BBB, 18 Safar 1438H. =
18 November 2016 (Juma`at):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa
Al-Kalabadzi sengaja membicarakan bagi sebahagian daripada karangan tasawuf
`Al-Ta`arruf li Madzhab Ahl al-Tasawwuf` tentang persoalan akidah yang kita
menganggap ia bertujuan bagi menjelaskan pegangan kaum sufi berhubung dengan
aspek-aspek akidah yang bagi kita dapat melihat apakah sebenarnya ada bersamaan antara pengangan ahli sufi atau
ada kelainan atau perbedaan. Apakah jika ada perbedaan, maka adakah ianya dari segi tanggapan dan ungkapan, tetapi
tidak dari segi substan dan hakikat.
Antara aspek utama bagi akidah ialah
membicarakan persoalan yang berhubung dengan ketuhanan. Bagi persoalan
ketuhanan yang utama ialah persoalan `Dzat
dan Sifat`. Al-Kalabadzi di dalam pembicaraannya menampilkan pendapat
dan pandangan bagi aspek-aspek tauhid atau akidah adalah bersifat satu pihak,
iaitu pandangan kesufian mengenai aspek-aspek akidah yang dibicarakan,
termasuklah persoalan `Sifat` . Penulis sengaja mengambil pandangan kedua pihak
mengenai aspek-aspek yang dibicarakan, iaitu pandangan dari segi akidah tauhid
(usuluddin) dari berbagai-bagai sumber dan pandangan dari segi kesufian,
terutama yang ditampilkan oleh Al-Kalabadzi, di samping menambah dari pandangan
kaum sufi yang releven.
Berhubung dengan konsep sifat bahawa sifat ialah sesuatu (sifat) yang
berdiri pada Dzat, seperti Mengetahui, Berkuasa, Melihat dan sebagainya.
Menurut Sayid Sabiq di dalam bukunya
`Akidah Islam` (terjemahan M.Abdul Rathomy, Pustaka Nasional, Singapura, 2006)
menyatakan:
``Allah Subhanahu wa Ta`ala sebagai Maha
Pencipta alam semesta ini, selain dari memiliki Asma-ul-Husna (nama-nama yang
baik), juga memiliki sifat-sifat yang luhur yang merupakan penetapan dari
kesempurnaan ketuhananNya serta keagungan IlahiahNya. Sifat-sifat ini hanyalah
dimiliki oleh Maha Pencipta itu sendiri dan oleh sebab itu tidak sesuatu pun
menyekutuiNya atau memiliki sifat-sifat yang sama sebagaimana yang dipunyai
oleh Allah Ta`ala itu. (hlm. 61).
Berhubung dengan sifat lagi kata K. H.
Sirajuddin Abbas dalam bukunya yang berjudul, I`tiqad Ahlussunnah Wal-Jamaah, Pustaka Aman
Press, Sdn. Bhd, Kota Bharu, 2013) menyatakan tentang Ketuhanan dan sifat
bahawa, ``Kita percaya seyakin-yakinnya, bahawa Tuhan itu ada. Ia mempunyai banyak sifat. Boleh
dikatakan bahawa Tuhan mempunyai sekalian sifat Jamal (Keindahan), sifat Jalal
(Kebesaran) dan sifat Kamal (Kesempurnaan). Tetapi yang wajib diketahui dengan
terperinci oleh setiap orang Islam yang sudah baligh dan berakal, adalah;
20
sifat yang wajib (mesti ada) pada Allah
20 sifat yang mustahi (tidak mungkin ada)
pada Allah
01 satu sifat yang harus (boleh ada – boleh
tidak) pada Allah. (hlm. 22-23).
Adapun persoalan sifat di kalangan kaum
sufi menurut Al-Kalabadzi bahawa mereka,
``Sepakat secara jama`ah bahawa bagi Allah adalah
sifat-sifat secara hakikat yang Dia disifatkan dari sifat ilmu, qudrat,
quwwah,, al-`izz, al-hilm, al-hikmah, al-kibriya`, al-jabarut, al-qidam,, al-hayat, al-iradah,
al-mushi`ah dan al-kalam.``
Tambah Al-Kalabadzi, ``Bahawasanya tidaklah
Dia berjisim dan tidak i`radh, dan tidak jauhar sebagaimana Dzatnya tidak
berjisim dan tidak `aradh dan tidak jauhar.
Dan bagiNya keadaan mendengar, melihat,
keadaan berwajah dan bertangan secara hakikat, dan tidak mendengar, melihat,
bertangan dan berwajah (sebagaimana makhluk).
Kaum sufi juga secara jama`ah berpegang,
bahawa sifat Allah bukan berbadan, bukan
beranggota dan bukan berjuzu`. Dan mereka secara berjama`ah berpegang
bahawasanya Dia bukan hiya (perempuan) dan bukan huwa (lelaki) dan bukan yang lain
daripadanya, bukanlah bermakna ithbat bahawa dia berhajat kepadanya dan Dia
membuat sesuatu dengannya, akan tetapi maknanya, menafikan lawannya dan ithbat
pada dirinya dan bahawasanya Ia berdiri dengannya.
Tidak bermakna ilmu menafikan jahil
semata-mata dan tidak makna qudrat nafi lemah akan tetapi mengithbatkan ilmu
dan qudrat. Dan kalau menafikan menjadikan dia mengetahui dan menafikan lemah
Dia berkuasa, nescaya adalah bermaksud menafikan jahil dan lemah daripadanya
menjadikanNya mengetahui dan berkuasa. Demikianlah dengan sifat-sifat yang
lain. – tidak ber`illah. Permasalahan yang lebih halus dibicarakan oleh
Al-Kalabadzi bahawa,
``Tidaklah kita sifat bagiNya dengan
sifat-sifat ini sifat bagiNya, bahkan kita sifatkan sifat kita dan hikayat
tentang sifat yang berdiri bagiNya. Dan siapa yang menjadikan sifat Allah yang
disifat baginya dengan tidak menithbatkan bagi Allah sifat secara hakikat, maka
adalah dia berdusta kepadaNya dari segi hakikat dan menyebut bagiNya dengan tidak
mensifatkannya.
Sesungguhnya Allah mentanzihkan
dirinya dari apa yang mereka sifatkan.
Firman Allah bermaksud:
``Maha Suci Allah Ta`ala daripada apa yang mereka sifatkan`(Al-An`am: 100)
FirmanNya lagi bermaksud:
``Mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
(kandungan) ilmu Allah, melainkan apa yang Allah kehendaki (Al-Baqarah: 255),
Pada dasarnya tentang Dzat Allah dan sifatNya mencerminkan
sifat Jalal, Kamal, Qahhar dan JamalNya Allah Subhanahu wa Ta`ala yang
mencerminkan sifat Ketuhanan yang Maha
Sempurna yang tidak ada bandingan dan tiada yang boleh diumpamakan denganNya.
Cuma sebagaimana dikatakan bahawa bagi akidah mempunyai pendekatan yang
teratur, sebagaimana pendekatan yang dilakukan oleh Ash`ari, Maturidi,
Al-Tahawi, bahkan pendekatan yang didekati oleh kalangan salafiyyun, manakala
bagi pendekatan tasawuf tidak diikat dengan pendekatan kaedah ilmiah yang teratur dan konkrit dan
kelihatan pendapat diluahkan secara dzauq, wujdan dan intuitif. Sudah tentu ada
bahayanya ungkapan individu secara bersendirian mungkin kadang-kadang boleh
membawa kekeliruan yang mungkin tidak
dimaksudkan oleh pengungkap.
Pada prinsipnya tidak ada perbezaan
pendekatan akidah Sunni, baik dari segi keilmuan tauhid dan kesufian, tetapi
ada kelihatan berlainan dari segi pengungkapan, kehalusan, kedalaman dari segi kesufian.,
Sekian.
No comments:
Post a Comment