BBB, 10 Safar 1438H. = 10 November 2016M.
(Khamis):
Sesuatu yang tertulis, atau sesuatu bahasa
yang tersusun yang mau diucapkan adalah bertujuan untuk dibaca dan difahami
pembaca atau didengar oleh pendengar
berkenaan agar dimengerti, difahami atau
dihayati oleh pendengar berkenaan. Peranan membaca, mendengar, memahami dan
menghayati adalah penting yang di dalamnya bukan setakat menyampaikan maklumat
dan meminta sama dihayati, bahkan memberi respond terhadap apa yang dibaca,
didengar, difahami dan dihayati pihak berkenaan dengan misalnya mengambil
pengajaran, memuji, bahkan mengeji.
Keadaan yang sama berlaku pada
ungkapan-ungkapan ketasawufan sama ada bersifat prosa (nathar) atau puisi
selain daripada dibaca secara bersendirian, maka di dalam aspek tasawuf yang
dinamakan `Al-Sima` yang kita
terjemahkan secara bebas ialah `Deklamasi dan Penghayatan` atau apresiasi.
Mungkin ianya adalah mencontohi Al-Qur`an bahawa ianya dibaca secara
perseorangan, bahkan ditilawah oleh seseorang dan didengari oleh yang lain baik
secara perseorangan atau jamaah. Amalan sedemikian dilakukan oleh Rasulullah
dalam mana adakala Baginda meminta sahabat
Baginda membaca Al-Qur`an bagi Baginda mendengar dan menghayatinya.
Di dalam Al-Luma` Al-Sarraj memberi ruang yang panjang
membicarakan tentang `Al-Sima` seperti mempunyai suara yang elok untuk
membaca petikan-petikan tertentu yang memberi pengajaran dan penghayatan kepada
pendengar. Al-Sarraj memberi tafsiran bagi ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Allah menambahkan pada ciptaanNya apa
yang dikehendaki.`` (Fatir: 1)
Dimaksudkan penambahan ialah dari segi
keelokan akhlak dan suara bagi membaca atau memperdengarkan sesuatu.
Menurut Al-Sarraj bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda bermaksud: ``Allah tidak membangkitkan seorang Nabi, melainkan
mempunyai suara yang elok.`` (Al-Hadith).
Keelokan suara dapat dimaklumi dan
diceritakan bahawa Nabi Daud `a.s. mempunyai suara yang elok dan apabila ia
membca Al-Zabur hadir mendengarnya oleh jin, manusia, binatang liar, dan
burung. Dan adalah Banu Isra`il berhimpun
mendengar dan mengapresiasi pembacaan Nabi Daud.
Dan dikatakan Nabi Musa juga diberi suara
yang elok dan dia diibaratkan sebagai diberi seruling dari seruling-seruling
Nabi Allah Daud., lantaran kerana keindahan suaranya.
Dari Mu`adh bin Jabal, Rasulullah s.a.w.
bersabda, ``Sekiranya engkau tahu engkau
akan mendengar dengan penuh hati dan perhatian.`` –bacaan.
Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda
bermaksud: `` Hiasilah bacaan Al-Qur`an kamu dengan suara kamu yang indah.``
Sesungguhnya mendengar tilawah Al-Qur`an adalah
dari amalan yang baik. Tilawah dapat diikuti melalui musabaqah, pembacaan
tahfiz, melalui siaran-siaran alat-alat letronik, bahkan dapat diikuti dari
masjid surau sebelum menjelangnya waktu-waktu solat. Mendengan tilawah
Al-Qur`an hendaklah menurut adab-adab
yang sesuai pada tempat-tempat sesuai.
Deklamasi atau pembacaan dan apresiasi bahan-bahan ketasawufan adalah majlis mendengar
tentang pembacaan bahan-bahan yang bersifat tasawuf. Cara deklamasi dan pendengaran
atau apresiasi adalah tidak sama dengan majlis-majlis membacaca puisi yang
diadakan di rumah-rumah puisi, budaya dan padang terbuka. Pembacaan bahan-bahan
tasawuf seharusnya di dalam majlis yang murni bersifat quddus dan lebih
mendekatai Allah.
Bagi pendeklamasian bahan-bahan tasawuf ada
keperluan-keperluan:
1) Tempat
Hendaklah pada
tempat dan majlis yang sesuai seperti di dalam dewan yang bersifat majlis ilmu
atau di ruang tempat ibadat dan pengajaran atau di tempat terbuka.
2) Ada Khalayak
Mereka hendaklah
kalangan yang mencintai bidang kerohanian dan juga ahli-ahli seni dan
sasterawan yang meminati aspek-aspek kerohanian. Mereka ada persediaan bagi menanggapi bahan-bahan
yang disampaikan
3. Pemilihan
bahan-bahan yang hendak disampaikan.
a) Membaca secara
langsung kitab-kitab tasawuf yang mendalam dari segi kandungan dan indah dari
segi karangan. Misalnya Hikam-Hikam Ibn `Ata` Allah dan sharh terhadapnya.
Misalnya Kitab Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam oleh Ahmad bin Muhammad bin `Ajibah al-Hasani.
Atau langsung mengambil kitab Ihya` `Ulum al-Din oleh Al-Ghazali mana-mana
bahagian yang sesuai sebagai teks pembacaan
b) Membaca dari
ungkapan-ungkapan tokoh sufi sama ada
ungkapan prosa secara ringkas dan padat seperti dari al-Junayd, Sari Al-Saqati,
Dhu al-Nun al-Misri dan begitu ramai lagi
c) Membaca
puisi-puisi sufi terkenal seperti dari ungkapan Rabi`ah al-`Adawiyyah, Hafiz,
Jalaluddin Rumi, Iqbal dan begitu ramai lagi yang puisi-puisi mereka begitu
indah mendalam.
d) Membaca
tentang tokoh-tokoh sufi yang sebahagian cerita tentang diri mereka begitu menarik
seperti Abu Dzar al-Ghifari,, Bilal bin
Rabah, Mu`adz bin Jabal, Salman al-Farisi. Abu al-Dada`, Rabiah al-`Adawiyyah dan
ramai lagi.
e) Bahan-bahan
Yang bersifat Anekdot
Terdapat karya-karya
yang menghimpunkan anekdot-anekdot yang ucapan ringkas atau cerita ringkas dari
kalangan sufi tetapi memberi maksud yang mendalam . Contoh anekdot yang
dihimpun oleh – Idris Sahah dan
berbagai-bagai lagi
5)
Pembaca
Hendaklah pembaca
yang berkelayakan, memahami apa yang dibaca, mempunyai suara yang menarik dan
boleh melagukan bahagian-bahagian yang patut dilagukan. Dari pembacaan yang menarik dan suasana yang
kondusif boleh menjadikankan suasana
syahdu, memberi keinsafan kepada pembaca dan mendorong kepada rasa kehalusan
rasa, mesra, taqwa dan kasih sayang.
Dalam suasan kini yang mempunyai peralatan
canggih dan ruang yang menarik deklamasi dan penghayatan bahan-bahan kerohanian
dapat diadakan dengan lebih menarik. Ianya satu dari kaedah dakwah dan mendidik
jiwa dengan elemen kerohanian.
Al-Sarraj nampaknya dengan secara sedar akan
kepentingan `Al-Sima` tentang memahami dan menghayati bahan-bahan tasawuf
melalui majlis pendengaran yang secara terkini ialah secara deklamasi dan apresiasi.
Sekian.
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
ReplyDeleteKLIK-> PESUGIHAN TOGEL