BBB,
29 Safar 1438H. = 29 November 2016M. (Selasa):
Turut dibicarakan oleh Abu Bakar
al-Kalabadzi di dalam bukunya
`Al-Ta`arruf li Madzhab Ahli al-Tasawwuf` ialah berkenaan Rasul dan
Malaikah.
Menurut Al-Kalabadzi, mereka itu ya`ni kalangan sufi, jumhur dari kalangan mereka mendiam diri dari melebihkan rasul-rasul ke
atas mala`ikah-mala`ikah dan mendiam diri juga dari melebihkan mala`ikat-malaikat ke atas rasul-rasul.
Mereka berkata, ``Kelebihan ialah bagi siapa yang melebihkannya oleh Allah.
Bukan dari segi jauhar (malaikat dari cahaya, rasul manusia dari tanah) dan
bukan dari segi perbuatan. Mereka tidak melihat salah satu daripadanya memberat
bagi yang lain sama ada dengan khabar
atau pertimbangan akal. Namun ada setengah mereka melebihkan rasul dan setengah
mereka nelebihkan mala`ikat.
Dari hal yang lain pula, Muhammad bin al-Fadhl
berpendapat, ``Jumlah mala`ikat adalah lebih afdhal dari jumlah orang
mu`minin, namun di kalangan orang mu`minin pula ada yang melebihi mala`ikah.
Seperti lebihnya para anbiya` di atas
mala`ikah.
Mereka
juga berpendapat di kalanganb rasul-rasul ada yang berlebih kurang,
sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
``Dan sesungguhnya Kami melebihkan
setengah nabi-nabi di atas setengah yang
lain.`` (Al-Isra`: 55). Dan firman Allah bermaksud:
``Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain.`` (Al-Baqarah:
253).
Mereka tidak menentukan yang lebih dan
kurang, kerana sabda Rasulullah `a.s. bermaksud:
``Jangan kamu melebihkan dari kalangan
anbiya` `` - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Mereka mewajibkan dengan kelebihan Nabi Muhammad s.a.w. dengan khabar dan sabda
Baginda.
``Aku Sayyid bagi anak Adam dan tidak ada
kemegahan, Adam dan siapa yang lainnya adalah di bawah panji-panjiku.``
Firman Allah bermaksud: ``Kamu, (wahai umat
Muhammad), adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah), umat manusia
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan
keji).`` (Ali `Imran: 110).
Mereka juga secara jama`ah menyatakan
bahawa para nabi adalah selebih-lebih kejadian manusia (al-bashar), dan tiada
di kalangan manusia yang mengatasi para
nabi dari segi kelebihan, tidak sahabat, tidak wali dan tidak lain daripada
mereka itu, walaupun tinggi kedudukan dan besar pemikiran. Lantaran sabda Nabi
s.a.w. ``Ini kedua-dua tokoh adalah ahli syurga dari kalangan awwalin dan
akhirin, kecuali para nabi dan rasul.`` (Hadith Tirmidzi).
Dimaksudkan kedua orang itu ialah Abu Bakar
dan `Umar. Dan Rasulullah s.a.w. mengkhabarkan bahawa adalah sebaik manusia,
selepas para nabi.
Berkata Abu Yazid al-Bist*ami, ``Kemuncak
terkeatas bagi para al-siddiqin ialah
awal bagi para anbiya` dan tiada
hujungan bagi para anbiya` sebagai ghayah.
Kata Sahl bin `Abdullah dengan gambaran
yang intuitif dan estetik rohani bahawa, pengakhiran himmah orang `arifin ialah
sekatan. Dia berdiri mengetuk keizinan, maka diizinkan baginya, maka dia
memberi salam, maka dipersalinkan baginya (pakaian), maka dia berada pada
pinggiran, sedangkan, himmah-himmah para anbiya` meningkat tinggi mengelilingi `arash, maka bergemerlap cahaya, terangkat dari mereka
halangan (kotoran) dan dia berhubung dengan Al-Jabbar, fana mereka di sana.
(Perlu difahami ini adalah gambaran imaginatif intutif dan seni rohani yang
bukan dalam ruang realiti biasa). Pokoknya gambaran bagi membezakan tahap
kerasulan dengan para arifin yang begitu jauh
rendah dari segi kedudukan..
Membandingkan oleh Abu al-`Abbas bin `Ata`
kedudukan nabi:
Serendah tahap para rasul adalah tertinggi
martabat para nabi
Terendah martabat para nabi adalah
tertinggi martabat para siddiqin
Terendah
martabat para siddiqin tertinggi martabat para shuhada`.
Dan terendah martabat para shuhada` tertinggi
martabat para s*alihin
Dan terendah martabat para s*alihin tertinggi martabat para mu`minin.
Abu Bakar nampaknya tidak banyak
membicarakan tentang mala`ikat yang sebenarnya lebih sulit membicarakan
tentangnya.
Berhubung dengan nabi ini turut dibicarakan tentang shafa`ah.
Kaum sufi bersepakat secara jama`ah bahawa shafa`ah adalah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. Firman Allah bermaksud:
``Dan
mereka tidak memohon shafa`at, melainkan bagi siapa yang diredhai oleh
Allah dan mereka pula senentiasa cemas takut dari ditimpa azabnya.``
(Al-Anbiya`: 28).
Dan kata orang-orang kafir, ayat Al-Qur`an
bermaksud:
``Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh
sesiapa pun yang memberi shafa`at.`` (Al-Shu`ara`: 100).
Dan bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Shafa`atku kepada `ahli al-kaba`ir` dari kalangan umatku.`` Juga
sabda Baginda bermaksud:
``Bersama seruanku ialah shafa`h bagi
umatku.``
Dikeluarkan kedua-duanya oleh Ahmad, Abu
Daud, Al-Nasa`i dan Ibn Hibban.
Demikian pendapat kaum sufi tentang
kedudukan rasul, nabi, malaikat dan
dikaitkan juga kalangan auliya`, `arifin, siddiqin, s*alihin, shuhada` dan para
mu`minin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment