PARLIMEN
PENGUKUH DEMOKRASI – ADA KECELARUAN
(Fikrah
Bangi: 829),
BBB: 28 Jamadil-Awwal 1442H. = 12 Januari 2021M.
(Selasa).
Badan
penggubal undang-undang tertinggi di negara kita ialah Parlimen. Ianya
diwujudkan sejak kemerdekaan negara. Ahli-ahli yang menduduki parlimen ialah
mereka yang dilantik melalui pilihanraya yang diadakan selama lima tahun
sekali. Setakat ini sudah 14 kali pilihanraya telah diadakan.
Bagi
menduduki parlimen parti politik atau orang perseorangan akan bertanding di dalam pilihanraya bagi
kerusi-kerusi yang ditentukan pada peringkat negeri yang jumlah kerusi
bertambah menurut keperluan. Kini jumlah kerusi di parlimen yang
dipertandingkan sebanyak 222 kerusi. Sejak dari awal dengan jumlah yang lebih
rendah berbagai-bagai parti politik telah muncul seperti Umno, Pas, MCA, MIC,
Parti Rakyat, Sosialis, DAP, Berjaya,
Parti Rakyat, PKR, Berjasa, Semangat 46, Bersatu, Warisan, GPS dan
sebagainya.
Kebiasaan
parti-parti akan bergabung dan bertanding dalam pilihanraya sebagai satu blok, contoh
parti Barisan Nasional yang terdiri dari Umno, MCA, MIC atau sebagai satu parti
seperti Pas, Dap, PKR dan sebagainya. Dalam pilihanraya kali ke 14 berlaku
gabungan antara dua blok politik, iaitu Pakatan Harapan yang terdiri dari Parti
Bumiputra Bersatu, PKR, DAP dan Amanah,
manakala satu blok lagi ialah dari blok
Parti Pakatan Nasional yang terdiri dari
BN (Umno, MCA dan MIC) dan Pas secara berasingan. Pihak PH telah memenangi
pilihanraya bagi kali ke 14 dan mampu memerintah dari 18 Mei 2018 hingga akhir Februari 2019.
Satu budaya politik yang boleh disifatkan tidak sihat
sering berlaku selepas pilihanraya dan dalam perjalanan pemerintahan tindakan
`lompat parti` yang boleh menjatuhkan satu pemerintahan dan menaikkan yang lain
dengan kelebihan kerusi akibat dari lompatan. Keadaan ini berlaku sejak awal
dari sistem pilihanraya diadakan. Misalnya dalam pilihanraya 1959 buat pertama
kali parti selain dari BN berjaya menawan negeri. Yang dimaksudkan ialah negeri
Terengganu telah dimenangi oleh Pas. Selepas dua tahun memerintah dua Adun Pas
pada masa itu ialah Haji Abdul Kadir dan Haji Said telah dilarikan menyebabkan
majoriti tipis pada masa itu menjadikan Kerajaan Pas Negeri Terengganu di bawah
Menteri Besar Daud Samad jatuh dan bertukar kepada pemerintahan Perikatan di
bawah Menteri Besar Ibrahim Fikri.
Selepas
daripada itu peristiwa melompat parti yang menukarkan kerajaan negeri sering
berlaku seperti pernah berlaku beberapa kali di Sabah, di Perak dan beberapa
negeri yang lain. Bahkan perubahan pimpinan terjadi di dalam negeri antara sama
parti yang memerintah yang yang sama bergabung seperti yang berlaku selepas
pilihanraya yang ke 14 di negeri Melaka,
Johor, Kedah dan Perak.
Peristiwa jatuhnya kerajaan bukan setakat pada
peringkat negeri, bahkan pada peringkat Persekutuan. Sebagaimana disebut
selepas pilihanraya ke 14, pemerintahan kerajaan Pusat dimenangi oleh Pihak PH
yang terdiri dari Bumiputra Bersatu, PKR, DAP, Amanah, Warisan (menyertai
selepas memenangi kerajaan Sabah sebelum dijatuhkan pada akhir September 2020).
Kemelut
politik pada peringkat Persekutuan agak pelik. Semasa PH memerintah yang
Perdana Menterinya ialah Tun Dr. Mahathirberlaku ketegangan di dalam PH yang
membawa kepada apa yang dikenali dengan Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020
yang melibatkan merekayang menandatangan seramai 131 orang yang membawa kepada
Tun Mahathir meletakkan jawatan dari Perdana Menteri Malaysia.
Akibat
dari perletakan jawatan ini berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri. Ada
beberapa pihak yang mau mengisi jawatan berkenaan seprti Anwar Ibrahim dan
Muhyiddin Yassin. Ini membawa kepada DYMM al-Sultan Abdullah Yang Di Pertuan
Agong membuat penyelidikan melalui interview yang mau menjadi Perdana Menteri
dan juga bertanya kepada ahli-ahli parlimen tentang sokongan mereka.
Di
dalam parti Bumiputra Bersatu berlaku perselisihan antara Tun Mahathir yang
menjadi Pengerusi Bersatu dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dengan
perletakan jawatan Tun Mahathir termasuk dari Pengerusi Bersatu, pengikut Tan
Sri Muhyiddin bersama dengan Umno (BN), Pas dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak menyokong Tan Sri Muhyiddin yang diberi
kepercayaan oleh Yang Di Pertuan Agong menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kenaikan
Tan Sri Muhyiddin mengundang berbagai-bagai cabaran. Sebaik dipilih sebagai
Perdana Menteri pada awal Mac 2020 beliau dan kabinetnya terpaksa memikul tugas
yang berat mnenghadapi wabak Covid-19 yang hingga kini makin meningkat. Dengan
majoriti yang tipis beliau menghadapati undi tidak percaya, tetapi berjaya
mengatasinya dengan mendapat kelulusan belanjawan 2021 pada 27 November 2020.
Hingga kini beliau bukan saja menghadapi pihak lawan politik dari PH, tetapi di
dalam PN sendiri yang antara ahli Parlimen dari Umno menarik diri dari
menyokongnya menyebabkan majoriti dalam PN tergugat.
Inilah
fenomena parti yang dipersoalkan kesetiaan berlaku baik di dalam PH, bahkan di
dalam Umno sendiri yang antara mereka melompat dan tidak menurut aturan
pimpinan parti, bahkan pendirian pimpinan parti sendiri dipersoalkan di dalam PN dan parti sendiri.
Demikianlah
pilihanraya dilihat satu kaedah yang dilihat dapat menegakkan demokrasi
berparlimen, tetapi dari satu segi bercelaru akibat dari pimpinan dan ahli yang
mengambil sikap bersendirian yang mencelarukan parti dan pemerintahan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment