dilakukan serta
pantang larang yang harus dipatuhi oleh pihak lelaki dan perempuan. Dengan
adanya system kasta apakah ada halangan satu pihak untuk berumahtangga dengan
yang berlainan kasta. Apakah system ini sudah mengalami perubahan atau masih
kekal.
Kita juga mau mengetahui tentang pakaian lelaki dan
perempuan India termasuk pakaian pengantin yang agak unik dan berlainan dengan
masyarakat lain di Malaysia, khususnya di Selangor, Juga tentang
perayaan-perayaan bagi orang India seperti Deepavali dan Hari Wisak, apakah acara-acara
penting yang diamalkan pada perayaan-perayaan berkenaan misalnya mengapa wujud
tradisi membuat `kolan` pada perayaan berkenaan. Apakah kaitan dengan makanan
muruku dan memasak susu dengan tebu dan sebagainya.
Kita juga berminat ingin mengetahui berhubung dengan pegangan
agama masyarakat India. Mengapakan ada kuil berdekatan, tetapi diimarahkan oleh
kumpulan berlainan. Apakah wujudnya mazhab-mazhab di dalam agama Hindu dan
kesan pada kepercayaan dan pembawaan mereka. Kita juga ingin mengetahui tentang
senibina kuil-kuil Hindu. Apakah
pemilihan tapak kuil adalah berdasarkan mimpi pihak pimpinan agama Hindu, lalu
tempat berkenaan dipilih menjadi tapak kuil yang kadang-kadang memaslahkan dari
segi pentadbiran. Kita juga ingin mengetahui
system pendidikan dan kepercayaan agama Hindu berkenaan.
Profesor Rajan ada
menyebut tentang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat India yang mereka
sehingga 1980an kebanyakan mereka pekerja-pekerja estate dan menetap di
lading-diladang dan banyak menghadapi kekurangan dari segi kehidupan.
Kemudahan-kemudahan disediakan oleh pihak majikan termasuklah rumah-rumah
estate, tetapi tidak berpeluang memiliki hartanah sendiri dan terputus dengan
arus perdana masyarakat luar.
Profesor Rajan juga
menyebut, masyarakat India di estate-estate ini disediakan dengan tapak kubur
secukupnya, masalahnya mereka sendiri tidak dapat menjaga dan memelihara tanah
kubur berkenaan. Namun pihak berkuasa agama dan pertubuhan yang mengambil
tanggungjawab tidak dapat mengendalikan, terutama dari segi kebersihan oleh
kerana ketiadaan kewangan. Kata Profesor Rajendren,
``Kebanyakan tanah-tanah perkuburan seperti ini ditumbuhi belukar dan setiap kali mayat
dibawa ke sana, pembersihan tanah perkuburan turut menjadi suatu masalah yang
agak mencabarkan.`` (hlm. 5).
Penempatan masyarakat India mengalami perubahan oleh beberapa factor
seperti pemecahan ladang (getah) sejak 1960an, perkembangan perbandaran yang
mengurangkan kawasan ladang dan mengurangkan keperluan tenaga orang India, sebab
itu mereka turut berhijrah ke pinggir Bandar di kawasan setinggan dan
menghadapi masalah hidup, sebelum pembelaan dan mendapat peluang hidup baru.
Dari segi perkuburan menurut Profesor Rajan, mereka menumpang pada tanah
perkuburan masyarakat India yang sedia ada dan sempit serta tidak teratur. Ini
menyebabkan kaum India lebih suka memilih membakar mayat bagi upacara kematian
yang abu mayat dilepaskan ke laut dan sungai selepas disembahyangkan. Bagi
orang India abu mayat tidak boleh disimpan di rumah, ia perlu dikembalikan
kepada alam semula jadi. Antara tempat yang disediakan seperti di Morib, Port Dickson, dan Templer
Park.
Dari segi permakanan orang India tidak makan daging lembu.
Beliau berharap mana-mana majlis jamuan yang melibatkan jamuan dihadiri masyarakat
India supaya tidak menyediakan jamuan
yang mempunyai masakan daging lembu untuk menjaga sensitivity masyarakat India.
Sekian.
No comments:
Post a Comment