BBB,
14 Safar 1438H. = 14 November
2016 (Isnin):
Menurut kronologi selepas karangan tasawuf
Al-Luma` oleh Abu Nasr al-Sarraj (m. 378H.), maka turath tasawuf seterusnya
ialah karangan tasawuf berjudul
`Al-Ta`arruf li Madzhab Ahli al-Tasawwuf karangan Abu Bakar Muhammad al-Kalabadhi (m. 380).
Agak sukar bagi mendapat maklumat tentang
Abu Bakar Muhammad al-Kalabadhi. Beberapa
kitab yang menghimpunkan nama-nama tokoh
sufi seperti Tabaqat al-Sufiyyat oleh `Abdul Rahman al-Sulami (m. 412H.), tidak
memuatkan nama al-Kalabadzi. Demikian di dalam Al-Tabaqat al-Kubra oleh `Abdul Wahhab al-Sha`rani,
tidak memuatkan nama Abu Bakar al-Kalabadzi, bahkan kitab Jamharat al-Awliya`
oleh Mahmud Abu al-Faydh juga tidak
memuatkan nama Abu Bakr al-Kalabadzi. Tetapi menurut Mahmud al-Nawawi yang
memperkenalkan kitab Al-Ta`arruf maklumat didapati dari kitab Kashf al-Z*unun
wa Mu`jam al-Mu`allifin oleh `Umar Ridha Kahhalah dan al-A`lam li al-Zarkali
bahawa pengarang bagi kitab Al-Ta`arruf beliau adalah:
Muhammad bin Ibrahim bin Ya`kub yang
digelar dengan Taj al-Din al-Kalabadzi Abu Bakar adalah dari kalangan
penghafal-penghafal Hadith berasal; dari Bukhari. Beliau adalah bermadzhab
Hanafi dari segi fiqh dan seorang sufi.
Beliau menguasai banyak bidang ilmu dan mempunyai beberapa buah karangan,
termasuklah Al-Ta`1arruf. Kitab ini disharh oleh pengarangnya dengan judul Husn
al-Tasarruf bi Sharh al-Ta`arruf.
Kitab Al-Ta`arruf li Mdzhab Ahli al-Tasawuf
adalah sederhana dari segi kandungan, kitab yang bersaiz kecil ini hanya setebal 195
halaman sahaja. Karangan kitab ini tidak membawa gaya Hadith, di amping
menggunakan kaedah petikan (berkata ... berkata, riwayat) dan sebagainya.
Walaupun kitab Al-Ta`arruf tidak setebal mana, tetapi pengarang
(Al-Kalabadzi) menyusun karangan secara bab demi bab dan jumlah babnya ialah
sebanyak 75 bab. Ini bererti setip bab adalah ringkas, iaitu antara dua kepada
tiga halaman sahaja.
Motto bagi kitab Al-Ta`arruf li Madzhab Ahl
al-Tasawwuf adalah ``Kalau tidak berkenalan masakan dapat mengetahu ilmu
tasawwuf`. Dalam kata lain kitab ini adalah
bersifat pengenalan atau memperkenalkan tasawuf kepada khalayak yang mau
meneganali dan memahami tasawuf.
Bagi memperkenalkan ilmu tasawuf berkenaan,
maka bab awal dibicarakan tentang apa
itu tasawuf, maksud dan asal usul tasawuf yang telah dibicarakan oleh Al-Sarraj
secara panjang lebar di dalam kitab Al-Luma`. Antara pembicaraan dibuat, bahawa
berkata satu golongan, makna `Kesufian, sufi dan sufiyah kerana bersih rahsianya dan berkekalan kesannya.
Pengarang (Al-Kalabadzi) memetik pendapat Bish bin al-Harith ``Sufi ialah yang
bersih hatinya kerana Allah. Pendapat yang lain
Al-Sufi bererti yang bersih dari segi
muamalah kepada Allah
Al-Sufi kerana mereka berada pada saf awal
Al-Sufi kerana mereka dekat dengan pembawa golongan suffah
yang berlindungdi bawah anjung Masjid Madinah pada awal Hijrah. Mereka keluar berhijrah
sebagai orang-orang yang dagang.
Al-Sufi adalah dinisbahkan juga kepada suf
–bulu – baju dari bulu
Tasaawuf juga adalah dinisbahkan mereka
berada pada saf awal.
Walaupun berlainan maksud dari segi istilah, tetapi semua sifat berkenaan terhimpun pada diri dan jiwa sufi
Sungguhpun tasawuf baru dikenali pada
bahagian akhir abad ke 2H, tetapi elemen, dokongan dan amalan ketasawufan sudah ada sejak awal
lagi. Menurut al-Kalabadzi bahawa,
tumbuh, subur dan berkembangnya ilmu
tasawuf dengan adanya dokongan para sufi dari kalangan para sahabat dan
penerusan dari mereka itu. Al-Kalabadzi menyebut:
Daripada kalangan yang bercakap tentang
keilmuan berkenaan, mengungkapkan pengalaman wujdan, menyebarkan hal-hal maqam,
mensifatkan tentang ahwal dari segi perkataan dan perbuatan selepas daripada
sahabat r.a`anhum ialah `Ali bin Husain Zainal `Abidin dan anaknya Muhammad
bin `Ali al-Baqir, dan anaknya Ja`far bin Muhammad al-Sadiq r.a.`anhum. Mereka
adalah selepas `Ali, Hasan dan al-Husain r.a`anhum. Selepas mereka itu ialah
Uwais al-Qarni, Haram bin Hibban, Hasan bin Ali al-Hasan al-Basari, Abu Hazim
Salmah bin Dinar al-Madini, Malik bin Dinar, `Abdul Wahid bin Zayd, `Utbah
al-Ghulam, Ibrahim bi Adham, Al-Fudhail bin `Iyadh dan anaknya `Ali bin
Al-Fudhail, Daud al-T*a`i, Sufyan bin Sa`id, Sufyan bin `Uyainah, Sulaiman
al-Darani, dan anaknya Sulaiman.
Seterusnya Ahmad bin al-Harari al-Dimashqi,
Abu al-Faydh Dzu al-Nun bin Ibrahim
al-Misri dan saudaranya Dzulkifli dan al-Sari Ibn al-Mughlis al-Saqati, Bish
al-Harith al-Hafi, Ma`ruf al-Karkhi, Abu Huzaifah al- al-Maz`ashi, Muhammad bin al-Mubarak
al-Sanaubari dan Yusuf bin Asbat* r.humullah.
Seterusnya disebut mereka yang kalangan
dari negeri Khurasan dan Al-Jabal ialah Abu Yazid T*aifur bin `Isa al-Bistami,
Abu Hafs al-Haddad al-Nisaburi, Ahmad bin Khudhrawayh al-Balakhi, Sahl bin
`Abdullah al-Tustari, Yusuf bin Husain al-Razi, Abu Bakar ibn T*ahir al-Abhari,
`Ali ibn Sahl al-Azhar al-Asfahani, `Ali bin Muhammad al-Barizi, Abu Bakar
al-Kattani al-Dinuri, Abu Muhammad bin al-Hasan bin Muhammad al-Rijani, Al-`Abbas bin al-Fadhl bln Qutaibah ibn
Mansur al-Dinuri, Kahmas bin `Ali al-Hamdani dan Hasan bin `Ali bin Yazdaniar
r.a.`anhum ajma`in.
Jadi dapat difahami, bahawa Al-Kalabadzi
mengambil pendekatan bermula dengan membicarakan tentang istilah tasawuf, asal
usul dan erti-erti yang berkaiatan dengan istilah tasawuf. Istilah berkenaan
sebagai telah maklum telah dikenali sejak pertengahan abad ke 2H, tetapi mulau popular
penggunaannya pada akhir abad kedua dan awal abad ke 3H. Apa yang dibicarakan
ini bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi telah diperkatakan oleh Abu Nasr
al-Sarraj di dalam Kitab Al-Luma` dengan
agak detail.
Tetapi pendekatan yang agak segar dan
baharu, bahawa Al-Kalabadhi menampilkan bahawa tokoh-tokoh yang mendukung dan
mengamalkan kesufian selepas sahabat, adalah sebagaimana nama-nama di atas.
Jadi amalan kesufian, walaupun nama
keilmuan berkenaan lebih kemudian, tetapi amalan berkenaan berkesinambungan
dari Rasulullah s.a.w. membawa kepada sahabat-sahabat dan tabi`in dan para
auliya` dan salihin dari zaman terawal membawalah kepada kini.
Sekian.
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
ReplyDeleteKLIK-> PESUGIHAN TOGEL