GANGGUAN PEMBINAAN PERADABAN
(Fikrah
Bangi: 838),
BBB:
08 Jamadil-Akhir 1442H. = 21 Januari 2021M. (Khamis).
Hasrat
membina peradaban terutama bagi bangsa Malaysia adalah sesuatu yang murni dan
ia adalah selari dan seturutan seharusnya berlaku bersama dengan pembinaan
tamadun.
Ironi
dari segi realiti, bahawa dalam dekad
1990an pemimpin negara pada masa itu menampilkan arah perjuangan meningkatkan
kemajuan bersama Negara-Negara Selatan (FEER, 20 August 1992: 16-18),
Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020. Slogan ini sedikit sebanyak
memberi kesan kepada pandangan dunia
terhadap kepimpinan di Malaysia yang dianggap `Anti Barat`, walaupun dari satu
segi ada kontradik dari segi pendirian Malaysia.
Tidak
dapat dinafikan slogan-slogan berkenan memberi impak kepada Malaysia sebagai
memimpin bagi Negara –Negara selatan dan di Malaysia sendiri dengan polisi
Pandang ke Timur dan Wawasan 2020 ada kesan dari segi imej semasa itu dan kesan
dari segi pembangunan fizikal di Malaysia, terutama hasil dari sumber Petronas.
Namun
dari segi lanjutan slogan-slogan yang dikebarkan pada dekad 1990an ini,
nampaknya tidak terus terkebar pada dekad-dekad 21. Perjuangan Negara-Negara
Selatan berkubur begitu sahaja dan Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020 hilang
dari segi tarikan. Pandang ke Timur, masih berterusan, sekali lagi ironinya,
walaupun ada kesannya, tetapi negara tidak mampu menjadi contoh semaju negara
yang mau dicontohtauladankan, sebaliknya Wawasan 2020 dianggap gagal.
Apa
yang ketara menjejaki 2020 politik negara dapat dikatakan berada di dalam
kekacauan tidak seperti pada dekad 1990an. Kesalahan adalah dibebankan kepada
pewaris yang meneruskan pemerintahan yang dianggap tidak mampu membawa misi
2020 yang seharusnya melonjakkan imej negara sebagai negara maju. Ironi lagi,
walau pimpinan berkenaan kembali memimpin, tapi tidak mampu membawa impak kepimpiunan
seperti sebelumnya.
Mulai
dari awal 2000 politik pemerintahan negara berubah dan tidak lagi didominasi
oleh kerajaan BN –Sekurang-kurang beberapa negeri tidak lagi kekal di bawah BN.
Namun perubahan yang diharap mengubah landskap politik negara yang benar-benar membawa kepada pereubahan
yang positif selepas pilihanraya ke 14, sebenarnya yang berlaku ialah perubahan dan kekacauan dari
segi politik. Politik yang diharap dari penguasaan PH akan membawa perubahan yang
diharap tidak kesampaian, bahkan ada
yang berpendapat adalah kekeciwaan, bahkan disifatkan sebagai membawa kepada keruntuhan
yang mengundang politik negara yang tidak stabil, bahkan perbalahan bukan antara
politik lawan, tetapi di dalam kem politik yang memerintah dan lawan.
Lebih
malang dekad 2020 yang selama ini diulang-ulang sebagai dekad keramat yang
membawa kepada perubahan dan kemajuan, tetapi sebenarnya dekad yang membawa
kepada kekacauan politik dan ancaman yang paling serius yang selama ini tidak
pernah berlaku, iaitu Covid-19. Iaitu ancaman yang paling serius pada peringkat
negara dan dunia.
Semasa
negara menghadapi ancaman Covid-19 secara serius ini ada pihak yang tidak melihat
ancaman terhadap nyawa – hidup mati, tetapi memperjudikannya dengan peluang dan kesempatan
politik di luar kesabaran. Apa yang kita mau dan sepatutnya dalam tempoh ini disuarakan
pendekatan yang membina, misalnya bagaimana kaedah terbaik bagi mengurangkan
wabak Covid-19 yang dihadapi, bukannya mengecam usaha yang dilaksanakan selama
ini. Dalam masa kegawatan ini kita mau mendengar cadangan-cadangan positif bagi
mengatasi masalah ekonomi yang sedang dihadapi negara dan cadangan bagi
mengatasi masalah pengangguran dan kesempitan yang dihadapi masyarakat. Peluang
seperti ini sudah wujud dan dapat disampaikan dalam Sidang Dewan yang telah
berlangsung sebelum ini dan dapat dicadangkan seterusnya dan tidak semestinya perlu kepada sidang yang
baru yang dilihat mencari peluang di
sebalik cadangan, meskipun dilihat sebagai tidak patuh kepada pengisytiharan
darurat yang telah dilakukan.
Dalam
tempoh kegawatan ini, sedang negara, Kementerian Pendidikan dan ibubapa bertungkus
lumus berusaha agar anak-anak kembali bersekolah, walau atas talian dan yang
bakal menghadapi peperiksaan penting hadir ke sekolah tiada kita dengan
sokongan atau lebih dari itu cadangan bernas yang dapat digunakan bagi mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan anak-anak yang
telah terganggu dari menghadapi pelajaran sejak setahun yang lepas. Cadangan
tidak perlu untuk diluahkan di dalam parlimen, tetapi dapat dikemukan secara
kini. Apa yang dilihat orang politik mementingkan politik, tanpa mengira masa dan tempat.
Suasana
negara yang terus kecoh dengan politik dan tidak sedia untuk bergencat, dengan
keadaan negara di dalam ancaman Covid-19, ditambah dengan isu rasuah jenayah dan dadah amat mengganggu dari membina
peradaban dan kelangsungan, lebih dari itu mencabar dari keinginan mau melihat negara
maju beriringan dari segi tamadun dan
peradaban. Solusi perlu difikir dan
diteliti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment