UMNO
PERLU BERSABAR, BERBINCANG
(Fikrah
Bangi: 823),
Akhirnya
Tan Sri Annuar Musa digantikan (dipecat) dari jawatan Setiausaha Agung Umno dan
Barisan Nasional semalam, sesuatu yang beliau sedia menerimanya sebelum
keputusan itu dijatuhkan. Penukaran memanglah perkara biasa, tetapi ianyatidak
terhenti setakat penukaran, sebaliknya implikasi dari keputusan yang diambil,
walaupun dikatakan 147 daripada 149 ketua bahagian menolak kerjasama dengan
Bersatu.
Difahamkan
tindakan diambil, tanpa merujuk kepada ketua-ketua parti komponan di dalam BN
dan tidak juga dirunding terlebih dahulu bersama pimpinan di dalam Muafakat
Nasional yang mendukung PN. Penolakan dari kerjasama dengan Bersatu bererti menggugat PN yang boleh membawa
runtuhnya PN itu sendiri.
Tindakan
yang diambil Umno tanpa mengira negara mendepani wabak Covid-19 memperlihatkan
ketidaksabaran pimpinan Umno dan ianya dilihat sebagai lanjutan dari apa yang
berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak pada 10 Disember 2020 yang lepas yang
menyebabkan rakyat Perak bingung dengan tindakan Umno dan mendapat teguran dari
Baginda Sultan Perak.
Nampaknya
tidak sampai sebulan dari kes Perak, episod dari kemelut politik angkara Umno
dengan PN, khususnya dengan Bersatu menjadi lebih terbuka, walaupun negara
bukan saja mendepani meningkatnya kes Covid-19, tetapi negara sedang mengalami
bencana banjir luar biasa yang melibatkan 6 negeri.
Punca
timbul kemelut politik yang ditimbulkan oleh Umno ini ialah keinginan kuasa
yang lebih dan melihat Bersatu sebagai penghalang bagi mencapai kekuasaan yang
dianggap Bersatu berusaha mengambilalih dari Umno. Tindakan Umno ini dianggap
sebagai perjudian politik yang boleh diibaratkan nasib batu di dalam air tenggelam,
kalau sabut timbul terapung
bersendirian. Umno berkeyakinan jika diadakan pilihanraya ke 15 secara segera,
maka Umno berpeluang mengembalikan majoriti yang sebelum daripada 2014, kekuasaan
adalah di dalam tangan Umno dan BN.
Implikasi
dari tindak-tanduk Umno ini, mendapat respond dari PH, bahawa dalam suasana
wabak Covid-19 dan kesan banjir kini adalah tidak sesuai diadakan pilihanraya,
berdasarkan pengalaman Pilihanraya Negeri Sabah pada akhir September 2020 yang
lepas.
Hasil
dari tindakan Umno ini, kiranya pilihanraya ke 15 tidak dapat diadakan dalam
kadar yang segera, maka kemungkinan kerajaan PN akan menghadapi undi tidak
percaya dalam sidang parlimen akan datang dan kemungkinan akan jatuh. Dalam
keadaan sekarang Umno sehrusnya mengambil kira pendapat dari parti yang
menyokong PN seperti Pas dan Himpunan
Parti Sarawak yang mendukung dan menyelamatkan PN yang mampu berkuasa sejak Mac
2020 yang lepas. Umno juga perlu mengambilkira peranan parti-parti di dalam BN,
walaupun jumlahnya terhad.
Yang
paling penting perlu diambil kira, bahawa rakyat memerhati dan menilai gelagat
Umno sejak kemelut DUN Perak. Sebelum kemelut di negeri itu dapat diselesaikan
ada cubaan mendapat kerjasama denga PH, hatta dengan DAP. Dengan pergolakan
yang berlaku, adakah episod ini kembali kepada kemungkinan berlaku ?
Berhubung
dengan tindak tanduk Umno ini, perkembangan dan tindakan akan berlaku selepas
daripada Persidangan Umno yang akan diadakan pada malam nanti. Apakah Umno akan
mengambil tindakan `Berpatah arang dan
berkerat rotan ? Yang terpenting, bahawa rakyat sedang memerhati gelagat yang
sedang berlaku di dalam Umno. Tinjauan yang dibuat Astro Awani, bahawa hampir
separuh rakyat tidak setuju diadakan pilihanraya dalam tempoh musim Covid-19
ini. Satu pertiga tidak kesah dengan tindak tanduk Umno dan sebahagian kecil
menyokong. Ingatlah yang akan mengundi bukan dari penyokong Umno sahaja.
Kestabilan
politik yang dicapai selepas kelulusan belanjawan 2021 pada akhir November 2020 diharap dapat
diteruskan.
Kita
berharap Majlis Presiden dalam PN akan
bersidang dan mengambil keputusan yang positif. Setakat ini kita belum
mendengar pendapat terutama dari Pas, Himpunan Parti Sarawak dan parti-parti
lain dalam komponan BN. Berilah ruang bagi rakyat mendapat ketenangan dari
tekanan Covid-19 dan bebas dari gangguan orang-orang politik yang antaranya
bersifat tamak keuasaan tiada berkesudahan itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment