BERAKHIRKAH
ISU KARTEL DAGING SEJUK-BEKU DIPALSUKAN HALAL ? CABARAN !
(Fikrah
Bangi: 521),
BBB: 20 Jamadil-Awwal 1442H. = 04 Januari 2021M.
(Isnin).
Heboh
sejak Sinar membongkar wujud sindikit
kartel tukar Daging haram menjadi halal mulai 2 Disember 2020. Umat Islam
merasa mereka itu selama ini tertipu dengan perbuatan tidak bertanggungjawab
dan sekaligus menjadikan mereka was-was, bahkan menjauhi dari menggunakan
daging import yang selama ini dipercayai halal itu. Sebagai kesannya penjualan
daging import secara drastik menurun dan kedai makan yang selama ini
menggunakan daging import terjejas dari segi perniagaan.
Bagi
menjelaskan kepada rakyat bererapa pihak yang terlibat. Sebagai contoh SPRM
siasat penguatkuasa bersekongkol dengan
kartel dan menemui bukti kukuh kesalahan mereka (Sinar, 27 Dis. 2020: 2).
JAKIM,
dianggap bahagian yang rapat dengan isu halal-haram mengakui ada kelemahan SOP
sijil halal. Menurut Pengarah Kanan bahagian Penyelidikan JAKIM Datuk Dr.
Sirajuddin Suhaimee menyatakan selain daripada JAKIM terdapat 344 agensi lagi
yang terbabit di dalam pengesahan halal
sehingga sampai kepada pengguna (BH. 29 Disember 2020: 1), lantaran itu beliau
mengakui JAKIM pada dasarnya tiada kuasa
kawal kartel daging (Sinar, 29 Disember 2020: 1).
Cakna
dengan persoalan halal-haram bagi umat Islam ini berbagai pihak yang berkenaan
membaut berbagai-bagai cadangan..Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang
dipengerusikan oleh Datuk Nadzim menyeru semua pihak yang berautoriti
bekerjasama di dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ada yang berbendapat,
oleh kerana JAKIM tidak mempunyai kuasa mempastikan soal –halal-haram, maka
dicadangakan bahawa,JAKIM perlu diberi kuasa yang lebih. Walau bagaimana
menurut Datuk Seri Zulkifli al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pihak
JAKIM akan mengeluarkan senarai pengimport berlesen, bagi mengenal pasti
syarikat mana yang terlibat. Manakala Asyraf Wajdi dari Pemuda Umno,
mencadangkan diperhalusi kembali peranan Majlis Halal Malaysia dan membuat
laporan kepada PDRM supaya menyiasat.
Lebih
dari itu, oleh kerana perkara ini serius, ada pihak mencadangkan agar
ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara ini. Menurut Datuk Seri
Dr. Zulkifli perbincangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) sudah dimulakan.
Disamping menambah baik SOP berhubung dengan kaedah halal-haram pengimportan
daging.
Setakat
ini, syarikat Kartel Daging Haram didakwa pada 30 Disember 2020, tetapi ianya
melibatkan sebuah syarikat sahaja, sudah tentu ia perlu kepada penyelidikan
yang lebih mendalam, bagaimanakah rangkaian seludup daging haram ditukarkan
kepada pembungkusan halal. Tentu ada yang sekongkol dan bagaimanakah rantaian
persekongkolan ini terjadi dan sejak bilakan perbuatan menipu ini berlaku. Apa lagi dikatakan bahawa aktiviti kartel
daging haram di negara ini sudah berlaku sejak hampir 40 tahun lalu.
Bagaimanakah perkara ini terlepas pandang oleh pihak yang berkuasa. Tentulah
ada sindikit dan pihak yang melindunginya selama ini. Kita berharap semuanya
akan terbongkar. Kita juga berharap dengan tibanya tahun baru, maka perkara ini
akan berlalu begitu sahaja.
Di
samping pihak berkuasa menyiasat dan membuktikan pihak bersalah dibawa kepada
pihak keadilan dan peraturan kemasukan daging import diperbaiki dan terjamin dari segi status halalnya melalui
siri dari segi penyembelihan,
penyimpanan, penghantaran tidak bercampur dengan yang haram, penyimpanan,
pengagihan dan penyimpanan pihak pengagihan
hingga kepada pemasakan dipastikan halal, maka perlu diambil langkah
jangka panjang bagi menghasilkan daging halal dari segi tempatan.
Kita
berpendapat bahawa ujian yang dikenaklan Allah sama dengan ujian wabak
Covid-19, kita perlu berwibawa dan bermaruah, sementara kita perlu kepada
vaksin bagi Covid-19, kita perlu berusaha menghasil dan mendapat vaksin dari kajian
dan penawar yang bersifat tempatan. Demikian juga dengan isu pengimportan
daging ini. Dalam masa kita mempastikan daging import yang masuk ke nagara kita
hal, satu projek jangka panjang perlu diwujudkan. Kita ada pengajian tinggi
yang mengkhususkan dari segi pertanian dan penternakan – kalau tidak cukup dan
tidak mampu perlu wujudkan Agro-Teknologi Universiti yang memberi tumpuan bagi
bidang ternakan.Kita ada Kementerian Pertanian. Kita berjaya ternak ikan. Kita
perlu membuka ladang ternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, arnab, rusa,
kijang, landak, pelanduk dan sebagainya. Kita mempunyai tanah yang luas dan
sesuai, mempunyai bahan makanan bagi ternakan dari kelapa sawit dan sebagainya,
mempunyai tenaga yang masih memerlukan kerja. Bukan mustahil, jika ada
dirancang secara besar- besaran dan teratur, kita bukan saja dapat menghasilkan
keperluan daging tempatan, tetapi mampu mengeksport hasil ternakan kita ke luar
negara.
Kita
tidak miskin dari segi bahan, tetapi miskin dari ikhtiar dan menggunakan akal ,
fikiran dan keilmuan. Kita sepatutnya tidak bercakap hanya tentang status halal
dan haram dari negara luar yang dikatakan datangnya bukan saja dari Australia,
New Zealand, tetapi dari China, Ukraine, Brazil, dan Argentina.
Keperluan
dan kekayaan bagi menghasilkan ternakan tempatan ada di negara dan sekeliling
kita, tetapi jangan sampai kita miskin idea dan usaha.
Sekian.
No comments:
Post a Comment