ANCAMAN DAN
KERISAUN
(Fikrah
Bangi: 825),
BBB:
24 Jamadil-Awwal 1442H. = 06 Januari 2021M. (Juma`at).
Sempena
tahun baru 2021, kita mengharapkan segalanya yang baik, tetapi mulai dari awal
tahun ini masyarakat Malaysia menghadapi tiga ancaman yang merisaukan mereka.
Di
dalam bulan Januari negara meghadapi musim tengkujuh yang luar biasa melibatkan
enam negeri secara teruk, iaitu Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak dan Selangor. Sehingga semalam seramai
40,428 mangsa banjir telah dipindah dan ditempatkan di 372 Pusat Perpindahan Sementara (PPS).
Daripada enam negeri itu, tiga negeri adalah serius, iaitu Johor, terutama
Daerah Kota Tinggi yang selama ini tidak pernah mengalami banjir seteruk tahun ini. Negeri Terengganu dan Pahang adalah
dua negeri yang sering mengalami banjir. Antara 2 Januari hingga 8 Januari
seramai 9 orang terkorban menjadi mangsa banjir. Ancaman banjir ini dapat
diambil tindakan oleh Nadma dan pihak-pihak yang berurusan dengan banjir dan
sebahagian besar dari masalah yang dihadapi mangsa-mangsa banjir dapat
dikurangkan. Selain dari masalah semasa dihadapi oleh mangsa banjir, ialah
masalah pasca banjir seperti kemusnahan harta benda yang dihadapi mangsa.
Masalah dihadapi mereka cuba di atasi pemerintahan melalui Kebajikan
masyarakat, pertolongan dari NGO-NGO dan gotong royang dari masyarakat prihatin.
Banjir, walau bagaimana adalah rutin tahunan yang terpaksa dihadapi antara November hingga Mac setiap tahun.
Ancaman
kedua yang amat serius yang dihadapi
negara dan juga dunia, ialah ancaman wabak Covid-19 yang bermula sejak dari awal tahun 2020. Apa
yang merisaukan apabila Tan Sri Noor Hisham, Pengarah Kesihatan Malaysia semalam
menyatakan bahawa, ``Jangkitan Covid-19 makin tidak terkawal `` dan maklumat
pagi ini bahawa, jumlah terbesar dan tertinggi kes harian adalah berjumlah 3027 dari keseluruhan berjumlah 118,465 dengan
jumlah kematian meningkat kepada 521 orang. Kes yang disifatkan tidak terkawal amat merisaukan terutama di
negeri-negeri yang jumlahnya terus meningkat seperti di Selangor, Kuala Lumpur,
Sabah dan Johor. Kerisauan makin bertambah dengan berlakunya tengkujuh bagi
negeri-negeri yang tinggi dengan kes wabak Covid-19. Walaupun kini sudah
diketemui vaksin bagi melawan dari merebaknya wabak, setakat ini tidak menampakkan kesan penurunan kes
berkenaan, terutama negara-negara yang mula menggunakan vaksin seperti Amerika,
UK dan beberapa negara yang lain. Sebab itu kaedah yang digunakan selama ini perlu
diteruskan, terutama bagi negara kita yang belum menggunakan vaksin yang
dijangka seawal vaksin tiba pada Februari. Masyarakat diminta terus mengamalkan,
iaitu penggunaan 3W dan 3S.
Dengan
wabak yang semakin menolar, harapan untuk melihat anak-anak kembali ke sekolah
pada Februari ini merisaukan. Anak-anak kita telah setahun terencat dari dapat
meneruskan pengajian sebagaimana biasa. Kita berharap pengajian dapat dimulakan
kembali dan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, STPM dan STUM
akan dapat menghadapi peperiksaan dengan baik. Kita juga mengharapkan
kampus-kampus universiti yang telah begitu lama lengang akan dapat
mengembalikan pengajain seperti biasa, bila dibuka dalam masa terdekat. Kesian
bagi pelajar baru yang mendaftar pada bulan Disember 2020 lepas belum dapat mengecap nikmat belajar di dalam suasana dan
kehidupan kampus yang sebenar. Mereka terus menghadapi kaedah pembelajaran atas
talian sebaik mendaftar.
Kerisauan
ketiga adalah suasana politik negara yang tidak mennentu. Dalam jangkaan
selepas Belanjawan Negara diluluskan pada 27 November 2020 lepas, maka suasana
politik negara akan kembali tenteram. Namun tidak berlaku sebagaimana
diharapkan. Umno nampaknya tidak mengira negara menghadapi kemelut akibat dari
Covid-19, Dewan Undangan Negeri Perak bergolak angkara Umno mau menguasai DUN
negeri itu dan pertukaran Menteri Besar berlaku dari di bawah kepimpinan MB
dari Bersatu kepada Umno.
Umno
nampaknya tidak mengambil perkiraan dan kepentingan rakyat, negara bukan saja
menghadapi wabak Covid-19, tetapi mengalami banjir yang teruk, dalam masa ini
juga ditimbulkan ancaman terhadap kestabilan politik negara dengan ancaman
untuk memutuskan kerjasama antara Umno-BN dengan Bersatu. Kebimbangan akan
ketidaksetabilan politik ini akan berterusan sehingga keputusan diambil oleh
Persidangan Agung Umno yang akan berlangsung pada akhir bulan ini. Kerisauan
juga berlaku akibat dari pemecatan Setiausaha Agung UMNO-BN – Tan Sri Annuar
Musa yang kemudian mendedahkan tindak tanduk Presiden Umno yang membelakangkan
mesyuarat yang menulis surat kepada DYMM Al-Sultan Abdullah – Yang Di Pertuan
Agung tentang sokongan Zahid (Umno ?) terhadap Anwar menjadi Perdana Menteri
dan bertujuan menjatuhkan kerajaan PN. Perkara ini tidak terhenti setakat ini,
kerana ada cadangan dilantik Suruhanjaya
menyiasat ketulenan surat dan sikap Presiden Umno itu. Perkara ini bukan saja
mellibatkan Umno, tetapi kestabilan
politik negara yang memberi kesan terhadap rakyat yang menghadapi kesukaran
ekonomi dan tekanan suasana dari
pandemik yang terus meningkat berlaku di negara ini.
Kesan
banjir akan berakhir dalam masa terdekat, tetapi kesan pandemik dan politik
mengancam kestabilan negara yang akan menambahkan kerisauan berganda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment