KEJOHANAN BOLSEPAK 9 SEBELAH ADUN BANGI Kejohanan berlangsung selama 2 hari bermula pada 24 dan 25 Jun bertempat di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Dua kategori dipertandingkan iaitu pasukan bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun.
Menurut Hj. Abdul, pengarah program ini adalah kesinambungan kejohanan ‘street soccer’ yang telah diadakan sepanjang tahun 2007 diberbagai tempat dalam kawasan Bangi.
“Banyak komen yang diperolehi dari kejohanan sebelum ini. Keadaan padang yang kecil dan tidak sempurna umpamanya. Kali ini peserta lebih puas kerana padang yang besar. Namun kita melihat mereka ini kekurangan dari segi stamina dan untuk melihat perkembangan mutu bolasepak mereka sepatutnya diberi banyak peluang untuk bermain di padang yang standard dan itulah objektif kita mengadakan kejohanan seperti ini”.
Sebanyak 56 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu 32 pasukan bawah 15 tahun dan 24 pasukan bawah 12 tahun. Wang tunai sebanyak RM 500 untuk johan dan RM 300 untuk naib johan serta RM 100 untuk tempat ke-3 dan ke-4 menjadi rebutan untuk setiap kategori.
Pasukan dari Cheras Perdana, Junior FC telah berjaya menjuarai kejohanan bawah 15 tahun mengalahkan pasukan Maracana FC melalui tendangan panelti setelah perlawanan keputusan seri tanpa jaringan. Sementara pasukan Intergrasi FC terus unggul mengalahkan pasukan Reko Junior FC untuk membawa pulang wang tunai RM 500 bagi kategori bawah 12 tahun. Hadiah disampaikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment