Bagaimana kerajaan PAS Kelantan dapat mengekalkan pemerintahan sejak tahun 1990 dengan berbagai diskriminasi ekonomi dan manipulasi media? Dan lebih menakjubkan bagaimana dasar-dasar yang dilaksanakan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain juga kerajaan pusat?
Persoalan ini diselongkari oleh satu kumpulan 40 orang dari PAS Serdang diketuai oleh Hj. Ahmad Yusof. Bertolak dari Bangi atas bingkisan YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar pada
Persoalan ini diselongkari oleh satu kumpulan 40 orang dari PAS Serdang diketuai oleh Hj. Ahmad Yusof. Bertolak dari Bangi atas bingkisan YB ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar pada
Tiba di Kota Bahru sesempat subuh dan dihidangkan kuliah pagi Jumaat yang khabarnya menjadi tarikan baru pelancong. Seterusnya taklimat dan soal terjawab oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan pada ruang yang begitu selesa dipuncak bangunan.
Tidak cukup setakat deria telinga yang mendengar dan mulut yang menyoal. Deria mata menuntut hak untuk melihat sendiri. Lokasinya Pulau Melaka dimana letaknya teratak kediaman Menteri Besar Kelantan,Tn. Guru Nik Abd. Aziz. Anehnya tidak berpagar apatah lagi kereta yang menjalar..
Seterusnya pusat ilmu di Pasir Tumboh lalu singgah sebentar di Kubang Kerian beramah mesra sesama Islam. 3 hari 4 malam diakhiri pada kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan mengutip pengisian. Kagum sekali bagaimana kediaman yang begitu selesa ditinggalkan dengan kediaman sederhana Pulau Melaka menjadi pilihan..
Cukuplah 2 faktor disyaratkan kenapa PAS Kelantan masih kekal memerintah.
- Kepimpinan dan ketokohan ulamak yang menerajui penuh kesederhanaan dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding diri sendiri.
- Barisan pelaksana dasar kerajaan yang cakna terhadap rakyat. Menghormati kepimpinan , segan serta kekok untuk melakukan kemungkaran dan pembaziran. Tanpa memikirkan sangat habuan keduniaan mereka unggul dalam pemerintahan.
Salam.
ReplyDeleteBoleh buat cadangan tak kat sini? Boleh ke Dr mohon pertolongan polis trafik untuk jaga kat simpang MPI/PLPP Sg Merab pada waktu pagi dalam pukul 7.30 - 8.15 pagi? Kesesakan teruk untuk yang nak ke UNITEN/ Putrajaya Gate 1 sampai overflow ke kawasan kilang2.
Kemalangan pun sering berlaku bila ada yang amik short cut potong line.
Tak pun, ubah timing traffic light tu.
Lagi satu, thanks atas keprihatinan menampal lubang2 kat jalan Sg Merab tu. Tapi hari ni lalu dah berlubang balik.
:)
salam.. sye ade beberapa cadangan kepada kerajaan negeri kelantan supaya membuat2menganjur beberapa program untuk menhidupkan islam di kelantan ianya adalah musabaqah hifzul hadis&religion discussion utk pelajar sekolah&individu yang supaya program seumpama ini dapat dihidupkan di di malaysia ini supaya kita dapat menjadi contoh kepada negara lain.. menharap sangat program seumpama ini dihidupkan di kelantan dan kemudian akan diikut oleh negri lain.. apa guna kalau nama saja negara islam tetapi umatnya hanya bertopengkan islam.. supaya kita mendapat keberkatan allah S.W.B.T sekian terima kasih
ReplyDelete