September 9, 2008

7 ramadhan telah berlalu



Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari)

Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.

1 comment:

  1. KITA KINI MENGHAMPIRI SEPARUH KEDUA BULAN RAMADHAN KAREEM INI, SEMOGA DIBERI AFIAT UNTUK MENAMBAHKAN LAGI IBADAH KEPADA ALLAH.

    YA ALLAH KAMI MOHON KEAMPUNAN DARI-MU,
    MOHON SANGAT-SANGAT. AAMIIN

    ReplyDelete