December 3, 2014

Progres Pembinaan Masjid Al-Umm: Lewat Tiga Hari Dari Jadual


BBB, 09 Safar 1436 = 02 Disember 2014 (Isnin):


Mesyuarat Tapak ke 12  hari ini yang dipengerusikan oleh Ir. Haji Ishak bin Arshad Pengerusi bahagian Teknikal (Ir. Haji Ghazali Pengerusi Mesyuarat Tapak  tak dapat hadir) membincangkan tentang progres pembinaan fizikal Masjid Al-Umm. Dalam Taklimat  Laporan Tapak saudara Razak Rahman Site Agent memaklumkan bahawa buat  pertama kali progres pembinaan terencat dan terlewat sebanyak 3 hari diakibatkan oleh hujan selama 13 hari dari bulan November 2014. Bila hujan menurutnya, ``Kerja-kerja bahagian atas terutama bumbung yang sedang giat dibina terganggu oleh hujan dan guruh-petir.`` Walau macam mana kerja-kerja bahagian bawah yang sudah mempunyai lindungan lantai diteruskan sebagaimana biasa.``
Dari segi kerja-kerja hingga akhir November 2014 sudah digunakan sebanyak 355 hari dari 532 hari merupakan 66 % masa telah digunakan. Jadual kerja sepatutnya sudah mencapai 40.71%, tetapi yang terhasil ialah 40.03% iaitu lewat sebanyak  -0.67%, bersamaan 3 hari akibat hujan. Ini adalah kali pertama berlaku kelewatan dari segi pembinaan. Kerja-kerja ketara yang belum siap dan dalam pembinaan ialah:
Roof to level 1   45%, Roof level 1 to level 2  10%, Brick work ground floor 60%, Plastering first floor 75%,Kerja-kerja mekanikal 8%, kerja-kerja elektrikal 23% dan TNB sub station 81%. Kerja-kerja lain sudah !00%  dan paling kurang 90%.
Tumpuan perbincangan hari ini ialah bagi membina retaining wall dengan rumah jiran yang tembok rumah berkenaan tergantung dan tidak mempunyai pasak ground beam, Penambakan tanah perlu dilakukan hingga keluar semasa pembinaan asas sebagai pasak seterusnya bagi benteng dari luar selari dengan ketinggian tanah yang benteng makin rendah ke atas.
Hingga kini seluruh rangka pembinaan sudah siap dibina dari bawah hingga ke bahagian roof. Tumpuan sekarang pada bahagian atas ialah melengkapkan bahagian atap. Yang masih belum sempurna ialah menara yang tapak dan rangka bawah sudah siap dan kubah pula di dalam persiapan.
Dari segi pembinaan bahagianl bawah tanah) adalah bahagian yang paling banyak kerja telah siap  dalam mana kerja lantai, dinding dan plastering telah 100% dilakukan. Di bahagian bawah ini terdapat `Dewan Tamu` yang boleh diguna untuk Bilik Nikah. Sebahagian besar dari level  bawah tanah ini adalah ruang  terbuka untuk persidangan ,  majlis perkahwinan dan kenduri kendara yang boleh memuatkan 100 meja bulat yang bererti boleh memuat tamu seramai 500 orang secara serentak dan jika diatur meja untuk sidang boleh memuatkan peserta bersidang lebih dari seribu orang. Dibincangkan juga oleh kerana dewan ini agak besar, maka kemungkinan dibuat partition yang boleh dibuka tutup bagi jumlah hadirian yang jumlahnya terhad dan dapat mengekonomikan ruang dan tenaga letrik. Dibincangkan juga untuk memasang tile yang tidak licin, kerana bagi level ini hadirin akan masuk keluar tanpa menaggalkan kasut. Warna tile belum diputuskan juga apakah jenis. Demikian juga warna cat dinding yang telah siap diplasterkan. Keseluruhan ruang masjid dari level bawah tanah ke  ground floor dan tingkat satu (tiga dikira dari bawah) disediakan air-cond., dalam pada itu disediakan juga kipas-kipas bila air-cond. tak perlu dipasang. Penggunaan air-cond. Juga secara split dan berasingan.


Adapun pembinaan bagi level utama (ground floor) pemasangan batu brick sudah mencapai 90%. Antaranya untuk kedua bilik bagi imam dan bilik peralatan.  Kelas Tadika, Bilik air (wudhu` dan tandas) kiri dan kanan, bilik jenazah  dan dinding bagi partition bagi ruang lempah (bagi jamaah yang tidak selesa dengan air-cond). Selain daripada itu adalah ruang terbuka bagi jamaah yang boleh memuatkan seramai 3,000 jamaah secara serentak. Banyak perkara yang berhubung dengan ruang ini ke atas  yang terdiri dari kubah dan dekorasi berkenaannya dan kipas-kipas.  Bahagian hadapan terdiri dari mihrab, mimbar, dekorasi dinding bahagian hadapan,  dekorasi tiang, lantai, carpet dan sound system.
Bagi tingkat atas fisrst floor (tiga dari bawah), ialah tingkat yang menjadi tumpuan  pembinaan sekarang. Lantai bagi level ini sudah siap dikonkrit dan tangga-tangga ke atas kiri kanan telah siap dibina sebagaimana tangga kiri kanan dari ground floor ke under ground floor juga bertangga kini kanan. Untuk ke tingkat first floor ini disediakan lift bagi warga emas (perempuan dan menaikkan barang-barang). Pada tingkat  Satu  ini rangka binaan sudah siap dan kini progres dari segi rangka atap dan bagi menyediakan tapak  tempat diletakkan kubah. Perlu disebutkan bahawa ruang tingkat terkeatas ini lebih bersifat lantai kiri-kanan di atas bagi level utama sedangkan dari level satu ini ke atas  hingga ke kubah  adalah ruangan kosong..


Ruang bagi tingkat atas – yang lebih dikenali sebagai ruang untuk jamaah muslimat ini, tidaklah keseluruahnnya untuk jamaah muslimat, tetapi  pada ruang di atas ini terdapat ruang  bagi beberapa bilik  untuk:
1)      Bilik  Mini Seminar
2)      Bilik Kelas Tahfiz
3)      Bilik Mesyuarat
4)      Bilik IT
5)      Bilik Sumber (Perpustakaan Mini).
Semua keperluan asas bagi Masjid Al-Umm telah siap. Rangka bangunan dapat dilihat terdiri gagah. Walau bagaimana , kerja-kerja  persiapan dalaman masih banyak. Walaupun kerja berterusan dan berjalan lancar, kecuali factor cuaca adalah dibimbang hasrat untuk menggunakan bangunan ini pada Ramadhan 1436 ini belum tentu berkesempatan. Walau bagaimana semua pihak berusaha mengejar tempoh yang ditentukan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment