WACANA
MEMUPUK BUDAYA POLITIK SIHAT
(Fikrah
Bangi: 827),
BBB: 26 Jamadil-Awwal 1442H. = 10 Januari 2021M.
(Ahad).
Sesebuah
masyarakat terdiri dari berbagai-bagai penduduk yang mendiami dan menjalankan
berbagai-bagai kegiatan seperti pentadbiran, ekonomi, kependudukan, kehidupan
sosial dan kebajikan.
Di
dalam kehidupan kemasyarakatan perlu kepada kepimpinan yang mampu mentadbir dan
membimbing masyarakat kepada kehidupan yang lebih selesa dan bahagia.
Kepimpinan sudah wujud sejak wujudnya kelompok manusia bermasyarakat. Dalam masyarakat tradisi hirarki kepimpinan adalah terdiri dari Raja, iaitu pemerintah
yang tertinggi diikuti di bawahnya seperti bendahara, penghulu bendahari,
menteri-menteri, imam, pahlawan, laskar,
penghulu, ketua kampung dan rakyat jelata.
Semasa
penjajahan, maka kaedah pemerintahan berubah, misalnya di bawah raja, ada
pesuruhjaya, penasihat, pegawai daerah, penghulu, ketua kampung dan sebagainya.
Selepas merdeka kaedah pemerintahan berubah dan wujudnya perlembagaan dan raja
berperlambagaan. Ada Menteri Besar pada peringkat negeri dengan pegawai-pegawai
pada peringkat jajajahan, penghulu dan
ketua kampung pada peringkat yang lebih kecil.
Satu
elemen penting dalam pemerintahan
selepas merdeka yang negara adalah dibentuk secara persekuuan dari negeri-negeri ialah wujudnya perlembagaan dan parti-parti politik yang dipilih dan diberi
mandat untuk memerintah negara dan negeri berdasarkan perlembagaan.
Perlembagaan Malaysia:
``The basic concept of the Federation Constitution,
as that of Malaysia, was the formation of a democracy, of a representative
goverment responsible to an electorat.`` (The Constitution of Malaysia,
`1964:32).
Dalam
hirarki pemerintahan Persekutuan terdiri dari:
1)
The Yang Di Pertuan Agong
2)
The Conference of Rulers
3)
Pariament
4)
Pilihanraya
5)
Kabinet
6)
Judiciary
7)
Perundangan dan agencies
8)
Konsep Federalisme
9)
Kerakyatan
10)
Fundamental Liberties
11)
Special Powers Against subversion and
Emergency powers
Di
atas dasar Perlembagaan ini pemerinahan negara selepas merdeka adalah
berdasarkan pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali dan hingga kini telah
berlangsung pemerintahan melalui 14 kali pilihanraya.
Pemerintahan
sejak merdeka hingga 2018 adalah di
bawah pemerintahan Barisan Nasional, sehingga pada bulan Mei 2018. Selepas itu kerajaan BN jatuh
dan bertukar kpada pemerintahan Pakatan Harapan (dari Mei 2018 hingga Februari
2019) dan pemerintahan dari Mac 2019 hingga kini di bawah pemerintahan kerajaan
yang dikenali dengan Pakatan Nasional.
Selama
berlangsungnya pemerintahan (1957-2021), tidak semua pemerintahan berjalan
dengan licin. Pemerintahan berasaskan pilihanraya, walaupun diterima sebagai
pemerintahan secara demokrasi dan terbaik, tetapi di dalam perjalanannya timbul persoalan-persoalan yang menjadikan rakyat
tidak puashati dan ada cadangan-cadangan supaya diadakan kewajipan pematuhan
terhadap aturan-aturan pilihanraya dan keputusan. Juga penyesuaian berdasarkan
kaedah dan perjalanan pilihanraya dan pemerintahan negara-negara yang dapat
dijadikan contoh.
Antara
perkara yang dapat dibincangkan.
a)
Kuasa-kuasa
·
Yang Di Pertuan Agong
·
Raja-raja dan Yang Di Pertuan Negeri-negeri
b)
Parlimen
·
Hak
dan peraturan menubuhkan parti politik dan sekatan kepada jumlah yang
wajar
·
Tempoh khidmat (penggal) seorang Perdana Menteri dan Menteri-menteri
·
Tempoh khidmat seorang wakil rakyat
di parlimen
·
Jumlah wakil yang dilantik di
parlimen & Tempoh.
·
Lompat parti – Aturan dan hukuman
·
Pertukaran pemerintahan sebelum
tempoh matang sepenggal
·
Ketua Pembangkang – Kedudukan dihormati.
c)
Dewan Undangan Negeri
·
Tempoh perlantikan Menteri Besar
·
Tempoh Exco kerajaan Negeri
·
Tempoh khidmat seorang Adun
·
Ahli-ahli dilantik pada peringkat DUN
·
Lompat parti. Aturan dan hukuman
·
Pertukaran pemerintahan kerajaan
negeri sebelum matang (sepenggal).
·
Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri
dan taraf.
d)
Pilihanraya
·
Konsep pilihanraya – Tempoh
·
kelayakan calon
·
Agensi melaksanakan pilihanraya
·
Aturan kempen
·
Kelayakan pengundi mengundi –
Pendaftaran wajib
·
Perlantikan-perlantikan.
e)
Berbagai-bagai perkara
Banyak
perkara yang boleh timbul dalam politik dan pemerintahan yang boleh
dibincangkanbila berlaku.
Demikian
adalah sebahagian daripada perkara yang
wajar diperbincangkan bagi meningkatkan kualiti budaya politik sihat di negara
kita yang dapat meningkatkan kualiti pemerintahan di negara ini sebagai bangsa
yang bertamaduan dan berperadaban.
Sekian.
No comments:
Post a Comment