Pada tanggal 26 Syawal berlangsung majlis sambutan eidul fitri peringkat ADUN Bangi. Majlis bermula jam 11 pagi berlanjutan ke 3 petang. Format yang digunakan sama seperti tahun-tahun sudah. Setiap cawangan PAS
harus menyediakan sendiri juadah yang telah ditetapkan.
Sedikit perbezaan dari tahun lepas kali ini ada subsidi dari peruntukkan ADUN bagi melancarkan sedikit bajet yang diperlukan. Tidak banyak sekitar RM 20 ribu dengan kunjungan sekitar 8 ribu orang. Menu gulai kawah, kari kambing, lemang, roti canai, laksa, nasi impit, mihun, kuih muih, bubur kacang dan buah-buahan.
Tidak ada sate juga ayam golek atau kambing panggang yang menjadi lambang kemewahan sesuatu majlis.
Bagaimana dapat angka kehadiran 8 ribu orang? Berdasarkan kehadiran yang bertali arus dan bekas makanan (polistrin) yang digunakan juga bajet menu makanan yang tinggal selepas jamuan. Tetamu yang datang lewat sekitar jam 3 petang cuma tinggal sedikit juadah yang sebenarnya telah diasingkan buat menunggu kehadiran rombongan dari Tuan Guru Haji Hadi yang khabarnya akan sampai dari Johor sekitar jam 4 petang.
Beberapa peristiwa menarik untuk dikongsi bersama.
Kehadiran dari semua lapisan masyarakat adalah perbezaan ketara pada sambutan kali ini. Dulu atas tiket PAS kehadiran cuma dari kalangan ahli , penyokong dan masyarakat yang berpemikiran terbuka. Kali ini ditempat yang selesa hampir tiada masalah parkir(terima kasih pada RELA dan anggota polis yang menjalankan tugas). Hadir bersama ialah pegawai dari beberapa agengsi kerajaan seperti Pejabat Daerah Hulu Langat, JAIS, bomba dan juga polis.
ReplyDeleteYang istimewa ialah kehadiran pimpinan dari PKR yang diketuai oleh En. Hamidi dan DAP yang diketuai oleh ahli parlimen Serdang siapa lagi kalau tidak Cik Teo Nie Ching yang begitu ayu berbaju kurung biru. Satu peristiwa menarik ialah sewaktu beliau sedang berucap tiba-tiba beliau menghentikan ucapannya. Kedengaran suara azan zohor dari surau Ibnu Sina yang bersebelahan dengan kompleks sukan MPKj itu. Di satu sudut terdapat beberapa orang yang mengaku ahli PAS masih sibuk membincangkan tentang pengkongsian kuasa dalam Pakatan Rakyat (nampak macam tak setuju aje) tanpa sedar azan sedang berkemundang. Entahlah mungkin inilah cabaran utama yang perlu diselesaikan.
Nyata Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi tidak menghampakan undangan dari Bangi. Walaupun lewat dan tetamu semuanya sudah pulang kesetiaan beberapa orang pucuk pimpinan terbalas dengan kunjungannya. Nampaknya tahun ini TGHH beraya 2 kali ditempat yang sama. Sehari sebelum itu DAP mengadakan sambutan hari raya peringkat kebangsaan di kompleks sukan MPKj seksyen 15. Turut hadir waktu itu 3 pucuk pimpinan PR yang terdiri dari YB TGHH, YB DS Anwar Ibrahim, YAB Lim Guan Eng, YB Lim Kit Siang, Kak Wan, YB Dr. Shafie, YB Cikgu Lee, YB Ronnie, YB Teo dan YB Ean. Nampaknya Bangi semakin menjadi tumpuan semua pihak oleh melaksanakan program-program.
Rumusan
1.Majlis tahun ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran 8 ribu orang.
2.Format setiap cawangan menyediakan juadah wajar diteruskan.
3.Majlis perlu dijalankan secara bersederhana. Tidak bermewah dan elakkan pembaziran.
4.Penyertaan semua lapisan masyarakat amat baik dan menepati sasaran.
Sebarang cadangan atau komen lain bolehlah dibincangkan bagi memperbaiki sambutan pada masa hadapan.
-MEDIA-